FREE ADVERTISING!

Free advertising

MARILAH MENUJU KEJAYAAN

Selasa, 28 Disember 2010

Gotong Royong PASTI AL-Fathonah 2010


Terima kasih Paidah,teruskan perjuanganmu di UMS..


Cikgu Zan....kalau nak tempah boleh ja cari dia kot.....


Cikgu Hasma yang gigih......


Sahabat-sahabat yang membantu...Terima kasih buat mie dan yana


Dekoratif baru...tampal ja....


Langsir baru


Alas meja baru

Semoga dengan imej baru PASTI ini membawa sinar dan harapan tahun hadapan....Terima kasih semua.....!Semoga usaha kita yang sedikit ini diterima oleh Allah SWT....

Jumaat, 24 Disember 2010

BEDAH SIASAT @ POST MORTEM


Assalammu'alaikum wbt

Panas,hujan,mendung,berangin,ribut......dan bermacam lagi ungkapan yang boleh kita katakan tentang cuaca kita sekarang.Sudah tentulah kita selalu mendengar ungkapan ini.di segmen RAMALAN CUACA sama ada di televisyen atau radio.Malah,dalam bentuk sms pun ada.....Cuaca boleh diramal,tapi hati manusia sukar diramal.Siapa yang boleh membaca hati orang lain?

"Wahai orang yang beriman,jauhilah kebanyakan daripada prasangka.Sesungguhnya kebanyakan prasangka adalah dosa."(Surah al-Hujurat 49:12).Ayat ini mengisyaratkan bahawa tidak semua prasangka adalah dosa.Sebahagiannya diperbolehkan sebab ia boleh melahirkan sikap waspada dan berhati-hati.Namun begitu,kebanyakan prasangka sering beriringan dengan sifat-sifat tercela.

Bagi saya,setiap program kecil atau besar memng perlu dibuat post mortem.Antara tujuan post mortem dilakukan ialah:
1.Menilai sejauh mana kejayaan program itu.Jika gagal kenapa ia gagal?
2.Tindakan yang perlu dibuat atau cadangan supaya kelemahan boleh diperbaiki untuk program akan datang.
3.Dari sudut kewangan atau bajet program.Lebihan atau kurangan?Jika kurang,kenapa ia berlaku?
4.Adakah ia berjalan mengikut modul atau tidak?Jika tidak,mengapa ia berlaku?
5.Objektif program,adakah ia tercapai atau tidak?
Dan banyak lagi,yang boleh di bedah siasat.

Bagi saya,emosi perlu dikawal semasa post mortem untuk mengelakkan pergaduhan berlaku sesama AJK.Bagi saya,saya lebih suka "ada komen dan cadangan' sekali berbanding melibatkan emosi komen dan komen tapi tiada titik noktah,tiada penyelesaian..........Tak profesional tu.....Dan saya lebih suka,melihat hikmah di sebalik sesuatu yang berlaku berbanding menyesali apa yang berlaku....

Kita perlu ingat,apa yang dirancangkan tidak semestinya dibuat kalau tidak kena dengan gayanya.Kita merancang,Allah pun merancang,tapi perancang yang sempurna dan Maha Terbaik hanyalah dari Allah....Allah tak izinkan ia berlaku kerana Ia Mengetahui perkara itu tidak baik untuk kita.

Kalau boleh sangkaan buruk sesama AJK perlulah dielakkan.....Mungkin AJK itu tidak matang (contoh),mungkin anaknya sakit (contoh),mungkin dia lambat sebab jalan "jam" (contoh) dan sebagainya......Didiklah hati untuk sentiasa bersangka baik.

Sukar memang sukar tapi itulah hakikat sebenar tentang hati.Imam al-Syafii berkata,"Sesiapa yang ingin agar menutup hidupnya dengan kebaikan,maka jagalah selalu bersangka baik manusia."

Memang sukar kita nak puaskan hati semua orang kerana kita memang tidak sempurna dan sudah tentu mempunyai kelemahan.Sebab itulah AJK dibentuk supaya,kita dapat saling bertolong bantu dan merapatkan ukhuwwah bukan sebaliknya.ITULAH ANTARA OBJEKTIF UTAMA SMART AL-QURAN SEBENARNYA!

Dengan program ini saya melihat banyaknya permata yang boleh digilap untuk ISLAM!!!!Muslimah-muslimah di luar sana terutamanya lepasan IPT,memang patut diketengahkan kepada masyarakat terutamanya anak-anak tempatan Sabah.Sekian lama saya ingin melihat muka-muka baru dalam usrah kita,akhirnya dipertemukan jua...Alhamdulillah,syukur tidak terhingga.Ada yang mahir IT,mahir kewangan,mahir dalam bidang "Design" dan banyak lagi.....Mudah-mudahan dengan adanya mereka ini,PASTI akan lebih cemerlang dan saf lebih tersusun.......Lupakan cemuhan orang supaya PASTI gemilang...!

Ahad, 19 Disember 2010

Lambaian Haji....


Assalammu'alaikum wbt dan salam penuh ceria pada hari Isnin.......

Alhamdulillah,kita sudah melangkah ke tahun baru hijrah iaitu 1432 dan tak lama lagi ke tahun baru masihi 2011.Banyak perkara berlaku sepanjang tahun ini yang menerbitkan rasa insaf diri.

Saya ingin menceritakan satu kisah yang berlaku apabila saya baru bersiap-siap nak membuka gerai di Kompleks Tabung Haji Sabah.Pada hari tersebut ramai bakal-bakal jemaah Haji yang datang dari Tawau,Sandakan,Kota Belud dan daerah lain di Sabah datang untuk menginap di sini sebelum berlepas ke Tanah Suci. Pada masa tu saya sedang menyangkut tudung-tudung yang hendak dijual.Kelihatan bas baru datang (kalau tak silap dari Tawau) dan semua penumpangnya berpakaian serba putih.Hati memang seronok dan tertanya-tanya bila lah diri ini bakal ke sana....

Dengan tidak semena-mena seorang nenek bertongkat terjatuh depan saya kerana kakinya tidak melepasi tangga.Ya Allah,berlari saya ke arah nenek tersebut tapi larian saya tak berapa laju...petugas Tabung Haji dulu yang membantu nenek tersebut.Hati terus terdetik dan berdo'a Ya Allah janganlah aku pergi Haji setua itu....!Biarlah masaku sihat dan bertenaga......

Itulah salah satu sebab saya menyertai BAKALHAJI.COM.Mudah-mudahan niat kita ke sana dipermudahkan-Nya....Hanya RM 100 (Semenanjung Malaysia) dan RM 110 (Sabah dan Sarawak) untuk sekali seumur hidup anda akan dapat:

-DVD Kursus Haji dan Umrah oleh mantan Pengurus Besar Tabung Haji
-Laman Web Replika
-CD Quran
-Komisen jualan

Satu artikel yang menarik tentang haji...HAJI.Boleh hayati dan baca dengan hati yang terbuka....

Jumaat, 17 Disember 2010

HARI TERAKHIR SMART AL-QURAN DAN MALAM PENUTUP


Bergambar kenangan dengan AJK,Fasilitator dan para peserta

MALAM PENUTUPAN (9/12/2010)

Malam Penutupan diadakan pada hari Khamis pada pukul 8.30 malam.Ia diadakan untuk menghargai para peserta,AJK,Fasilitator dan juga meraikan ibubapa peserta.Mereka akan diberi Sijil Penyertaan dan sedikit cenderahati kenangan.Malam itu juga diadakan jamuan makan yang turut disumbangkan oleh ibu bapa.Ucapan terima kasih saya ucapkan kepada semua yang terlibat,semoga diberi ganjaran oleh Allah dengan sebaik-baiknya.....


Antara ibu bapa yang hadir memberi sokongan


Bakal peserta SMART AL-QURAN akan datang?InsyaAllah...

Juga diadakan persembahan video untuk tatapan semua


Ucapan Pengarah SMART AL-QURAN..(diri sendiri)...berdebar-debar dan malu jugak


Persembahan dari peserta.Mereka membaca Surah Al-Fatihah,Tiga Qul dan Nasyid A,Ba,Ta....


Sangat seronok dan terhibur melihat telatah mereka


Antara peserta lelaki


Si cilik ni pun ikut bernasyid







Antara peserta yang menerima sijil dan cenderahati kenangan dari pihak kami


Anugerah Hafazan Terbaik:Adik Suhainey

Anugerah Amali Solat Terbaik:Adik Mohd Arif Ihsan


Anugerah Mithali:Adik Fatin Nadia

InsyaAllah rentetan dari program ini satu Kelab SMART AL-QURAN,di bawah kelolaan PASTI AL-Fathonah akan dibentuk tahun hadapan.Ia meliputi hafazan Al-Quran (Juzuk 'Amma) dan Iqro'.Mudah-mudahan ia dapat membantu membentuk generasi muda dan anak-anak kita menjadi generasi pewaris ulama' dan solihin.......Amin...

Isnin, 13 Disember 2010

LAGI GAMBAR SMART AL-QURAN...


Antara peserta awal yang dah siap bertelekung


Wajah ceria peserta


Menunggu peserta lain yang tengah berwudhu'


Menunggu imam mengangkat takbir


Rapatkan saf....


Kak Zizah (Timbalan Pengarah Program)-gigih membantu peserta membaca dengan betul bacaan dalam solat


Mengulang bacaan dalam solat


Melatih peserta untuk solat


Praktikal sujud


Bila bersih,penyakit pun tak mudah datang


Teratur kemas selipar dan kasut...kan sedap mata memandang....


Kebersihan itu sebahagian daripada iman


Kak Som (fasilitator) dan ahli kumpulannya,begitu gigih mengajar...


Kak Paidah (fasilitator) serta ahli kumpulannnya


Kak Pija (fasilitator) dan adik-adik peserta kumpulannya


Masa untuk rehat......sedap bah....makan nasi berlaukkan sup ayam


Praktikal wudhu'


Memberus gigi selepas makan,amalan yang baik untuk kesihatan oral....


Berwudhu' sebelum solat


Peserta lelaki mempelajari azan

InsyaAllah banyak lagi gambar aktiviti SMART AL-QURAN ni termasuklah malam penutup.Nak meng'upload' gambar-gambar ni memang mengambil masa yang panjang.Tapi,rasa seronok menatap gambar-gambar ni mengatasi keletihan saya mengupdate blog ini.......Semoga menjadi tatapan AJK yang jauh di semenanjung.

Isnin, 6 Disember 2010

SMART AL-QURAN 2010:HARI PERTAMA DAN KEDUA


AJK yang bertanggungjawab bahagian jamuan.Terima kasih daun keladi.....kalau boleh tolong lagi....




Peserta yang paling senior....umur 11 tahun.Dua orang adiknya pun turut serta.Tahniah kepada ibu bapanya yang sangat prihatin





Semoga menjadi anak yang solehah


Menghafal turutan wudhu' dengan kaedah bergambar



Praktikal berwudhu'
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

HANYA PADA-MU KU MENGADU.....

Berdo'a buka untuk memberitahu Allah apa yang kita pinta,kerana tanpa diberitahu pun Allah sedia mengetahui.Do'a ialah pengabdian daripada seorang hamba kepada Tuhannya.