FREE ADVERTISING!

Free advertising

MARILAH MENUJU KEJAYAAN

Jumaat, 25 Mac 2011

Mataku Merah....


Sumber gambar:Google

Assalammu'alaikum wbt
Salam ceria dan salam persahabatan buat semua......
Di ketika ini,banyak pulak perkara berkaitan kesihatan terjadi buat keluargaku termasuklah diri ini.Semalam,akibat tak tahan mata yang bengkak dan merah akhirnya melangkah juga ke klinik.Bukannya apa,lebih suka ubatan semulajadi seperti herba untuk imuniti diri.

Selepas diagnosis,sahlah mata kananku terkena konjunktivitis.Oleh kerana ia mudah berjangkit,jadi diriku yang serba lemah ini tidak disuruh untuk keluar rumah sangat,kena pakai cermin mata hitam kalau boleh sebab mata sekarang menjadi sangat sensitif terhadap cahaya,habuk dan angin.Kalau ada air mata keluar kena lap dengan tisu dan buang terus ke dalam tong sampah.

Bukan sahaja risau tentang diriku ini tetapi anak-anak yang selalu berada di sampingku.Jadi apakah konjunktivitis,marilah kita dapat info yang betul mengenainya...

“ DOKTOR MATA ANAK SAYA MERAH”

“Doc mata anak saya merah la, bertahi mata bila bangun pagi dan melekat. Susah nak buka mata, berair mata” itulah adalah aduan ibubapa bila berjumpa doktor.

Apa dia sakit mata merah(konjunktivitis)

Sakit mata merah ( Konjunctivitis) ini adalah radang pada selaput luar biji mata ( eyeball) dan juga selaput kelopak mata anda. Penyebab utama adalah disebabkan jangkitan virus dan kuman ( bakteria). Sakit mata ini memang mudah berjangkit dan ia boleh berlaku pada semua peringkat umur, kanak-kanak lebih mudah dijangkiti.

Bagaimana kita hendak mengetahui bahawa anak anda telah dijangkiti sakit mata (konjunctivitis)?

Sakit mata yang berjangkit biasanya:

  • bermula dari sebelah mata menjadi merah yang kemudiannya ia mungkin berjangkit ke dua belah mata
  • mata terasa gatal
  • menyebabkan pedih dan sakit seperti berpasir dan discaj mata
  • mungkin menyebabkan kemerahan pada kelopak mata, irritasi, kering dan berkeruping disekeliling mata.

Sekiranya terdapat discaj putih kekuningan yang banyak sehingga menyebabkan sukar untuk anak anda membuka mata akibat melekat disebabkan discaj itu kemungkinan besar ia adalah disebabkan oleh jangkitan kuman ( bakteria).

Jika disebabkan oleh jangkitan virus, kebiasaannya mata anak anda akan berair dan juga kemungkinan ada tanda-tanda demam selesema(colds) sekali pada masa jangkitan itu.

Penyebab sakit mata merah

Mata merah bukan sebab jangkitan sakit mata sahaja . Ia mungkin,

Bayi yang baru lahir mungkin dijangkiti sakit mata (neonatal conjunctivitis) semasa melalui saluran peranakan, dan kemungkinan ia disebakan oleh kuman gonorhoea atau klamidia (Chlamydia) . Selalunya bayi ini mengalami jangkitan sakit mata dengan discaj bernanah dari mata ,kebiasaan dalam masa seminggu selepas lahir. Sekiranya bayi anda ada tanda tanda sedemikian harap berjumpa dengan doktor dengan kadar segera.

Alahan mata ( allergik konjuktivitis) atau irritasi mata juga menyebabkan mata merah ia mungkin disebabkan oleh

  • debunga ( hay fever)
  • bulu haiwan
  • habuk
  • pengawet dalam ubat mata atau
  • pencuci kontak lensa bahan kimia seperti peluntur cat

Kebiasaannya mata merah disebabkan oleh allergic ini mengakibatkan mata merah pada keduabelah mata anda dengan serentak, menyebabkan mata menjadi mata merah berair, gatal disekitar mata dan hidung, bersin dan hidung berhingus.

Cara mengatasi mata merah(konjunktivitis)

Jangkitan sakit mata ini kebiasaannya akan pulih sendiri dan tak merbahaya. Tanda selalunya beransur pulih dalam 2 hingga 5 hari , tetapi walau bagaimanapun jangkitan Viral konjunktivitis mungkin berlarutan sehingga 2 ke 3 minggu.

Walaupun begitu diharap agar berjumpalah dengar doktor untuk kepastian kerana,

Ada sejenis sakit mata (infectious keratitis) yang apabila dijangkiti mata anak anda, dia akan merasa seperti ada sesuatu pada bola mata dan ia amat menyakitkan sekali dan membuatkan anak anda sukar untuk membuka mata kerana terlalu sakit. Sekiranya ini dibiarkan iakan menyebakan kecacatan kekal pada penglihatan mungkiin berlaku. Sekiranya tanda ini berlaku hendak lah berjumpa doktor dengan kadar segera.

Jangkitan sakit mata (infective conjunctivitis) adalah sangat sangat mudah berjangkit oleh itu langkah pencegahan adalah penting untuk mengelakkan dari merebak.

Bagaimana?

  1. Amalan kebersihan adalah penting
  2. Basuh tangan sebelum dan selepas menyentuh mata anak kita.
  3. Gunakan barang peribadi yang berasingan untuk anak yang dijangkiti itu sehingga jangkitan itu sembuh

Apakah rawatan untuk jangkitan sakit mata?

Kebiasaannya sakit mata anda akan baik dengan sendirinya dalam 2 ke 5 hari. Tetapi sekiranya ianya berlarutan melebihi 7 hari atau jangkitan mata bertambah teruk atau anak anda terlalu muda berjumplah dengan doktor untuk rawatan.

Sekiranya doktor mengesyaki jangkitan Viral Konjunktivitis kebiasaannya ia tak memerlukan rawatan khusus. Sekiranya disebabkan kuman kemungkinan doktor memberikan ubat titis antibacterial atau ointment atau kemungkinan ubat makan sekali.

Sumber:www.cybermedik.com


Selasa, 22 Mac 2011

IMEJ ISTERI....


Alhamdulillah hari ini diberi sedikit kekuatan untuk menulis setelah tak sihat minggu lepas.Ingatlah masa sihat sebelum masa sakit.....Sakit datang seperti ribut tapi keluar seperti semut....Begitulah yang dialami oleh kami satu keluarga.

Kali ini sekadar nak berkongsi dua kisah benar mengenai imej diri seorang isteri yang bergelar muslimah.

KISAH 1:
Seorang sahabat mengadu mengenai imej dirinya yang selalu ditegur oleh ibu mertuanya.Berbaju T-Shirt dan berkain batik di rumah manakala di luar menggunakan baju yang mungkin 10 tahun dahulu.Fesyen yang mungkin 'out to date' walaupun saya sendiri mengakui tidak ada salah pada pakaiannya (lengkap menutup aurat,bertudung labuh,baju yang longgar).Suaminya pun pernah menegur pada pakaiannya seperti 'student' dan terlalu 'simple mungkin'......Ibunya sendiri setiap kali Hari Raya tidak pernah lupa untuk memberinya baju manakala suaminya?.....Hmmm..Itulah yang menjadi persoalan saya.Dia seorang surirumah,sudah tentulah makan pakai ditanggung sepenuhnya oleh si suami.Kenapa tak dihadiahkan pada isteri pakaian yang disukai?Atau kalau tak berapa pandai memilih,apa salahnya berilah isteri sedikit duit untuk dia membelikan barang keperluannya dan pakaian yang disukainya.Nampak sangat sahabat saya ini merasa rendah diri dan kurang keyakinan di hadapan orang ramai.Saya bersimpati sebenarnya......dan saya rasa ramai lagi para isteri mengalami perkara yang sama.

KISAH 2
Kisah yang kedua ini lain pulak,mungkin agak terbalik dari kisah di atas.Si suami mengadu bosan dengan pakaian yang dipakai oleh isterinya (isteri menutup aurat sempurna ya).Walaupun si suami telah menghadiahkan pakaian tetapi tidak dipakainya,malah baju yang lama juga dipakai.

Bagi pendapat saya sebenarnya selagi fesyen pakaian dan tudung itu menepati yang Islam gariskan,tidak ada salahnya untuk 'berubah' atau memakainya.Islam sukakan kesederhanaan dan menyukai keindahan.Kalau kita fikirkan sekiranya di dunia ini hanya satu warna sahaja seperti warna kelabu sahaja,agak-agak apakah perasaan kita ya?Ceria tak?Bayangkan tiada warna biru,merah,hijau,kuning dan sebagainya.....Mungkin kena cari planet lain kot untuk mendapatkan warna tu....!Sesekali berbelanja untuk pakaian yang kita pakai tidak ada salahnya,yang tak elok ialah yang melampau dan membazir......

Kisah di atas hanyalah secebis kisah kehidupan masyarakat....Semoga ada manfaatnya.....

Rabu, 9 Mac 2011

Statistik yang menakutkan saya.....!!

Salam Penuh Ukhuwwah.....

Sebagai muslimah,ibu dan 'anak Malaysia'.Statistik ini amat menggerunkan saya...

Sila baca dan marilah kita didik anak bangsa kita dan buatlah sesuatu demi ummat Islam....!

"Di Malaysia, anak luar nikah dalam maksud pendaftaran kelahiran terdiri daripada kanak-kanak yang dilahirkan oleh pasangan ibu bapa yang tidak berkahwin tetapi maklumat dimasukkan ke dalam daftar dan sijil kelahiran. Pendaftaran tersebut dibuat di bawah peruntukan pendaftaran kelahiran anak tidak sah taraf.

Ada sesuatu yang luar biasa pada sijil kelahiran anak tidak sah taraf. Nombor sijil yang lazimnya tertera di bahagian kanan dokumen, dicetak di bahagian bawah. Ini menunjukkan bahawa pemiliknya tidak mengetahui ayah kandungnya.

STATISTIK

Berdasarkan kepada laporan rasmi, Jabatan Pendaftaran Negara (JPN) melaporkan terdapat lebih 257,000 sijil kelahiran didaftarkan tanpa catatan nama bapa, sejak tahun 2000 hingga pada bulan Julai 2008.

Ini bermakna secara purata, 2,500 kes anak luar nikah direkodkan pada setiap bulan atau 83.3 kes pada setiap hari. Jika diunjurkan lagi, satu kes pendaftaran anak luar nikah berlaku dalam setiap 17 minit 17 saat!


Amat menyedihkan kerana menurut statistik pendaftaran kelahiran kelahiran anak luar nikah dalam tempoh 4 tahun sahaja (1999-2003) 30,978 dari 70,430 (44%) orang bayi tidak sah taraf yang dilahirkan adalah anak orang ISLAM.

Pecahan mengikut negeri:

Selangor = 12,836 orang
Perak = 9,788 orang
Kuala Lumpur = 9,439 orang
Johor = 8,920 orang
Sabah = 8,435 orang
Negeri Sembilan = 4,108 orang
Pahang = 3,677 orang
Kedah = 3,496 orang
Pulau Pinang = 3,412 orang
Melaka = 2,707 orang
Kelantan = 1730 orang
Perlis = 691 orang
Sarawak = 617 orang
Terengganu = 574 orang
JUMLAH = 70,430 orang."


Sumber:Berita Harian Online

"Dan janganlah kamu mendekati zina;sesungguhnya zina itu adalah sesuatu yang keji dan suatu jalan yang buruk."(Al-Isra':32)

Isnin, 7 Mac 2011

Ziarah ke rumah sahabat:Kak Sakinah


Ihsan gambar dari Lensataibah

Alhamdulillah,sahabat-sahabat 'group' Diskusi Hawa telah menziarahi Kak Sakinah yang telah melahirkan cahaya matanya yang kedua,FADLA yang bermaksud baik.Sesungguhnya ziarah-menziarahi adalah sunnah nabi yang patut kita teruskan dan semaikan pada generasi sekarang.Semoga kunjungan kami merapatkan lagi ukhuwwah yang terbina selama ini,insyaAllah.

Rabu, 2 Mac 2011

IMPIANKU...SIRI 4


Assalammu'alaikum wbt buat semua yang sudi membaca atau menjenguk blog saya....Semoga Allah merahmati kalian...

Impianku kali ini masih berkisah mengenai keluarga iaitu yang paling disayangi dan satu-satunya di dunia.Iaitu ibu dan ayah saya.Saya dilahirkan dalam keluarga yang besar iaitu anak ke lapan dari 8 orang adik beradik...kira anak bongsu lah ni.Dibesarkan dalam keadaan abang dan kakak dah pun besar-besar....kira beruntung lah,ramai yang menjaga (tapi selalu juga kena buli oleh abang..hu..hu).

Alhamdulillah kesemua kami adik beradik dah berkeluarga dan saya dah ada cucu pun...(anak buah dah kawin dan dah ada anak).Baru-baru ni balik kampung membuatkan hati saya tersentuh bila melihat ayah yang agak uzur,makin lupa dan kurang bersemangat.Keadaannya masih belum mampu untuk berjalan membuatkan aktivitinya agak terbatas.Ayah yang kukenali dulu sebagai orang yang aktif,bersemangat,suka memasak,pemurah,sangat sabar dengan karenah kami dan menyayangi cucunya telah banyak berubah.Sekarang,agak pendiam dan menjadi kurang peduli tentang kebersihan.

Saya sentiasa memberikannya semangat untuk dia berjalan lagi.Selalu memujuknya untuk berubat dan jangan putus asa untuk sembuh.Begitu juga dengan ibu...Ibu dulu seorang yang rajin ke dapur,suka buat kuih bingka,pembersih,tegas dalam solat dan suka mengikut ayah ke masjid untuk berjemaah.Sekarang,banyak juga berubah,mungkin juga disebabkan faktor umur.

Impian saya ingin melihat ayah sembuh dan berjalan semula.Dapatlah ayah bawak ibu pergi berjalan-jalan dan ke masjid lagi.Ibu sangat setia menemani ayah di rumah.Kalau diajak unutk keluar,pasti dia risau....ayah kau macam mana..sedangkan nak keluar kejap ja,memang ibu menolak.Setianya dan sayangnya ibu pada ayah.

Setiap hari memang selalu sangat terkenangkan mereka.Hanya do'a sahaja yang dapat kutitipkan buat mereka selain menelefon dan bertanya khabar setiap minggu....

Sahabat-sahabat mempunyai impian?Untuk tercapainya impian perlu ada usaha,tawakkal dan do'a.Klik MASTERARSYAD:AKU ADA IMPIAN
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

HANYA PADA-MU KU MENGADU.....

Berdo'a buka untuk memberitahu Allah apa yang kita pinta,kerana tanpa diberitahu pun Allah sedia mengetahui.Do'a ialah pengabdian daripada seorang hamba kepada Tuhannya.