FREE ADVERTISING!

Free advertising

MARILAH MENUJU KEJAYAAN

Isnin, 28 Jun 2010

UDANG MASAK NESTUM


Bosan dengan masakan udang tumis masak merah,masak kari,masak rebus serai atau masak tomyam?Jom cuba masakan ni,InsyaAllah anak pun suka sebab rasa nestum tu....

Bahan-bahannya:
*Udang sederhana besar:500g
*Madu
*Daun kari
*Nestum :1 mangkuk penuh
*Bawang putih-dicincang
*Serbuk kunyit
*Mentega

Cara membuatnya:
1.Udang diperap dengan serbuk kunyit,garam dan perasa.Kemudian gorengkan.Tak perlu sampai kering/rangup.
2.Angkat dan toskan.
3.Panaskan mentega dengan api yang kecil dan tumiskan bawang putih yang telah dicincang tadi bersama daun kari.
4.Masukkan madu dan gaulkan.
5.Masukkan udang yang telah ditoskan tadi dan gaulkan.
6.Akhir sekali,tutup api dan kemudian masukkan nestum.Gaulkan hingga rata.Sedap dimakan panas-panas......
7.Kalau suka pedas,bolehla tambahkan cili padi ya.....

"SELAMAT MENCUBA!"

Khamis, 24 Jun 2010

GERAI KAKAK


Jom lah ke gerai kakak saya ni....Kak Ina
Dibuka dari 6 hingga pukul 9 pagi.
Ada nasi lemak,kuih muih,mihun goreng dan karipap.
Gerai kak Ina letaknya kat depan rumah dia sendiri,dekat dengan persimpangan keluar ke rumat flet fasa 2 Taman Pasir Putih....

SEDAP...PASTI BERBALOI!!

Selasa, 22 Jun 2010

SELAMAT HARI JADI SIDDIQ


Jadilah anak yang soleh ya Diq...
Dah 10 tahun tu,kena berdikari dan bantu ummi selalu k ;)


Kek harijadi hasil tangan Kak Ina (ummi Siddiq)


Ayam goreng istimewa


Coleslaw


Mihun goreng


Famili kak Ina...

Sambutan harijadi anak buah saya ni diadakan pada 13 Jun yang lepas,hari Ahad petang.Kebetulan ibu mertua kakak pun datang dari Kuching,jadi buatlah jamuan terus.Semoga ukhuwwah kan berkekalan hingga ke akhirat...

Rabu, 16 Jun 2010

TAHNIAH..!LAIN DARI YANG LAIN..!


Pasangan pengantin Amir Hamzah bin Mansor dan Nurlaila Khadijah binti Awaluddin


Pada hari Sabtu bersamaan 29 Jamadilakhir 1431 H(12 Jun 2010) lepas telah berlangsung perkahwinan di antara dua mempelai ini di Dewan Serbaguna Kompleks Penjara,Kepayan.
Alhamdulillah,kami berkesempatan ke sana lebih kurang pada jam 10.30 pagi.
Sebaik sahaja melangkah ke dalam dewan ,tempat duduk untuk lelaki dan perempuan telah diasingkan.Dalam hati..."Bagusnya..."Jadi,saya dan suami mencarilah tempat duduk yang bersesuaian.
Tak lama selepas saya duduk untuk makan,kedua pengantin pun tiba.Seperti biasa,do'a pun dibaca.Apa yang saya seronok sekali ialah tiada bunyi-bunyi bingit seperti Majlis Perkahwinan yang selalu saya hadiri.Malah,diadakan tazkirah oleh Ustaz Mukhlis untuk pengantin dan kesemua yang hadir di situ.Tazkirahnya berkisar tentang rumahtangga dan petua-petua dalam rumahtangga.Alangkah baiknya kalau semua majlis perkahwinan kita ummat Islam begini kan.Tiada hiburan yang melampau.Bukanlah hiburan tu tak baik tapi pandai-pandailah memilih hiburan tu.Salah pilih naya kita kat akhirat.


Ustaz Mukhlis dengan sedikit tazkirah...


Kak Arijah dan keluarga


Suami dan staf JHEINS (Bahagian Sebaran Am)


Sakiinah dan teman barunya Nadia

Isnin, 14 Jun 2010

ANDA BERHAK MENJADI JUTAWAN!

Untuk berjaya dalam apa pun perkara kita mesti ada ilmu.Sama ada kita belajar dari buku,kursus atau seminar-seminar yang banyak dianjurkan oleh banyak pihak.Di sebabkan masa saya banyak kat rumah,nak pergi kursus pun bukan mudah (anak masih 'breastfeed') jadi suami pun banyak menghadiahkan buku-buku tentang perniagaan internet ni.Salah satunya ialah "BUAT DUIT DARI RUMAH" ditulis oleh Mohd Rozani Pawan Chek terbitan PTS.

Sebelum saya menyentuh sedikit tajuk di atas,kita sebenarnya masih menganggap kekayaan tidak penting dan menjadi kaya tu salah.Persepsi orang kita terhadap duit banyak yang tidak betul.Banyak duit tu tak salah sebenarnya yang penting ialah cara menguruskan duit yang banyak tu,ke mana perginya keluar masuk.Dengan duit tu lah kita dapat membantu ramai orang,keluarga dan sanak saudara yang susah termasuklah ummat Palestin di luar sana.

Kata penulis buku tersebut:
"Peluang jutawan ada di sekeliling anda.Anda perlu yakin anda akan memperolehnya.Percaya ataupun tidak,anda juga ada pemikiran jutawan.Anda cuma perlu buang pemikiran negatif dan tanamkan pemikiran positif.Rancangkan kerja dan usahakan sehingga anda berjaya menjadi jutawan.Walaubagaimanapun,anda perlu lakukan beberapa perkara seperti:

Berkorban masa,tenaga dan wang
Tiada kejayaan tanpa pengorbanan.

Jalinkan hubungan baik
Tiada perniagaan yang tidak perlu menjalinkan hubungan.Perniagaan melalui internet juga memerlukan perhubungan yang baik dengan pelanggan.Hubungan yang baik akan menambahkan lagi kejayaan.Perniagaan akan berjaya jika ada human relationship.

Selalu berimpian
Permulaan kepada kejayaan dalah impian.Impian adalah satu keinginan yang tinggi bagi mencapai kejayaan.Berimpian bermakna anda menggerakkan minda separa sedar supaya bertugas bagi merealisasikan kejayaan anda.Tetapi,jika impian tanpa usaha,itu hanya angan-angan.

Sedikit catatan dari saya,harap maaf lama jugak tak 'memblogging' ni.Banyak sangat 'urusan' yang perlu dilakukan sebelum sekolah dibuka semula.Semoga ada manfaatnya.

Selasa, 8 Jun 2010

SYOKNYA CUTI SEKOLAH...!




Aksi anak-anak semasa cuti sekolah.....!Semua gambar ni kat Labuan....balik kampung sesekali boleh mengeratkan ukhuwwah keluarga...
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

HANYA PADA-MU KU MENGADU.....

Berdo'a buka untuk memberitahu Allah apa yang kita pinta,kerana tanpa diberitahu pun Allah sedia mengetahui.Do'a ialah pengabdian daripada seorang hamba kepada Tuhannya.