FREE ADVERTISING!

Free advertising

MARILAH MENUJU KEJAYAAN

Sabtu, 1 Mei 2010

Teguh dan Kuatkanlah Hati Ini Ya Allah...


"Tutuplah aurat ye...dosa tau...malulah pada Allah"

Mungkin ramai dah sahabat-sahabat menulis mengenai perkara ini......tetapi hari ini saya rasa terpanggil menulis sedikit mengenai perkara ini yang selalu berlegar di kepala.Semasa saya mula-mula mendapat anak perempuan dulu (yang ketiga),rasa macam tak sabar-sabar nak menyarungkan tudung di kepalanya.Jadi,bila jalan-jalan kat kedai nampak ja tudung kanak-kanak terus nak beli dengan niat nak memakaikannya pada usia setahun gitu.

Tetapi dek kerana ketidaksabaran saya,pada usia 6 bulan saya cuba-cuba memakaikannya dengan tujuan nak bergambar ja.Tiba-tiba terdetik dalam hati,baik aku sarungkan ja,ganti topi anak-anak lagipun muat.Alhamdulillah,anak pun selesa nampak gayannya cuma bila dia nampak rimas dan panas saya akan membukanya.

Respon dari kawan,sedara mara dan orang sekeliling berbeza-beza ada yang suka sangat dan mencebik bibir pun ada.Respon yang negatif ni lah menguji iman di hati.Ya lah,kita nak didik anak kebaikan pun masih ada yang menentang.

"Terlalu awal lah..kesian budak lagi".....
"Nak menunjuk-nunjuk alim.."

Agaknya mungkin disebabkan kejahilanlah orang yang tidak senang itu berkata demikian.Lalu timbul lah bertudung hanya ke tempat kerja,bertudung semasa kenduri,semasa majlis tahlil,bak kata lain bertempat...Macamlah Allah ada kat tempat tu ja...Na'uzubillah....Ajaran apa ni?

Semasa membawa anak-anak ke kolam mandi,sengaja saya pakaikan dan belikan pakaian renang muslimah untuk anak saya (berumur 3 tahun)...Saya tak mampu tegur secara 'direct' kekadang....biarlah anak saya itu menegur secara tidak langsung.Dan hati saya cukup terguris apabila muslimah yang memakai tudung bertempat membuka tudungnya apabila mandi di kolam.....dan lagi terguris apabila ibu bapa mendiamkan sahaja bila berlaku di depan mata.Dan anak ku "Sakiinah" lah sahaja yang bertudung....dalam kolam renang itu....Yang lain???Bila lagi nak berubah?Anda bukan kanak-kanak lagi tapi dah baligh kan...Perkara aurat ni bukan main-main,HARAM dan DOSA BESAR ye.....

Semoga diri ini dan anak-anakku terpelihara dari sifat kejahilan dan kemungkaran....Amin...

1 ulasan:

  1. Salam perkenalan... 1st time singgah di blog ni. Banyak entri menarik. Anak saya pun start pakai tudung sebelum umur setahun lagi. Sekarang dah nak masuk 3 tahun, alhamdulillah dia memang suka pakai tudung. Harap2 berkekalan sampai bila2.

    Saya baru jinak-jinak dunia blog ni. Sedang mencari sahabat-sahabat online. Saya baru nak belajar buat bisnes online. Seronok tengok akak dah berjaya ada bisnes sendiri. Hope dapat berkongsi pengalaman. Saya ada anjur 2 pertandingan : "Pertandingan Kasih Ibu Membawa Ke Syurga" dan "Pertandingan Gubahan Cenderahati Pengantin". Jemput yea singgah di blog saya... http://aliyadaniel.blogspot.com/

    BalasPadam

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

HANYA PADA-MU KU MENGADU.....

Berdo'a buka untuk memberitahu Allah apa yang kita pinta,kerana tanpa diberitahu pun Allah sedia mengetahui.Do'a ialah pengabdian daripada seorang hamba kepada Tuhannya.