FREE ADVERTISING!

Free advertising

MARILAH MENUJU KEJAYAAN

Ahad, 14 Mac 2010

SURI DI RUMAH


"Awak senang,kat rumah....kami kerja,memang banyak sangat kerja"
"Awak surirumah...bolehlah anak ramai,kat rumah je kan.Boleh tengok anak-anak,"....luahan ibu-ibu yang berkerjaya.
"Awak ada ijazah kan rugi tak berkerja,kalau ikutkan gaji berijazah macam kamu ni boleh tahan...."kata wanita yang komited dengan karier.

Begitulah luahan dan pendapat wanita-wanita di luar sana sepanjang tempoh perkahwinan kami.Ada yang memandang rendah dengan kerjaya menjadi suri' di 'rumah' apa lagi dinilai dengan wang ringgit.Memang tidak semua perkara di atas benar dan tidak juga betul kerana wanita yang menjadi surirumah berkorban untuk negara!

Untuk negara!Betul ke?Ya kerana dia telah berkorban seluruh jiwa dan raganya menjaga anak-anak,suami dan seluruh keluarganya di rumah.Menjaga dalam erti kata mendidik anak-anak agar menjadi insan yang soleh.Saya juga tidak terkejut sekiranya ada wanita yang berkerjaya pun berjaya mendidik anak-anak mereka.Sememangnya tiada jaminan kalau wanita sepenuh masa di rumah boleh mendidik anak-anak dengan sempurnanya tetapi ia juga merupakan suatu pilihan kerjaya untuk wanita.

Wanita-wanita surirumah boleh menambahkan pendapatan dengan pelbagai cara menurut kreativiti masing-masing.Banyak kalau disenaraikan.......contohnya jual kuih-muih,bisnes online,bisnes MLM dan lain-lain.

Rutin surirumah pun bermula awal pagi hinggalah malam.Mari kita lihat secara umumnya rutin ibu bermula:

Pagi :-Solat Subuh
-Menyediakan sarapan pagi
-Membasuh dan menjemur kain
-Menguruskan anak-anak sekolah
-Menguruskan anak-anak kecil/bayi (mengambil banyak masa ibu terutamanya yang menyusu badan)
-Memasak dan menguruskan dapur
-Mengambil anak-anak pulang dari sekolah

Tengahari/petang:-Solat Zohor
-Makan tengahari
-Menghantar anak-anak sekolah agama
-Menidurkan bayi/anak-anak kecil
-Melipat kain dan mengangkat jemuran kain
-Solat 'Asar
-Mengambil anak-anak dari sekolah agama
-Menguruskan anak-anak -mandi

Malam: -Solat Maghrib
-Ajar anak mengaji atau menghantar ke rumah Tok Ngaji
-Makan malam
-Solat Isya'
-Memantau pembelajaran anak-anak
-Menguruskan anak-anak tidur:berus gigi dsb

Rasanya itulah yang dilakukan oleh para surirumah,relax ke?Itu tak termasuk karenah anak-anak lagi ye.Saya sendiri tersenyum melihat senarai di atas.Boleh tambah-tambah lagi tu....

Dapatlah saya simpulkan di sini bahawa,InsyaAllah sekiranya kita melakukan apa-apa kerjaya dengan ikhlas.Di sana nanti ada ganjarannya.Bekerja atau tidak semuanya bergantung kepada niat di hati kita.Islam tidak menghalang wanita itu bekerja teapi perlu ada keseimbangan di antara keluarga dan kerjaya.Kita beruntung kerana menjadi wanita muslimah.Ingatlah!Kitalah pembangun ummat!Ayuh kita laksanakan tugas mulia ini sebaik mungkin.......

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

HANYA PADA-MU KU MENGADU.....

Berdo'a buka untuk memberitahu Allah apa yang kita pinta,kerana tanpa diberitahu pun Allah sedia mengetahui.Do'a ialah pengabdian daripada seorang hamba kepada Tuhannya.