FREE ADVERTISING!

Free advertising

MARILAH MENUJU KEJAYAAN

Selasa, 26 Januari 2010

NIKMATNYA ADIK BERADIK RAMAI.....

Gambar Hari Raya Haji 2009

Sesungguhnya tiada apa yang dapat diungkapkan keindahan apabila bertemu adik beradik,ipar duai,anak buah apalagi ibu ayah tercinta yang selalu dirindui.Saya sendiri apabila nak balik ke kampung memang menghitung hari dengan hati yang berbunga-bunga dan bermacam lagi perasaan.Tapi 2 minggu sebelum balik,ayah jatuh.Kemudian,ayah tak dapat makan dan berjalan.Alhamdulillah,berkat jagaan adik beradik dan ipar duai yang amat prihatin,sedikit sebanyak ayah dah mulai sihat.

Mengenangkan semua ini,masyarakat moden sekarang adakalanya memandang serong kepada yang beranak ramai atau istilah lain 'rapat-rapat','macam tangga' ,'eh..tak merancang ke?','susah hidup kamu nanti'dan sebagainya.Saya sendiri pernah mengalami situasi sedemikian rupa dan adakalanya memang menghiris dan melukakan hati.Wanita yang sedang mengandung,tak kira lah anak yang ke berapa sekalipun perlukan kata-kata sokongan apa lagi dari orang yang paling dekat iaitu suami dan keluarga sendiri.

Bukankah anak itu ANUGERAH ALLAH yang terindah?Ramai lagi yang mengimpikan zuriat sendiri tapi masih belum dapat.

Kalau ada sahabat handai kita yang mengandung sekarang katakan pada mereka...."GEMBIRALAH...DAN BERSYUKURLAH kerana Nabi sendiri menyifatkan anak-anak itu angin dari syurga........




Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

HANYA PADA-MU KU MENGADU.....

Berdo'a buka untuk memberitahu Allah apa yang kita pinta,kerana tanpa diberitahu pun Allah sedia mengetahui.Do'a ialah pengabdian daripada seorang hamba kepada Tuhannya.