MARILAH MENUJU KEJAYAAN
Isnin, 22 Februari 2010
IBARAT BUNGA DAN WANITA
BUNGA YANG KEMBANG DAN CANTIK ITU JARANG YANG WANGI...
Apabila si gadis dipuji dengan kata-kata,"Awak ni cantiklah",maka akan menguntumlah sebutir senyuman dibibirnya dan berbungalah hatinya.Tersipu-sipulah dia.Ah...siapalah yang tidak seronok bila dikatakan cantik dan lawa? Begitulah resam manusia,seronok bila dipuji kecewa bila dikeji.
Tetapi lain halnya bagi si mukmin yang merasa dirinya miskin dengan Tuhannya.Terasa kerdil tatkala berhadapan dengan pujian dan sanjungan manusia.
Wanita yang cantik selalu ditimpa perasan kerana sedar dirinya punya kelebihan.Kata orang,wanita yang cantik banyak mahunya.Jika ia seorang isteri yang sedar dan bangga kecantikannya,maka suamilah yang menjadi mangsa.Si suami selalu melutut dan kalah dengan kehendak serta karenahnya.Lebih malang jika si suami pula suka atas dasar kecantikannya.Alangkah indahnya jika si isteri tadi,kecantikannya diguna untuk meniup semangat jihad ke lubuk hati mujahidin.
Keutamaan dan nilai diri seorang wanita sama ada cantik atau tidak adalah pada akhlaknya.Kalau ia seorang isteri,ketaatannya pada suami adalah akhlak yang indah.Wanita yang cantik tetapi tidak berbudi pekerti tinggi,lebih-lebih lagi isteri yang cantik yang derhaka pada suami adalah ibarat bunga raya,cantik warnanya harumnya tiada.Sebaliknya wanita yang kurang cantik tetapi berakhlak mulia,taat suaminya,sentiasa mencari keredhaan-Nya ibarat bunga cempaka,tiada rupa tetapi harumnya memikat jiwa.
Diri yang dikurniakan Allah dengan nikmat kecantikan sentiasa resah jiwanya.Bukan kerana takut luput kurniaan itu darinya tetapi resah kerana menghitung pahala-pahala yang tinggal akibat pujian dan sanjungan yang bakal menjerumuskannya ke jurang neraka.
Bersyukur dengan segera nikmat Tuhan.Baik buruk,cantik hodoh itu adalah pemberian-Nya dan sama-sama perlukan persediaan.Akan tiba saatnya yang berwajah cantik dan indah dikerumuni oleh cacing dan ditibuni tanah di liang lahad yang gelap lagi sunyi...Tatkala itu bersandinglah manusia dengan kematian.Apakah baru dikala itu mahu diucapkan nikmat dan Islam itulah sebesar-besar pemberian Tuhan? Baru sanggup berjuang,berkorban apa saja demi mendapatkannya?
Sebelum terlambat,samasamalah kita daki anak tangga menuju ke puncak taubat.Asal manusia dari setitis mani yang hina.Sehina itulah diri wanita.Lunakkan hati,tenangkan perasaan.Lihatlah di seluruh penjuru alam.Dimana saja mata menjurus di sana ada tanda keagungan tuhan.Dongakkan kepala di langit biru,tundukkan wajah ke bumi yang hijau.Saksikanlah kilauan mentari,percikan cahaya bulan dan bintang.Langit yang dijadikannya tidak bertiang,gunung-ganang tidak berpacang.Usah terlena dibuai keindahan,sesungguhnya pada segalanya itu terkandung pengajaran:"Dan apa sahaja nikmat yang ada padamu dari Allah datangya,dan bila kamu ditimpa kemudaratan maka padaNyalah kamu meminta pertolongan." An-Nahl:53.
Langgan:
Catat Ulasan (Atom)
HANYA PADA-MU KU MENGADU.....
Berdo'a buka untuk memberitahu Allah apa yang kita pinta,kerana tanpa diberitahu pun Allah sedia mengetahui.Do'a ialah pengabdian daripada seorang hamba kepada Tuhannya.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan