FREE ADVERTISING!

Free advertising

MARILAH MENUJU KEJAYAAN

Memaparkan catatan dengan label Ibu ayah. Papar semua catatan
Memaparkan catatan dengan label Ibu ayah. Papar semua catatan

Jumaat, 10 Februari 2012

Rindu pada ayah.....

Assalammu'alaikum wbt

Apabila mendapat sms dari kakak mengatakan ayah masuk ke emergency pada Rabu yang lepas,seharian saya berendam dengan air mata."Patutlah asyik ingat pada mereka,"kata dalam hati saya.Lama dah saya menangguh untuk meletakkan gambar ibu dan ayah kerana pasti linangan air mata mengiringi.....kerana rindu :((
Baru hari ini menguatkan diri untuk menulis sedikit tentang perasaan ini.

Tiada kata yang dapat diungkap oleh seorang anak yang jauh di mata dan dalam saratnya mengandung anak kelima ini......
Hanya do'a yang mampu kukirimkan.......oleh anakmu yang banyak berdosa ini....

Ayah...
Ampunkan kami semua
Kami nak ayah sihat
Kami sayang ayah
Kami tak mahu ayah sakit
Kami tak kisah tak dapat belajar pun
Asalkan ayah sihat
Ampunkan kami ayah....dari blog penadaie

Bagi anak-anak yan masih mempunyai ibu dan ayah...berbaktilah kepada mereka kerana tanpa mereka....SIAPALAH KITA......!



Di bawah pantauan doktor sekarang


Gambar ayah (di kampung) sebelum saya balik ke rumah


Ibu yang setia....

Selasa, 7 September 2010

PERMINTAAN AYAH


Masih tekun solat walaupun tak mampu berdiri


Tangan tua ayah,masih mampu membaca Al-Quran

Pagi tadi ayah nak mintak saya ambik foto kenang-kenangan semasa dia solat dan membaca Al-Quran.
Ayah memang suka bergambar.Kalau belek foto-foto yang dulu ayah memang pandai depan kamera ni.
Buat tatapan Kak Ina dan Kak Iza yan tak balik raya....
Boleh klik DI SINI untuk gambar rumah pulak....

Jumaat, 3 September 2010

WAJAH MEREKA!

SALAM FASA AKHIR RAMADHAN....
Melihat wajah tua mereka.....ada rasa syahdu.Memang mereka menanti kepulangan kita setelah lama tidak bersua.Rumah tua itu sudah uzur namun tersimpan banyak kenangan di sana.Semuanya menjadi nostalgia hidupku.Apakan daya kudrat tua mereka tidak mampu untuk menghiasi rumah itu.Akulah harapan mereka untuk menaburkan sedikit bakti buat mereka dan rumah tua itu.....Adakah begini juga penghujung umurku nanti?Bila kudrat sudah hilang,semangat mula lemah,begitukah nanti?Semoga rasa kasih dan sayang tetap subur hingga ke akhir hayat.
P/s:Sekadar luahan hati.........buat yang memahami....

Khamis, 6 Mei 2010

SELAMAT HARI IBU



Pengorbanan seorang ibu memang tidak dapat kita balas......Apapun panggilan mereka IBU,UMMI,MAMA,MUM...dan sebagainya,merekalah yang membesarkan kita di mana syurga berada di telapak kaki mereka.TERIMA KASIH DAN BERSYUKUR KE HADRAT ALLAH kerana memanjangkan umur mereka.Semoga sentiasa dilimpahi rahmat dan kesihatan yang baik.....Buat IBU dan MAMA ...terimalah nasyid ini dan sahabat sekalian sila hayatinya kerana ia mengisahkan seorang ibu yang mempunyai anak yang buta...

Jumaat, 12 Februari 2010

OH IBU OH AYAH......AMPUNKAN DAN REDHAILAH ANAKMU...


Allah SWT berfirman:yang bermaksud:
"Dan Kami wajibkan manusia (berbuat) kebaikan kepada kedua-dua ibu bapanya.Dan jika mereka memaksamu untuk mempersekutukan Aku dengan sesuatu yang tidak ada pengetahuanmu tentang itu,maka janganlah kamu mengikuti kedua-duanya.Hanya kepada-ku kembalimu,lalu Aku khabarkan kepadamu apa yang telah kamu kerjakan.
(Surah Al-Ankabut:8)

Diriwayatkan daripada Zur'ah bin Ibrahim,bahawa seorang lelaki datang kepada Umar,kemudian berkata:
"Sesungguhnya aku mempunyai seorang ibu yang sudah tua.Dia tidak dapat memenuhi keperluannya,kecuali belakangku menjadi tunggangannya.Aku selalu menjadi petunjuk jalan baginya,namun aku sering memalingkan mukaku daripadanya.Adakah aku telah menunaikan haknya?"

Dia menjawab: "Tidak".
Lelaki itu berkata:"Bukankah aku sudah menggendongnya di atas belakangku dan mengekang keinginanku kerana dirinya?"
Umar menjawab,"Dahulu dia pun pernah melakukan itu kepadamu,dan dia mengharap kamu tetap bersamanya,sementara engkau mengharap dia berpisah daripadamu."
(Birrul Waalidain,Ibn al-Jauzi)


Kasih ibu dan ayah terhadap kita sememangnya tiada penghujung walaupun mungkin kita menyakiti hati mereka mungkin dengan sengaja atau tidak sengaja.Apabila mereka sudah meniti di hari tua tiada apa yang mereka harapkan daripada anak-anak kecuali ziarah dan pertanyaan khabar anak-anak.Bagi yang tinggal dekat dengan ibu dan ayah,sering-seringlah melawat mereka.Tanyakan kepada mereka apa yang mereka perlukan.Kekadang mereka malu nak meminta apa-apa(dalam fikiran 'tak nak menyusahkan anak-anak')....Oh...betapa murninya hati mereka....

Kembalikan dan kenangkan ketika kita masih kecil,saat ibu mendengar kita menangis,dia bersegera memenuhi permintaan kita seperti menyusu,memberi makan dan membasuh berak kencing.Jarang-jarang didapati seorang ibu yang sengaja melewatkan hajat anaknya selagi ia mampu melaksanakannya.

Malah,sehingga kita dewasa pun mereka tidak rasa terbeban utuk memenuhi permintaan kita.

Bagi anak-anak yang telah cuba sedaya upaya untuk menjaga ibu dan ayah... saya akhiri dengan ....

Sabda Nabi SAW:bermaksud:
"Apabila seseorang anak yang soleh melihat ibu bapanya dengan pandangan kasih sayang.Allah menuliskannya pahala haji mabrur."
(Riwayat al-Baihaqi)

DO'A UNTUK IBU BAPA:
"YA ALAH...AMPUNILAH DOSA KEDUA IBU BAPAKU DAN KASIHANILAH MEREKA SEPERTIMANA MEREKA MENGASIHANIKU SEJAK KECIL...AMIN"

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

HANYA PADA-MU KU MENGADU.....

Berdo'a buka untuk memberitahu Allah apa yang kita pinta,kerana tanpa diberitahu pun Allah sedia mengetahui.Do'a ialah pengabdian daripada seorang hamba kepada Tuhannya.