FREE ADVERTISING!

Free advertising

MARILAH MENUJU KEJAYAAN

Khamis, 13 Mei 2010

TERINGINNYA MEMILIKIMU.....

Memang saat ini inilah antara barang yang sangat saya idamkan.Bukannya apa,untuk kegunaan bisnes dan tujuan yang lain.Bila agaknya,daku boleh memilikimu?Hanya Allah yang tau.....Sekarang tengah dok kumpul duit.Rasa macam kekurangan bila ia takda.Dalam fikiran,bila dah ada bolehla tangkap gambar anak-anak,famili,dan macam-macam lagi.Kalau bagi "blogger",takda gambar macam sesuatu yang kurang.Betul tak?Kalau kamera DSLR pulak,memang mahal tapi syok tengok kat gambarnya yang berkualiti tinggi.Bila tengok harga kamera tu,RM2K......

Minat menggambar ni apabila tengok abang saya yang no.3 tu.Time adik beradik kawin dulu pun dia lah yang ambil gambar.Tak sabar bila tengok gambar dalam album (dulu kan kamera berfilem).Ada gambar 'candid' pengantin dan gambar detik-detik masa diijabkabulkan (tu yang paling best!).Mesti kita yang dah berkahwin ni simpan gambar tu betul-betul kan.

Mudah-mudahan,adalah rezeki saya untuk membelinya.Amin......

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

HANYA PADA-MU KU MENGADU.....

Berdo'a buka untuk memberitahu Allah apa yang kita pinta,kerana tanpa diberitahu pun Allah sedia mengetahui.Do'a ialah pengabdian daripada seorang hamba kepada Tuhannya.