FREE ADVERTISING!

Free advertising

MARILAH MENUJU KEJAYAAN

Isnin, 31 Januari 2011

IMPIANKU....SIRI 2


Suasana di rumah sepupu

Assalammu'alaikum wbt,Salam Bahagia dan Salam Perjuangan Untuk Melaksanakan Impian anda...!

Kali ni impian saya ialah mengenai keluarga sendiri iaitu anak-anak.Sebelum nak cerita mengenai impian saya terhadap anak-anak,nak 'recall' sedikit tentang pengalaman dan kenangan yang lepas.Sebelum saya mendirikan rumahtangga saya telah menjadi guru sandaran selama 2 tahun dan menjadi guru di dua buah sekolah.Satu sekolah Menengah Agama dan satu lagi Sekolah Menengah Biasa (tak boleh cakap sekolah mana.....).Kebiasaan yang saya lakukan semasa memperkenalkan diri sebagai guru baru ialah bertanyakan pelajar tentang amalan solat mereka.
Lebih kurang beginilah pertanyaan saya,oleh sebab ia berlaku hampir 10 tahun lepas banyak perkara yang saya kurang ingat,minta maaf ya saya manusia biasa sahaja....lupa.

"Cikgu ingin nak tanya,harap kamu boleh jawab sejujurnya boleh tak?"

"Boleh cikgu,"jawab pelajar.
"Siapa yang di sini Solat Subuh pagi tadi?"

Kelihatan hanya seorang dua yang mengangkat tangan dan pelajar-pelajar dalam kelas secara puratanya (37-40 orang dan 80 % adalah Muslim (Sekolah Menengah Biasa)).Bayangkan hanya 1 % sahaja yang mengangkat tangan,mungkin tak sampai pun 1%.Begitu juga kelas-kelas yang lain,semuanya menghampakan dan menyedihkan saya sebagai Muslim/ah.Kebanyakan mereka/anak-anak muda ini dah akil baligh.Saya tertanya di manakah ibu bapanya yang tidak membangunkan mereka untuk solat??

Jadi impian saya untuk anak-anak sebenarnya ialah mereka istiqomah dalam solat.Solat adalah benteng maksiat,mungkin kebejatan akhlak masa kini ialah kerana tiada atau lemahnya benteng yang ditinggalkan ini.

Impian kali ini memang saya serius mengenainya.....Setiap kali solat inilah do'a saya, "Ya Allah Kau Jadikanlah Zuriatku istiqomah dalam solat dan menjadi penyejuk mata hatiku..."Amin

Jom nyatakan impian anda apa salahnya...
"AKU ADA IMPIAN:OLEH MASTER ARSYAD"

Sabtu, 29 Januari 2011

IMPIANKU.....


Assalammu'alaikum wbt
Semua manusia mempunyai impian.Mungkin ada yang dah jadi kenyataan dan mungkin masih menjadi lagi dalam senarai 'wishlist'.Saya juga tidak terkecuali dalam hal ini.

Impian saya ialah melihat anak-anak membesar di hadapan mata di samping mempunyai pendapatan sendiri.Maknanya di sini bekerja di rumah sambil ada duit sendiri dan tidak mahu terlalu bergantung kepada suami semata-mata.Alhamdulillah saya dah cuba buat bisnes kecil-kecilan,boleh jenguk kat blog bisnes saya tu.Klik GERAIRIZQI.

Apa pun saya mengharapkan ia memberikan keceriaan dan keberkatan dalam hidup saya dan keluarga.Seronok jugak bisnes ni,banyak rupanya ilmu yang dapat diperolehi dari ilmu membuat blog (saya bermula dari sifar) hinggalah ilmu bisnes online ini.Inilah entri pertama saya untuk contest AKU ADA IMPIAN dari blog MasterArsyad.

Hadiah yang ditawarkan tersangatlah menarik..!!!!Hadiah pertamanya ialah MACBOOK..Berbaloi kalau dapat ni.Lagi-lagi orang bisnes macam saya.He..he...gurau ja,mana tahu jadi kenyataan kan.Tapi niat saya bukanlah untuk menang sahaja tapi lebih kepada nakkan ilmu dan persahabatan di alam maya...So,jomlah join..!

Isnin, 24 Januari 2011

FIQH KEUTAMAAN:YUSUF AL-QARADAWI

Assalammu'alaikum wbt dan Salam Kebahagiaan dari saya buat sahabat yang saya kasihi sekalian.

Setiap hari kita berhadapan dengan pilihan.Nak makan apa hari ini?Nak masak apa?Nak pakai baju apa?Nak buat apa dulu?Dan setiap hari juga kita memilih yang mana lebih utama?Nak makan nasi atau mi?Nak masak atau mengemas?Nak masak ikan atau ayam?Nak pakai baju biru atau hitam?Tentu ada sebab mengapa kita memilih makan nasi.Mungkin kita rasa ia lebih kenyang dari makan mi.Tentu juga ada sebab kalau kita pilih memasak dulu,mungkin kerana anak-anak nak balik sekolah awal dan sebagainya......

Semasa zaman kampus,kami disarankan untuk membaca BUKU:FIQH AL-AWLAWIYYAT ATAU FIQH KEUTAMAAN.Dari situ kita akan tahu yang mana lebih utama supaya kita dapat menguruskan kehidupan dengan lebih baik berpandukan Al-Quran dan As-Sunnah.

Adakalanya kita banyak berbalah mengenai perkara cabang contohnya Muslimah kena pakai tudung atau baju yang plain dan gelap berbanding dengan pakaian seperti baju kurung yang berwarna-warni.Bagi saya menyeru wanita Muslimah supaya berpakaian menutup auratnya adalah lebih utama berbanding perbalahan seperti di atas.Masih ramai lagi wanita di luar sana yang TIDAK memperdulikan hal ini.Bukankah ia perkara (menutup aurat) yang WAJIB?Soal warna tidaklah terlalu di'highlightkan',malah tudung yang baik adalah tudung yang menutup bahagian dada,soal ke'labuh'annya sampai ke mana terpulanglah pada individu tersebut.Yang paling penting bahagian dadanya itu yang ditutup.Asalkan ia tidak jarang atau nipis.

Ada juga para pelajar yang belajar di Fakulti yang hebat-hebat seperti Fakulti Kedoktoran,Fakulti Kejuruteraan,Fakulti Pentadbiran dan Fakulti Ilmu-ilmu yang lain yang pada mulanya bersungguh-sungguh untuk berjaya tetapi tidak lama kemudian meninggalkan pengajian di fakulti-fakulti tersebut dan merasa tidak sayang untuk meninggalkannnya.Alasannya ialah untuk ikut serta melakukan dakwah dan tabligh padahal pengkhususan yang mereka ceburi termasuk ilmu fardhu kifayah di mana umat akan menderita bila tidak ada seorang yang mahir dengan bidang tersebut.

Jika setiap muslimin meninggalkan karier mereka siapa lagi yang boleh diharapkan yang akan membawa kemaslahatan muslimin?Sesungguhnya Rasulullah s.a.w dan para sahabatnya melakukan pekerjaan dalam pelbagai bidang.Rasulullah s.a.w tidak pernah meminta salah seorang daripada sahabatnya untuk meninggalkan karier mereka agar dia dapat ikut serta dalam berdakwah baik sebelum atau sesudah hijrah.

Imam Al-Ghazali juga tidak setuju dengan orang yang belajar fiqh dan perkara-perkara sejenis dengannya sahaja,padahal pada masa yang sama di negeri mereka tidak ada seorang doktor kecuali doktor Yahudi atau Nasrani.Semua ummat Islam mendapatkan perkhidmatan daripada mereka.Ruh dan aurat mereka diserahkan sepenuhnya kepada para doktor itu,kemudian melanggar ketetapan hukum yang ditetapkan oleh Islam.

Itulah yang dibincangkan di dalam buku ini.InsyaAllah akan dikupas satu persatu di dalam DISKUSI HAWA nanti.Semoga apa yang dinukilkan ini dapat membantu kita untuk membuat pilihan yang diredhai oleh Allah S.W.T.Apa yang baik itu datangnya dari Allah SWT dan apa yang buruk itu datang dari kelemahan saya sendiri.

Jumaat, 21 Januari 2011

1,2,3..JOM BERMAIN DENGAN ANGKA...!


Salam Hari Sabtu....Semoga ceria,bersemangat dan sihat hendaknya....Alhamdulillah,saya dah makin pulih dari demam yang melanda.Saya anggap penyakit yang datang adalah 'kaffarah' dosa bagi saya..Moga Allah mengampunkan dosa hamba-Nya ini.

Minggu lepas,saya dan keluarga pergi ke Pustaka ASLAM,lama tak jenguk buku-buku.Belek punya belek dapatlah saya 3 buah buku untuk dihadam.Salah satunya KIRAAN CEPAT TANPA KALKULATOR terbitan Synergy Media.Sahabat sekalian sejak meninggalkan sekolah ada tak cuba mengira-ngira ataupun membuka buku Matematik?Bagus tau Matematik ni untuk mengasah minda.

Sebenarnya Matematik ni mudah sangat kalau kita tau 'trik'nya.Saya nak kongsi salah satunya...Ok dah bersedia??

TRIK:PENDARABAN DUA DIGIT BERAKHIRAN 1
(21,31,41,51....)

Untuk memudahkan pendaraban,setiap mendarab bilangan berakhiran 1,ubah ke dalam pendaraban 0.Misalnya,pendaraban dengan 21 ubah menjadi angka yang terdekat dengan 0 menjadi 20,pendaraban dengan 51 ubah menjadi 50.Jom kita lihat contohnya.

Sebelum itu mari kita faham PERATURAN UTAMANYA:
  1. Ubah angka berakhiran 1 menjadi angka 0 terdekatnya.
  2. Darabkan hasil perubahan dengan angka yang dikali.
  3. Tambahkan angka yang didarabkan dengan hasil pendaraban.
Macam nilah...senangya bila kita tengok contoh kan....

Soalan:8 x 31 =

8 (Angka yang didarab) x 31 =....

Langkah 1:Berfikir 30 darab dengan 8 : 30 x 8 = 240
Langkah 2:Tambahkan 8 dengan 240 : 8 + 240 =248

Jawapan:248

Soalan:12 x 31 =

12 x 21 =.....

Langkah 1:Berfikir 30,darab dengan 12: 30 x 12 = 360
Langkah 2:Tambahkan 12 dengan 360: 12 + 360 = 372

Jawapan:372

Boleh faham tak sahabat sekalian?Ok....Kena banyakkan latihan untuk mahir sesuatu ilmu ni....
OK,saya bagi latihan sedikit ya...tolong bagi jawapan kat saya ya...jangan tipu.....jangan pakai kalkulator..k ;))

LATIHAN:
  • 18 X 31 =...
  • 22 X 41 =...
  • 6 X 71 =.....
"SELAMAT MENCUBA & BERFIKIR..."

Selasa, 18 Januari 2011

Tangisan Bayi; Bunyi Yang Paling Menyentuh Kalbu


Salam buat semua ibu-ibu di luar sana........

Apakah genre Muzik kegemaran anda? Pop? Balada? Rock? Dangdut?

Bila kita dengar lagu-lagu kegemaran, kadang-kadang kita akan di awang-awangan kerana keasyikan mendengar lagu-lagu tersebut.

Namun, semerdu mana sekalipun lagu/muzik yang kita dengar tu, sekali-kali tidak akan dapat menandingi bunyi tangisan pertama bayi comel seseorang. Ia sangat menyentuh kalbu.

Tetapi hari demi hari, jika tangisan-tangisan ini semakin berterusan dan sukar untuk ditenteramkan, ia bertukar menjadi sesuatu yang menimbulkan tekanan emosi kepada ibu bapa dan ahli-ahli keluarga yang lain.

Bagi bayi tersebut pula, tangisan yang berterusan ini akan bakal meninggalkan kesan negatif kepadanya dari segi perkembangan emosi dan mental. Ini dibuktikan oleh kajian pakar-pakar dari seluruh dunia.

Satu-satunya cara bagi bayi menyampaikan hajat dan keinginan mereka adalah melalui tangisan. Jika keinginan mereka dipenuhi, mereka akan berhenti menangis.

Alangkah baiknya jika anda sebagai ibu-bapa dapat memahami apa yang cuba disampaikan oleh si comel. Sudah tentu si comel itu akan ceria selalu.

Sebenarnya dengan meneliti bunyi tangisan bayi, para ibu boleh bezakan sama ada bayi tersebut, penat, letih, tidak selesa, perlu sendawa atau sebab-sebab lain.

Ya, hanya dengan meneliti nada dan bunyi tangisan bayi,para ibu boleh tahu apa kehendak si comel anda.

Nak tahu macam mana? KLIK SINI BAYIKU SAYANG.....

Sabtu, 15 Januari 2011

KOD E (HALAL ATAU HARAM)?

Assalammu'alaikum wbt
Sering kali ia menghantui saya apabila membeli makanan untuk anak-anak.Ya Kod E.Halal atau Haram?Persoalan Halal atau Haram ini bukan boleh dibuat main-main.Ia soal besar kerana ia boleh mempengaruhi perwatakan,akhlak dan lebih besar syurga atau neraka....Berikut ialah penjelasan mengenai kod E ini.Diharap ia boleh membantu kita dan terhindar dari perasaan was-was.Wallahu'alam.
Saya ambil petikan ini dari http://jurnalhalal.com.

Kod E (E471 dan lain-lain) - Halal atau Haram?


Assalamuailaikum pembaca2 dihormati,

Kadang kala, apabila kita membelek untuk melihat isi kandungan sesuatu produk, kita sering terserempak dengan kod-kod pelik yang biasanya dimulakan dengan E seperti E471, E152, E280, E635 dan macam2 lagi. Semestinya pernah terlintas di fikiran untuk mengetahui apa sebenarnya maksud kod2 ini. Maklumlah, terdapat banyak benda yang tidak diketahui dan kadang2 ragu2 juga.

Kod2 tersebut yang bermula dengan E yang ditambah dalam makanan dikenali sebagai Kod E atau E Numbers. Kod2 E adalah kod nombor untuk bahan tambahan atau aditif makanan(food additives) yang telah diuji penggunaannya untuk digunakan di Kesatuan Eropah(European Union). E di hadapan kod tersebut diambil dari huruf pertama European iaitu E.

Kod E merupakan tambahan makanan yang digunakan sebagai perasa, pewarna, pengawet, bahan pengental dan sebagainya. Kod2 E boleh dibuat daripada tumbuhan atau haiwan, bergantung kepada jenis Kod E. Ada yang boleh dibuat daripada mana2 sumber iaitu tumbuhan sahaja atau haiwan sahaja. Adakah ia halal?



Masalah timbul apabila Kod E dibuat daripada haiwan. Kod E adalah halal jika sumber haiwan itu bukan dari sumber yang haram seperti khinzir, anjing atau haiwan yang tidak disembelih mengikut hukum syarak. Keraguan terhadap Kod E meningkat dengan tersebarnya khabar angin bahawa sesetengah Kod E dibuat daripada sumber tidak halal. Contoh yang menyatakan kod2 yang tidak halal ialah seperti di sini.

Terdapat banyak produk2 di pasaran yang menggunakan kod2 E ini dan antara yang popular adalah aiskrim dan chocolate. Banyak pula produk2 yang menggunakan kod E yang dikatakan haram tetapi mendapat pengiktirafan JAKIM. Jadi, bagaimana sekarang? Adakah JAKIM terlepas pandang?




Semestinya JAKIM tidak terlepas pandang. JAKIM diurus oleh ramai orang yang juga pengguna muslim dan mereka juga semestinya mahu menggunakan yang halal. Jadi, proses pengeluaran pengiktirafaan sijil halal adalah sangat teliti. Antara langkah2 memohon sijil halal ialah menyenaraikan semua bahan mentah produk.
Jadi di sini, JAKIM boleh memastikan sumber Kod E tersebut.

Salah satu contoh ialah Kod E yang paling popular iaitu E471. E471 ialah sejenis emulsifier yang merupakan asid lemak mono dan digliserida. Asid lemak sintetik ini dibuat daripada gliserol dan asid lemak semulajadi daripada sumber tumbuhan atau haiwan. Produk yang mempunyai E471 dan mendapat pengiktirafan halal JAKIM bererti E471 itu dibuat dari sumber tumbuhan atau haiwan(disembelih) yang halal. Justeru itu, produk tersebut adalah halal dan selamat untuk dimakan.

Lebih banyak maklumat boleh didapati tentang Kod E. Antaranya ialah:
http://en.wikipedia.org/wiki/E_number
http://en.wikipedia.org/wiki/E471

Berikut adalah response JAKIM kepada produk2 yang mempunyai Kod E:

Salam, Untuk pengetahuan Tuan, kod E digunakan secara meluas sebagai penunjuk kepada bahan tambahan kimia seperti perasa, pengawet, pewarna, bahan pengental dan sebagainya. Ia didapati daripada sumber tumbuhan, haiwan dan kimia sintetik. Bagi pemegang sijil pengesahan halal JAKIM, kami memastikan sumbernya adalah nyata suci dan halal. Jika ia daripada haiwan, hendaklah ia daripada haiwan yang halal dimakan dan diproses/sembelih mengikut hukum syara'. JAKIM sentiasa memeriksa dan memantau dengan teliti dari bahan ramuan, proses, kendalian, pembungkusan sehinggalah premis pengeluar produk tersebut.Kesimpulannya, terdapat sumber lain bagi bahan berkod E tersebut selain daripada haiwan.
Sumber: http://www.halal.gov.my/

Assalamualaikum, Terima kasih untuk soalan-soalan tersebut.Kod-kod E yang dinyatakan puan adalah terdiri dari bahan kimia makanan seperti pewarna, pengawet, perisa dan sebagainya. Bahan-bahan ini diperbuat daripada samada hasilan tumbuhan atau pun haiwan. Setiap barangan yang disahkan halal oleh JAKIM telah diperiksa kandungan dan dari mana hasilannya. JAKIM memastikan setiap kandungan dinyatakan dengan jelas status halalnya dengan meminta syarikat mengemukakan sijil halal dari JAKIM atau badan Islam yang diiktiraf JAKIM.Bagi produk yang disahkan halal oleh JAKIM, kami sudah memastikan ianya adalah halal dari prosesnya dan bahan ramuannya. Pengguna tidak perlu panik terhadap barangan yang telah mendapat sijil pengesahan halal JAKIM yang mengandungi kod-kod E tersebut.Harap maklum
Sumber: http://www.halal.gov.my

Kesimpulannya, produk2 yang menggunakan Kod E adalah halal dan selamat dimakan jika produk tersebut mendapat pengiktirafan sijil halal JAKIM. JAKIM memeriksa dan memantau bahan ramuan setiap produk yang mendapat sijil halal.

Khamis, 13 Januari 2011

JALAN HIDUP INI......


Kadang kita meminta pada Allah setangkai bunga yang indah,
tapi Allah SWT berikan kaktus berduri.
Kita meminta kupu-kupu,
tapi diberikan ulat.
Kita pun sedih,kecewa bahkan marah..!!!
Namun kemudian kaktus itu berbunga indah sekali
dan ulat itu menjadi kupu-kupu yang cantik.
Itulah jalan Allah SWT,
indah pada waktu-Nya..!!!
Allah tidak memberi apa yang kita harapkan,tapi Allah SWT memberikan apa yang kita perlukan.
Kadang kita sedih,kecewa,terluka,berburuk sangka.
Tapi jauh di atas segalanya,Allah merangkai yang TERBAIK dalam kehidupan kita....
Agar kita belajar untuk selalu ikhlas dan redha.

~Mesej dari Kak Zai (kakak ipar) sempena Maal Hijrah 1432H~

Isnin, 10 Januari 2011

KELAB SMART AL-QURAN PASTI AL-FATHONAH



Alhamdulillah perjuangan memartabatkan Al-Quran di hati anak-anak diteruskan lagi dengan KELAB SMART AL-QURAN PASTI AL-FATHONAH.Bagi sesiapa yang berminat bolehlah menghubungi nombor hanfon yang tertera atau terus ke PASTI AL-FATHONAH,TAMAN PASIR PUTIH untuk mendapatkan borang.

Isnin, 3 Januari 2011

SEKITAR PENDAFTARAN ARIF....ANAK SULUNGKU....


Bersemangat,ceria dan teruja.....Gitulah kot


Merenung jauh nampak.....


Nama Arif ada pada No.6,Tahun 1 Kristal.


Pendaftaran pelajar-pelajar SK Contoh untuk semua tahun (Tahun 1-6) dibuat pada 1 Januari 2011,hari Sabtu jam 7.30 pagi.Kebanyakan sekolah memilih 2 haribulan esoknya.Tahniah SK Contoh,'advance' satu hari....

Kaunter Pendaftaran Tahun 1,hanya ada 4 kelas dan pelajar-pelajar Tahun 1 dikatakan seramai 94 orang.Maknanya dalam satu kelas mempunyai 20-23 pelajar...


Kelas sementara sebelum 'streaming'
Hanya 22 orang ja satu kelas....


Kaunter pembayaran Yuran PIBG.Nasib baik datang awal....Kalau tidak kat belakanglah jawabnya...


Di sinilah pendaftaran sekolah dilakukan.


Inilah sekolah Arif....Terletak di kawasan Kampung Contoh.
Pelajar-pelajarnya adalah kebanyakan dari sekitar kampung Contoh dan Putatan


Pemandangan depan Madrasah


InsyaAllah di sinilah Arif mendalami ilmu agama...
MADRASAH ASSALAM KG. CONTOH,terletak di belakang SK CONTOH dan bersebelahan Surau.
Masa belajar ialah 2.10 petang hingga jam 5.10 petang.

Jadual untuk umminya juag berubah tahun ni.Agak padat dan boleh tahan juga kepenatannya.Begitulah resam hidup,anak-anak dalam tempoh membesar memerlukan umminya dan abahnya untuk menguruskan mereka sebaik mungkin.Begitulah rasanya ibu bapa yang lain.Walaupun saya seorang surirumah,tidur lewat dan bangun awal pagi adalah rutin yang biasa.Dalam hati saya selalu berdo'a agar diberi kesihatan yang baik kerana kalau ummi sakit anak-anaklah yang saya kasihan.Tak larat nak buat itu dan ini......Lagi-lagi nak menguruskan anak-anak......Semoga dipermudahkan Allah segalanya.........




Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

HANYA PADA-MU KU MENGADU.....

Berdo'a buka untuk memberitahu Allah apa yang kita pinta,kerana tanpa diberitahu pun Allah sedia mengetahui.Do'a ialah pengabdian daripada seorang hamba kepada Tuhannya.