Bersedekah kepada pencuri
Kemudian pada pagi keesokan harinya orang ramai bercakap bahawa malam tadi ada sedekah yang diberikan kepada pencuri.Kemudian orang bersedekah tersebut berkata.'Ya Allah,segala pujian hanya pada-Mu,sungguh saya akan bersedekah lagi.'
Bersedekah kepada pelacur
Ia lantas pergi untuk menyedekahkan sesuatu.Tanpa dia ketahui,ternyata sedekah tersebut jatuh ke tangan perempuan pelacur.Kemudian pagi harinya orang ramai bercakap bahwa malam tadi ada sedekah diberikan kepada perempuan pelacur.Kemudian orang itu berkata 'Ya Allah,hanya pada-Mu segala pujian,sungguh saya akan bersedekah lagi.'
Bersedekah kepada orang kaya
Ia lantas pergi untuk menyedekahkan sesuatu,tetapi jatuh ke tangan seorang kaya.Kemudian pagi harinya orang ramai bercakap bahawa malam tadi ada sedekah yang diberikan kepada orang yang kaya.
Kemudian orang itu berkata,'Ya Allah,hanya pada-Mu segala pujian,beberapa kali saya telah bersedekah namun jatuh ke tangan pencuri,pelacur dan orang kaya.'
Semoga sedekahmu menjadi pengajaran
Kemudian ada seseorang yang datang lalu berkata kepadanya,'Adapun sedekahmu kepada pencuri,mudah-mudahan ia berhenti daripada mencuri,sedang sedekahmu kepada perempuan jahat moga ia segera berhenti daripada berzina.Sedekahmu kepada orang kaya,semoga ia mahu mengambil iktibar (pengajaran) dan segera menafkahkan sebahagian harta yang telah Allah kurniakan kepadanya.'"
Pengajaran
- Ketetapan bahawa adanya pahala untuk seorang yang bersedekah,sekalipun yang mengambil sedekah itu orang fasik mahupun orang kaya.Ketetapn ini berlaku pada sedekah yang sunat,tetapi zakat tidak boleh diberikan kepada orang kaya.
- Keutamaan bersedekah secara tersembunyi.
- Keutamaan ikhlas dalam segala perbuatan.
- Sebaiknya mengulangi bersedekah jika diketahui sedekah tersebut jatuh pada orang yang sepatutnya menerimanya.
- Keberkatan berserah diri dan redha kepada Allah.
Sumber:101 Kisah & Pengajaran daripada Al-Quran dan Al-Hadis Dan Hayatus Sahabah
Penulis:Ustaz Zahazan Mohamed
Tiada ulasan:
Catat Ulasan