FREE ADVERTISING!

Free advertising

MARILAH MENUJU KEJAYAAN

Jumaat, 12 Februari 2010

OH IBU OH AYAH......AMPUNKAN DAN REDHAILAH ANAKMU...


Allah SWT berfirman:yang bermaksud:
"Dan Kami wajibkan manusia (berbuat) kebaikan kepada kedua-dua ibu bapanya.Dan jika mereka memaksamu untuk mempersekutukan Aku dengan sesuatu yang tidak ada pengetahuanmu tentang itu,maka janganlah kamu mengikuti kedua-duanya.Hanya kepada-ku kembalimu,lalu Aku khabarkan kepadamu apa yang telah kamu kerjakan.
(Surah Al-Ankabut:8)

Diriwayatkan daripada Zur'ah bin Ibrahim,bahawa seorang lelaki datang kepada Umar,kemudian berkata:
"Sesungguhnya aku mempunyai seorang ibu yang sudah tua.Dia tidak dapat memenuhi keperluannya,kecuali belakangku menjadi tunggangannya.Aku selalu menjadi petunjuk jalan baginya,namun aku sering memalingkan mukaku daripadanya.Adakah aku telah menunaikan haknya?"

Dia menjawab: "Tidak".
Lelaki itu berkata:"Bukankah aku sudah menggendongnya di atas belakangku dan mengekang keinginanku kerana dirinya?"
Umar menjawab,"Dahulu dia pun pernah melakukan itu kepadamu,dan dia mengharap kamu tetap bersamanya,sementara engkau mengharap dia berpisah daripadamu."
(Birrul Waalidain,Ibn al-Jauzi)


Kasih ibu dan ayah terhadap kita sememangnya tiada penghujung walaupun mungkin kita menyakiti hati mereka mungkin dengan sengaja atau tidak sengaja.Apabila mereka sudah meniti di hari tua tiada apa yang mereka harapkan daripada anak-anak kecuali ziarah dan pertanyaan khabar anak-anak.Bagi yang tinggal dekat dengan ibu dan ayah,sering-seringlah melawat mereka.Tanyakan kepada mereka apa yang mereka perlukan.Kekadang mereka malu nak meminta apa-apa(dalam fikiran 'tak nak menyusahkan anak-anak')....Oh...betapa murninya hati mereka....

Kembalikan dan kenangkan ketika kita masih kecil,saat ibu mendengar kita menangis,dia bersegera memenuhi permintaan kita seperti menyusu,memberi makan dan membasuh berak kencing.Jarang-jarang didapati seorang ibu yang sengaja melewatkan hajat anaknya selagi ia mampu melaksanakannya.

Malah,sehingga kita dewasa pun mereka tidak rasa terbeban utuk memenuhi permintaan kita.

Bagi anak-anak yang telah cuba sedaya upaya untuk menjaga ibu dan ayah... saya akhiri dengan ....

Sabda Nabi SAW:bermaksud:
"Apabila seseorang anak yang soleh melihat ibu bapanya dengan pandangan kasih sayang.Allah menuliskannya pahala haji mabrur."
(Riwayat al-Baihaqi)

DO'A UNTUK IBU BAPA:
"YA ALAH...AMPUNILAH DOSA KEDUA IBU BAPAKU DAN KASIHANILAH MEREKA SEPERTIMANA MEREKA MENGASIHANIKU SEJAK KECIL...AMIN"

1 ulasan:

  1. lileh aek mata baca...semoga kta sama2 mnjd ank2 yg soleh n solehah....

    BalasPadam

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

HANYA PADA-MU KU MENGADU.....

Berdo'a buka untuk memberitahu Allah apa yang kita pinta,kerana tanpa diberitahu pun Allah sedia mengetahui.Do'a ialah pengabdian daripada seorang hamba kepada Tuhannya.