FREE ADVERTISING!

Free advertising

MARILAH MENUJU KEJAYAAN

Khamis, 22 April 2010

SEDEKAH IKHLAS KERANA ALLAH

Daripada Abu Hurairah r.a bahawasanya Rasulullah s.a.w bersabda:"Ada seseorang berkata,'Sesungguhnya saya akan menyedekahkan sesuatu.'Lantas ia pergi untuk menyedekahkan apa yang dicakapkannya itu,ternyata sedekah tersebut jatuh ke tangan seorang pencuri.

Bersedekah kepada pencuri

Kemudian pada pagi keesokan harinya orang ramai bercakap bahawa malam tadi ada sedekah yang diberikan kepada pencuri.Kemudian orang bersedekah tersebut berkata.'Ya Allah,segala pujian hanya pada-Mu,sungguh saya akan bersedekah lagi.'

Bersedekah kepada pelacur

Ia lantas pergi untuk menyedekahkan sesuatu.Tanpa dia ketahui,ternyata sedekah tersebut jatuh ke tangan perempuan pelacur.Kemudian pagi harinya orang ramai bercakap bahwa malam tadi ada sedekah diberikan kepada perempuan pelacur.Kemudian orang itu berkata 'Ya Allah,hanya pada-Mu segala pujian,sungguh saya akan bersedekah lagi.'

Bersedekah kepada orang kaya

Ia lantas pergi untuk menyedekahkan sesuatu,tetapi jatuh ke tangan seorang kaya.Kemudian pagi harinya orang ramai bercakap bahawa malam tadi ada sedekah yang diberikan kepada orang yang kaya.

Kemudian orang itu berkata,'Ya Allah,hanya pada-Mu segala pujian,beberapa kali saya telah bersedekah namun jatuh ke tangan pencuri,pelacur dan orang kaya.'

Semoga sedekahmu menjadi pengajaran

Kemudian ada seseorang yang datang lalu berkata kepadanya,'Adapun sedekahmu kepada pencuri,mudah-mudahan ia berhenti daripada mencuri,sedang sedekahmu kepada perempuan jahat moga ia segera berhenti daripada berzina.Sedekahmu kepada orang kaya,semoga ia mahu mengambil iktibar (pengajaran) dan segera menafkahkan sebahagian harta yang telah Allah kurniakan kepadanya.'"

Pengajaran

  1. Ketetapan bahawa adanya pahala untuk seorang yang bersedekah,sekalipun yang mengambil sedekah itu orang fasik mahupun orang kaya.Ketetapn ini berlaku pada sedekah yang sunat,tetapi zakat tidak boleh diberikan kepada orang kaya.
  2. Keutamaan bersedekah secara tersembunyi.
  3. Keutamaan ikhlas dalam segala perbuatan.
  4. Sebaiknya mengulangi bersedekah jika diketahui sedekah tersebut jatuh pada orang yang sepatutnya menerimanya.
  5. Keberkatan berserah diri dan redha kepada Allah.

Sumber:101 Kisah & Pengajaran daripada Al-Quran dan Al-Hadis Dan Hayatus Sahabah
Penulis:Ustaz Zahazan Mohamed

Khamis, 15 April 2010

5 JENIS MANGSA


Ni binatang kat dunia......tengok kuku beruang ni pun takut

Pada hari akhirat akan keluar seekor binatang dari neraka yang digelar Huraisy.Saiznya panjang seperti jarak di antara langit dan bumi dan lebarnya pula seperti dari barat ke timur.Apabila ia keluar maka malaikat Jibrail a.s berkata:"Wahai Huraisy,kamu hendak ke mana dan kamu hendak mencari siapa?".
Lalu kata Huraisy:"Aku mencari 5 jenis orang iaitu:
  • Orang yang tidak mengerjakan solat
  • Orang yang tidak mahu mengeluarkan zakat
  • Orang yang menderhakai ibu bapanya
  • Orang yang suka minum arak
  • Orang yang sangat suka bercakap-cakap tentang hal dunia di dalam masjid
Sumber:Buku SOAL JAWAB REMEH TENTANG SOLAT TAPI ANDA MALU BERTANYA....
Terbitan:TELAGA BIRU

Sabtu, 10 April 2010

TUDUNG LABUH DAN PAKAIAN BUKAN PENGHALANG!






Impianku melihat MUSLIMAH MALAYSIA malah muslimah seluruh dunia begini...Janganlah ada wanita Islam di luar sana mempertikaikannya lagi....!

MERENTASI JEJAK RASUL

Wahai rakan seperjuangan
Kini kita sedang merentasi...
Peristiwa silam di zaman Nubuwwah,
Segala keperitan dan onak ranjau...kita tempuhi bersama
Kesakitan luka itu masih terasa
Parutnya masih bersisa
Namun...jangan mudah menyerah kalah
Terus...dan teruslah berusaha

Wahai Ikhwan...
Cacian dan penghinaan sering dilempar
ISLAM ekstrim!POLITIK kotor!
Tapi,ingatlah...ini jalan nabi
Tidak dihampari permaidani merah
Tidak juga ditaburi haruman si bunga rampai
Malahan cacian dan makian yang sering menerjah diri

Wahai Akhawat...
Ikhlaskanlah hati
Gerakkanlah minda
Mari bersama menyumbang tenaga
Semoga Islamkan kembali syumul
Janganlah merasa gentar...
Janganlah berpaling mundur...
Ayuh...kita teruskan perjuangan
Yang masih belum selesai.

Ya Ikhwanul Muslimin!
Janganlah dihati ada kecewa
Jangan diminda berputus asa
Sekalipun sekujur tubuh lumat
Namun...ingatlah diri pada redha Allah
Dan syafaat nabi yang menanti kita
Yang penting ikhlas Lillahi ta'ala
Perjuangan ini suci...
Jalan yang dilalui juga murni
Janganlah takut dan gentar mati
Semoga pertuanan islamkan tertegak kembali
di bumi ciptaan Ilahi.

Khamis, 8 April 2010

ADAB-ADAB BER"FACEBOOK"

Walaupun hukumnya "Harus" tapi pengguna facebook perlu bijak menggunakan kemudahan ini.
  1. Gunakan ia untuk manfaat Islam melebihi kepentingan peribadi.Contohnya berkongsi video,tulisan yang bermanfaat.
  2. Gambar-gambar yang di"upload"perlu ada kawalan terutamanya wanita....Pastikan menutup aurat.Gambar-gambar tu kekal di facebook tau.So,berpada-padalah...
  3. Pandangan mata perlu ditundukkan.
  4. Jangan memfitnah dan mengumpat.HARAM hukumnya.
  5. Ni yang paling banyak,elakkan terlibat dengan permainan dan aplikasi yang pelik-pelik seperti kuiz ramalan nasib walaupun suka...sangat.
  6. Satu lagi,tilik moden macam rahsia tarikh lahir pun tak payah tengok lah.Kalau kita tak ubah nasib sendiri,takdanya berubah pun....
  7. Akhir sekali berhati-hati dan berwaspadalah pengguna-pengguna facebook sekalian.Data-data anda disimpan oleh pihak facebook ni.Tak payahlah letak segala-galanya dalam tu....Wassalam....
Ni,saya baca dari Majalah Solusi isu No. 17.Best tau majalah ni....Beli lah bah,untuk tambah ilmu kan :)
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

HANYA PADA-MU KU MENGADU.....

Berdo'a buka untuk memberitahu Allah apa yang kita pinta,kerana tanpa diberitahu pun Allah sedia mengetahui.Do'a ialah pengabdian daripada seorang hamba kepada Tuhannya.