FREE ADVERTISING!

Free advertising

MARILAH MENUJU KEJAYAAN

Isnin, 28 Disember 2009

TAZKIRAH RINGKAS


Tawaduk itu ialah engkau tunduk kepada kebenaran dan engkau mematuhinya.Jikalau engkau dengar kebenaran itu walaupun datangnya dari anak kecil maka engkau terima.dan jikalau engkau dengar kebenaran itu datangnya dari orang bodoh sekalipun,maka engkau terima.

Isnin, 21 Disember 2009

NASIHAT DARI SAIDINA UMAR AL-KHATTAB r.a


Barangsiapa banyak tertawanya,nescaya kurang disegani.Barangsiapa banyak guraunya,nescaya ia dianggap ringan.Barangsiapa memperbanyakkan sesuatu,nescaya ia menjadi terkenal dengan sesuatu itu.Barangsiapa banyak perkataannya,nescaya banyak jatuhnya (jatuh dalam kesombongan.Baramgsiapa kurang malunya,nescaya kurang wara'nya.Barangsiapa kurang wara'nya,nescaya mati hatinya.

Selasa, 15 Disember 2009

AMAL YANG IKHLAS

Amal yang didasarkan kepada niat yang baik dan ikhlas diterima Allah dan diberi ganjarannya.Imam Nawawi dalam keterangannya mengenai amal yang disertai niat baik mengatakan bahawa amal ini ada 3 bahagian iaitu:

1. Amal yang dikerjakan kerana takut kepada Allah.Amal ini dinamakan ibadat hamba.
2. Amal yang dikerjakan kerana mendapatkan syurga dan pahala.Amal ini dinamakan ibadat saudagar.
3.Amal yang dikerjakan kerana malu kepada Allah dan untuk melaksanakan hak kehambaan,membuktikan kesyukuran,merasakan diri masih dalam kecuaian,kebimbangan dan penuh ketaatan kerana tidak tahu adakah amalnya diterima atau tidak.Amal ini dinamakan ibadat yang merdeka.

Selasa, 8 Disember 2009

TANDA-TANDA KEBAHAGIAAN



Tanda-tanda kebahagiaan pada seseorang itu boleh dilihat pada 5 perkara:

1. Tiap bertambah ilmunya;bertambah pula rendah hati.
2. Tiap bertambah amalnya;bertambah pula takutnya pada Allah.
3. Tiap bertambah umurnya;beransur kurang halobanya terhadap keduniaan.
4. Tiap bertambah harta kekayaannya;bertambah pula pemurahnya.
5. Tiap bertambah pangkat dan kedudukannnya;bertambah dekatnya pada orang banyak.

Adakah kita sudah bahagia?

Selasa, 1 Disember 2009

SIAPALAH AKU DISISIMU


Tuhanku....
Betapa aku ingin seperti Fatimah Az-Zahra
Berada dalam kemiskinan dan penderitaan
Namun,masih mencari-cari sesuatu untuk disedekahkan

Tuhanku...
Betapa aku ingin mempunyai rasa cinta ini
Bak cinta qudus Rabiatul Adawiyah kepadaMu
Cinta rasa;tiada ingatan selain daripadaMu
Cinta hak;bila tabirMu tersingkap dan Kau dilihatnya

Tuhanku...
Betapa aku ingin seperti mereka
Berjuang pada jalanMu
Syahid dalam rahmatMu
Tapi dengan apa Tuhan?
Dengan aya-ayat Al-Quran?
Dengan tarbiah-tarbiah terus dariMu?
Dengan air mata?
Dengan keisafan dan kehinaan?

Tuhan
HambaMu gagal mengeluarkannya
HambaMu tak berdaya menyucinya
HambaMu kecundang dalam pertarungan
Beserta tangisan dan penyerahan

Tuhan
Tapi hambaMu gagah-gagahkan diri
Mencubanya sekali lagi
Mengulanginya berkali-kali
Agar di saat akhir nanti
Daku menemuimu
Tidak lagi dalam tangisan
Bukan lagi dalam rintihan
Bahkan dalam senyuman
KEREDHAAN DAN KEAMPUNAN...

~NUKILAN:KAUTSAR,KL

Sajak ini sering saya baca untuk mengingatkan diri ini yang sering kali lalai dan alpa.Semasa masih belajar dulu saya sering kali mencatat dalam sebuah buku nota kecil apa-apa sahaja tentang hadis,ceramah yang diikuti dan kata-kata motivasi.Masa balik kampung di Kuching,secara tak sengaja terjumpalah buku nota kecil ni.Moga sama-sama kita dapat manfaat daripadanya.
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

HANYA PADA-MU KU MENGADU.....

Berdo'a buka untuk memberitahu Allah apa yang kita pinta,kerana tanpa diberitahu pun Allah sedia mengetahui.Do'a ialah pengabdian daripada seorang hamba kepada Tuhannya.