FREE ADVERTISING!

Free advertising

MARILAH MENUJU KEJAYAAN

Khamis, 4 Februari 2010

BERSEDEKAHLAH...JANGAN BERKIRA !


Allah s.w.t berfirman yang bermaksud:"Bandingan orang yang membelanjakan hartanya pada jalan Allah ialah sama seperti sebiji benih yang tumbuh menerbitkan tujuh tangkai,pada tiap-tiap tangkai itu pula mengandungi seratus biji.Dan (ingatlah),Allah akan melipatgandakan pahala bagi sesiapa sahaja yang dikendaki-Nya dan Allah Maha Luas (rahmat) kurnia-Nya,lagi meliputi ilmu pengetahuan-Nya."....(Surah Al-Baqarah 2:261)
Saya amat tertarik dan teruja untuk berkongsi pembacaan saya melalui Majalah Anis bulan Disember tahun lepas dan juga Majalah Solusi Isu No.14.Banyak perkara yang menyentuh hati dan membuatkan kita berfikir atau muhasabah tentang diri ini yang penuh dengan kekurangan.Di dalam Majalah Anis tersebut,Ustazah Asni mengingatkan kita janganlah berkira-kira soal rezeki terutamanya kepada ibu bapa kita sendiri.Kadang kala nak beli 'prepaid' (yang dah bekerjalah tu) dan nak cakap dengan mak ayah pun berkira.Kalau kita berkira-kira,nanti Allah pun berkira-kira dan ambil semula nikmat yang Dia beri.Fikir-fikirkanlah...

Perkara ini lebih teliti dibincangkan dalam Majalah Solusi dan fokus pada Isu No. 14 ialah 'Hidup Untuk Memberi'.Sebenarnya sedekah pun luas konsepnya termasuklah perbuatan seharian kita yang dianggap 'simple'.Contohnya senyum,mungkin dengan kata-kata yang baik dan do'a.Berusahalah memberi kegembiraan kepada orang lain,nescaya kegembiraan itu akan datang semula kepada kita semula.

Antara fadilat sedekah ialah:
  • Sedekah memadamkan murka Allah terhadap hamba-Nya.Sabda Rasulullah s.a.w yang bermaksud:"Sesungguhnya sedekah yang diberikan secara sembunyi-sembunyi dapat memadamkan murka Allah." (Sahih al-Targhib)
  • Penawar penyakit jasmani,sabda Baginda yang bermaksud:"Ubatilah penyakit kamu dengan bersedekah." (Sahih al-Targhib)
  • Harta akan diberkati.Rasulullah s.a.w bersabda:"Tidak akan berkurang harta yang disedekahkan."(Riwayat Muslim)
  • Penawar penyakit hati.Rasulullah s.a.w bersabda bermaksud:"Lembutkanlah hati kamu dengan memberi makan orang miskin dan usaplah kepala anak yatim."(Riwayat Ahmad)
dan banyak lagi sebenarnya......
"More U give More U Get!"

Di bawah ini saya selitkan video motivasi dari 'pakar sedekah' Ustaz Yusuf Mansyur:


Tiada ulasan:

Catat Ulasan

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

HANYA PADA-MU KU MENGADU.....

Berdo'a buka untuk memberitahu Allah apa yang kita pinta,kerana tanpa diberitahu pun Allah sedia mengetahui.Do'a ialah pengabdian daripada seorang hamba kepada Tuhannya.