Rasanya masih tidak terlambat untuk mengucapkan Salam Maulidur Rasul buat sahabat sekalian.Mengingati kekasih Allah ini bukan terhad pada hari kelahirannya tetapi sepatutnya setiap hari,setiap masa dan setiap detik selagi jantung kita masih berdenyut!Malu dan hinanya rasa diri bila muhasabah:
-Adakah diriku telah mengikuti segala sunnahnya?
-Adakah sebagai isteri telah diteladanikah peribadi isteri-isteri Rasulullah?
-Adakah sebagai ibu telah ditiupkan roh perjuangan baginda?
-Adakah sebagai anak telah diikuti kesabaran baginda terhadap orang tua?
dan banyak lagi persoalan yang tidak mampu terjawab oleh hati ini.....
Menemani suami pada minggu lepas untuk melihat tempat program minggu hadapan,membawa kami ke Masjid Bandaraya untuk singgah solat Zohor dan seterusnya melihat-lihat program yang diadakan oleh ABIM Sabah.Program tersebut ialah Karnival Keluarga Sakinah,kalau tak silap bermula pada hari Jumaat dan tamat pada hari Ahad.
Seusai suami dan anak-anak Solat Zohor,suami mengajak untuk makan tengahari di kereta.Saya pulak meminta izin untuk ke bilik air dulu.Tanpa saya jangka bila balik ke kereta saya terkejut melihat pelancong-pelancong Taiwan berkerumun dekat dengan tempat suami dan anak-anak makan.Lucu jugak sebab mungkin mereka tertarik sebab dengan selambanya suami menghampar tikar di sebelah kereta kami (kereta parking kebetulan di bawah kanopi,tu lah tak panas..kebetulan cuaca berangin......tu yang sedap tu!)untuk makan bersama-sama dengan anak.Tapi,oleh kerana malu saya dan suami makan di rumah ja.
Sempat juga saya berkenalan dengan pelancong-pelancong Taiwan yang peramah itu.Tapi kami bagaikan lembu dan itik.Bahasa English pun kami sama-sama kurang fasih.Nasib baik jugak saya mengetahui sedikit Bahasa Mandarin yang dipelajari semasa belajar di kampus dulu.Saya pun sempat memberi kad bisnes kepada salah seorang pelancong tersebut.Mereka pun tertarik dengan gambar dalam kad tersebut iaitu gambar muslimah bertudung labuh dan bertanya apa yang saya pakai.Saya hanya menjawab "A Veil"..nak terangkan lebih,mereka pun kurang faham.Saya berdo'a agar Allah memberikan hidayah kepada mereka..mana tahu dari hanya sekeping 'kad bisnes'....mereka tertarik untuk mendalami Islam....Itulah dakwah dari sekeping kad bisnes..!
Tiada ulasan:
Catat Ulasan