FREE ADVERTISING!

Free advertising

MARILAH MENUJU KEJAYAAN

Ahad, 15 April 2012

Pergimu Tak Kembali.....Ayahanda Haji Mohd Morshidi

Detik-detik cemas.....
23 Februari - Kakak Hawina dapat panggilan dari hospital.Dapat sms dari Kak Fiza (di KL) mengatakan ayah dah tenat.Suami bergegas balik dari KL ke Kuching (waktu tu ada kursus)
24 Februari - Suami bagitau ayah stabil.Ayah dan ibu mertua pun ke Kuching ziarah.
26 Februari - Pagi-Cuba untuk mengubungi ayah melalui video conference tapi gagal.Tengahari,dapat call dari abang ayah dah koma.Jam 7.15 malam,kakak call....ayah dah pergi buat selamanya.

Kali ini,amat berat untuk saya menulis.Saya terpaksa menangguhkan beberapa kali.Ayah pergi semasa saya menunggu hari untuk melahirkan anak kelima.ayah juga pergi semasa saya tiada di sisi untuk membisikkan kalimah syahadah.Maafkan saya ayah......Berat sungguh ujian mengandung kali ini.Dah tiga kali saya mimpikan arwah ayah.Adakah ia hanya rindu dari seorang anak bongsumu yang banyak dosa ini atau ayah benar-benar hadir dalam mimpi.Wallahu'alam.

Teringat kata-kata terakhir ayah...bila nak balik?Jawab saya,lepas bersalin nanti InsyaAllah.Ayah memang sayang dengan cucu-cucunya.Suka meletakkan cucu yang masih bayi itu di ribanya sambil berzikir sehinggalah bayi tu tertidur.Gemar memasak bila anak cucunya balik.

Kini hanya kenangan yang tinggal.Suara ayah masih terngiang-ngiang di telinga.Lembut dan bersahaja.Tak mungkin saya lupa jasa ayah.Semoga Allah menempatkan rohnya di kalangan orang-orang yang soleh.Al-Fatihah.Amin.


Biarlah foto-foto di bawah berbicara.....







Jumaat, 10 Februari 2012

Rindu pada ayah.....

Assalammu'alaikum wbt

Apabila mendapat sms dari kakak mengatakan ayah masuk ke emergency pada Rabu yang lepas,seharian saya berendam dengan air mata."Patutlah asyik ingat pada mereka,"kata dalam hati saya.Lama dah saya menangguh untuk meletakkan gambar ibu dan ayah kerana pasti linangan air mata mengiringi.....kerana rindu :((
Baru hari ini menguatkan diri untuk menulis sedikit tentang perasaan ini.

Tiada kata yang dapat diungkap oleh seorang anak yang jauh di mata dan dalam saratnya mengandung anak kelima ini......
Hanya do'a yang mampu kukirimkan.......oleh anakmu yang banyak berdosa ini....

Ayah...
Ampunkan kami semua
Kami nak ayah sihat
Kami sayang ayah
Kami tak mahu ayah sakit
Kami tak kisah tak dapat belajar pun
Asalkan ayah sihat
Ampunkan kami ayah....dari blog penadaie

Bagi anak-anak yan masih mempunyai ibu dan ayah...berbaktilah kepada mereka kerana tanpa mereka....SIAPALAH KITA......!



Di bawah pantauan doktor sekarang


Gambar ayah (di kampung) sebelum saya balik ke rumah


Ibu yang setia....

Rabu, 1 Februari 2012

Apa itu Chicken Pox atau Cacar Air


Alhamdulillah, saya dan dua orang anak perempuan telah sembuh dari 'chicken pox'.Tak dinafikan saya sedikit risau kerana tengah mengandung kena ni.'Scan' minggu lepas menunjukkan anak dalam kandungan sihat.Sekarang kedua-dua anak lelaki saya pulak yang kena.Kuarantin lagi dan kenalah ummi dan abahnya tak ke mana-mana sangat.Ada lagi beberapa barang belum dibeli lagi untuk persediaan anak yang bakal lahir insyaAllah bulan 3 ni.Harap-harap mereka cepat sihat dan bolehlah keluar ke kedai.Jadi saya nak kongsi sedikit info mengenai chicken pox ye.Moga bermanfaat ye.....Diambil dari blog ciktom

Apa itu jangkitan cacar air?

Ini ialah jangkitan biasa yang berlaku di kalangan kanak-kanak yang disebabkan oleh virus. Virus cacar air juga dikenali sebagai virus varicella. Ia adalah virus sama yang menyebabkan kayap. Ia merupakan penyakit yang senang berjangkit dan boleh merebak dari seorang ke seorang. Seseorang yang dijangkiti virus ini akan mengalami demam dan timbul ruam lepuh (blisters).

Bagaimanakah penyakit cacar air merebak?

Ianya merebak:

* Melalui udara bila seseorang yang menghidap cacar air itu mengalami batuk atau bersin.

* Dengan menyentuh cecair yang keluar dari lepuh (blister) cacar air.

* Dengan menyentuh benda/permukaan yang dibasahi oleh cecair daripada lepuh tersebut.

Apakah tanda-tanda dan gejala?

Anak anda akan mendapat cacar air 13–17 hari selepas terdedah kepada seseorang yang mengidap cacar air. Cacar air boleh merebak 1–2 hari sebelum ruam kelihatan sehingga semua ruam berkeropeng dan kering. Kebanyakan kanak-kanak mengalami jangkitan yang tidak serius. Namun jangkitan cacar air bagi orang dewasa boleh menjadi lebih serius.

Gejala-gejala penyakit cacar air yang lain :

* Demam, rasa tidak sihat dan letih lima hari sebelum ruam timbul.

* Ruam bermula bintik merah yang kecil dan gatal (seperti jerawat) pada semua badan termasuk mulut. Biasanya ruam bermula di dada dan belakang, kemudian merebak ke muka, kepala, kedua-dua lengan dan kaki.

* Dalam masa 24 jam, ruam-ruam akan kelihatan seperti lepuh air (blister), kemudian pecah, kering dan menjadi keruping (4 -5 hari)

* Bintik-bintik baru akan terus timbul untuk lima hari dan mengambil masa dua minggu untuk hilang. Biasanya jangkitan cacar air ini menghasilkan pelalian seumur hidup. Walau bagaimanapun, virus ini mungkin bersembunyi dan berulang sebagai kayap (shingles) kepada orang dewasa dan kadang-kadang kepada kanak-kanak.

Apakah komplikasi penyakit cacar air?

Biasanya cacar air ialah masalah kesihatan ringan bagi kanak-kanak dan kebanyakannya akan pulih. Walau bagaimanapun, sesetengah orang berisiko mendapat komplikasi yang teruk, iaitu bayi yang baru lahir, orang dewasa dan seseorang yang mempunyai sistem pertahanan badan yang lemah.

Komplikasi lain yang boleh berlaku termasuk:

* Jangkitan kuman pada kulit

* Jangkitan pada darah

* Radang paru-paru

* Keradangan otak

Bagaimana jangkitan cacar air dirawat?

Amnya:

* Elakkan anak anda ke sekolah atau taman asuhan kanak-kanak sehingga ruam menjadi berkerak (lebih kurang tujuh hari daripada permulaan ruam). Jika tidak kemungkinan kawan-kawanya akan turut dijangkiti.

* Ambil ubat paracetamol untuk mengurangkan demam.

* Minum banyak air masak.

* Ambil makanan yang seimbang.

* Sentiasa membasuh tangan.

Untuk rasa gatal:

* Sapu losen kalamine di tempat ruam.

* Mandi dengan kerap dan sabun dengan menggunakan campuran ‘baking soda’ dengan air suam beberapa kali sehari untuk mengurangkan rasa gatal.

* Potong kuku pendek untuk mengelakkan kecederaan kulit semasa menggaru.

* Ubat antihistamine mungkin diberi oleh doktor jika rasa gatal yang teramat sangat sehingga anak anda tidak dapat tidur. Ubat antivirus untuk cacar air boleh didapati dan selalunya akan diberi oleh doktor kepada mereka yang berisiko mendapat jangkitan yang teruk, iaitu:

* Berumur 12 tahun ke atas.

* Mengidap penyakit paru-paru yang kronik. * Mereka yang mempunyai sistem pertahanan badan yang lemah. * Bayi yang baru lahir.

Bagaimana cacar air boleh dicegah?

* Cacar air boleh dicegah dengan suntikan pelalian. Minta nasihat doktor.

* Jika anda mendapat cacar air, elakkan jangkitan kepada orang lain dengan tidak pergi ke sekolah atau ke tempat kerja sehingga lepuh menjadi kering dan berkerak.

* Seseorang yang berisiko mendapat cacar air yang teruk (bayi yang baru lahir, yang mempunyai sistem pertahanan badan yang lemah, wanita mengandung) yang terdedah kepada seseorang yang mengidap cacar air, mungkin diberi antibodi dalam bentuk immunoglobulin untuk memberi perlindungan segera.

Sabtu, 24 Disember 2011

PERKARA YANG ORANG MELAYU SUKA PERCAYA TETAPI BOLEH MEMBAWA KEPADA SYIRIK

Assalammu'alaikum wbt dan Selamat Bercuti....

Di pagi Ahad ini saya nak berkongsi sesuatu tentang beberapa contoh kepercayaan orang Melayu tentang sesuatu perkara yang boleh membawa kepada syirik,Na'uzubillah Minzalik....

1-Meramalkan jika kupu-kupu masuk ke dalam rumah,bermakna ada seseorang datang.

2-Meramalkan masa depan si bayi dengan menentukan tempat tanam uri bayi tersebut (selepas dilahirkan).Hingga ada mereka yang percaya bahawa jika ditanam di depan rumah berserta pensel sebatang maka dapat mencerahkan masa depan si anak!

3-Meramalkan sesuatu yang buruk akan berlaku apabila cawan dan pinggan pecah atau kunci jatuh ketika ingin keluar rumah.

4-Meramalkan rezeki bertambah hanya dengan menggantung ayat seribu dinar di rumah atau di kedai.Sedangkan ayat tersebut menuntut agar seseorang bertakwa kepada Allah bagi mendapat ganjaran keluar dari sebarang masalah dan rezeki daripada sumber yang tidak dijangka dan bukannya hanya digantung di dinding.

5-Meramalkan akan mendapat duit apabila tangan berasa gatal.

6-Meramalkan hafalan al-Quran akan hilang jika lalu di bawah ampaian baju.

7-Meramalkan roh orang yang mati akan kembali ke rumahnya semula.Sedangkan ia bercanggah dengan firman Allah dalam Surah Al-Mukminun ayat 100 yang menerangkan tidak boleh roh seseorang itu kembali ke dunia semula.

8-Kepercayaan ramalan buruk oleh si penyebar surat atau SMS berantai.

9-Meramalkan kayu kokka boleh menjadi penyelamat.

Inilah antara kepercayaan karut,khurafat dan tahyul yang mungkin dibuat oleh kita orang Melayu tanpa disedari.Di harap artikel ini boleh membawa manfaat dan moga kita terhindar dari membuatnya.Wallahu'alam.

Artikel ini saya petik dari buku:
FORMULA SOLAT SEMPURNA OLEH USTA.ZAHARUDDIN ABD RAHMAN.
Terbitan:Telaga Biru

Isnin, 19 Disember 2011

HEAL AND YOU WILL BE HEALED



"Healing"

VERSE 1:

It's so hard to explain
قد يصعب عليّ أن أعبر

What I'm feeling
عمّا يختلج في قلبي

But I guess it's ok
لكن اعتقادي

Cause I'll keep believing
ينبع من إيماني

There's something deep inside
هناك شيء في الأعماق

Something that's calling
ينادي

It's calling you and I
يناديني ويناديك

It's taking us up high
يرتقي بنا إلى الأعلى

CHORUS:

Healing, a simple act of kindness brings such meaning
الشفاء ... قد يتجسّد في عمل بسيط لطيف

A smile can change a life let's start believing
بسمة قد تغير حياة الإنسان

And feeling, let's start healing
فلنبدأ بعمل يكون فيه شفاء

VERSE 2:

Heal and you will be healed
شفاء بشفاء .. ومع كل شفاء شفاء

Break every border
اكسر القيود والحدود

Give and you will receive
اعط تُعطى .. فالعطاء يوجب عطاء

It's Nature's order
نظام كوني رباني

There is a hidden force
هناك قوى خفية

Pulling us closer
تجذب بعضنا لبعض

It's pulling you and I
تجذبني أنا وأنت

It's pulling us up high
تجذبنا للأعلى

CHORUS:

Healing, a simple act of kindness brings such meaning
الشفاء ... قد يتجسّد في عمل بسيط لطيف

A Smile can change a life let's start believing
بسمة قد تغير حياة الإنسان

And feeling, let's start healing
فلنبدأ بعمل يكون فيه شفاء

MIDDLE 8:

Hearts in the hand of another heart and in God's hand are all hearts
قلب بين يدي قلب و بيد الله كل قلب

An eye takes care of another eye and from God's eye nothing hides
عين ترعى عينا .. وعين الله ترعى، و لا شيء عنه يخفى

Seek only to give and you'll receive
إسع نحوالعطاء... و ستلقى و تعطى

So, heal and you will be healed
إشف.. و سوف تشفى

OUTRO (x2):

قلب بين يدي قلب و بيد الله كل قلب

عين ترعى عينا، وعين الله ترعى

كلمة طيبة صدقة

تبسمك لأخيك صدقه

كل معروف صدقة

اللهم اشف شفاءً لا يغادر سقماً

*Seek only to give......you will be receive!!*


Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

HANYA PADA-MU KU MENGADU.....

Berdo'a buka untuk memberitahu Allah apa yang kita pinta,kerana tanpa diberitahu pun Allah sedia mengetahui.Do'a ialah pengabdian daripada seorang hamba kepada Tuhannya.