FREE ADVERTISING!

Free advertising

MARILAH MENUJU KEJAYAAN

Jumaat, 17 Disember 2010

HARI TERAKHIR SMART AL-QURAN DAN MALAM PENUTUP


Bergambar kenangan dengan AJK,Fasilitator dan para peserta

MALAM PENUTUPAN (9/12/2010)

Malam Penutupan diadakan pada hari Khamis pada pukul 8.30 malam.Ia diadakan untuk menghargai para peserta,AJK,Fasilitator dan juga meraikan ibubapa peserta.Mereka akan diberi Sijil Penyertaan dan sedikit cenderahati kenangan.Malam itu juga diadakan jamuan makan yang turut disumbangkan oleh ibu bapa.Ucapan terima kasih saya ucapkan kepada semua yang terlibat,semoga diberi ganjaran oleh Allah dengan sebaik-baiknya.....


Antara ibu bapa yang hadir memberi sokongan


Bakal peserta SMART AL-QURAN akan datang?InsyaAllah...

Juga diadakan persembahan video untuk tatapan semua


Ucapan Pengarah SMART AL-QURAN..(diri sendiri)...berdebar-debar dan malu jugak


Persembahan dari peserta.Mereka membaca Surah Al-Fatihah,Tiga Qul dan Nasyid A,Ba,Ta....


Sangat seronok dan terhibur melihat telatah mereka


Antara peserta lelaki


Si cilik ni pun ikut bernasyid







Antara peserta yang menerima sijil dan cenderahati kenangan dari pihak kami


Anugerah Hafazan Terbaik:Adik Suhainey

Anugerah Amali Solat Terbaik:Adik Mohd Arif Ihsan


Anugerah Mithali:Adik Fatin Nadia

InsyaAllah rentetan dari program ini satu Kelab SMART AL-QURAN,di bawah kelolaan PASTI AL-Fathonah akan dibentuk tahun hadapan.Ia meliputi hafazan Al-Quran (Juzuk 'Amma) dan Iqro'.Mudah-mudahan ia dapat membantu membentuk generasi muda dan anak-anak kita menjadi generasi pewaris ulama' dan solihin.......Amin...

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

HANYA PADA-MU KU MENGADU.....

Berdo'a buka untuk memberitahu Allah apa yang kita pinta,kerana tanpa diberitahu pun Allah sedia mengetahui.Do'a ialah pengabdian daripada seorang hamba kepada Tuhannya.