Bismillahirrohmanirrahim....
Assalammualaikum wbt
Lama rasanya tidak mencoret sepatah dua kata dalam blog peribadi ini.Bukannya tidak ada idea tapi semuanya terkumpul (kemudian lupa) dalam minda cuma tidak terluah kerana kekangan masa.Masa tetap sama 24 jam,tapi sayalah sendiri yang tak pandai 'manage' masa....
Banyaknya perkara yang berlaku dalam kehidupan,yang baik dijadikan sempadan yang buruk jadikan tauladan.Kitalah sendiri yang berhak untuk menjadikan 'ending' atau detik-detik terakhir dalam kehidupan kita bahagia atau sengsara di akhirat.
Oo...mengenai tajuk di atas setelah bergelar status isteri dan ibu kepada 5 orang anak,banyaknya perkara yang perlu dimuhasabah dan dikoreksi lagi-lagi semakin menghampiri bulan Ramadhan ini.Saya teringat pesanan ibu semasa saya mula-mula memakai tudung labuh..."Kalau dah pakai tudung labuh biarlah begitu sampai bila-bila"...Pada zaman tersebut tidaklah begitu banyak pilihan tudung labuh berbanding sekarang.Hanya warna-warna 'plain' sahaja.Alhamdulillah,suami pun berpesan walau bagaimana bentuk dan corak tudung tu biarlah labuh...ya TETAP TUDUNG LABUH....^_^...
Sejak mempunyai akaun facebook,Alhamdulillah sahabat-sahabat lama dapat dihubungi terutamanya semasa di kampus.Tapi,sungguh ada rasa tak sedap hati bila melihat tudung-tudung yang dulunya labuh dipakai oleh sahabat-sahabat kini berubah menjadi saiz S dan M malah ada yang 'free hair'...!!Na'uzubillah...
Apakah yang membuatkan mereka ini berubah begitu sekali,adahal merekalah orang yang saya kagumi semasa di kampus dulu.Adakah faktor suami?Pekerjaan?Tekanan di sekeliling?...Wallahu'alam.Dalam masa yang sama saya sendiri berdo'a agar istiqomah dalam tudung labuh,memang benar bukan senang.Inilah antara sebab saya menjual bermacam-macam jenis tudung labuh agar muslimah di luar sana tetap terpelihara dari godaan fesyen tudung sekarang yang memang cantik tapi belum tentu memenuhi syariat.....
Sampai di sini sahaja dulu...salah dan silap mohon ampun dan maaf ye.....
MARILAH MENUJU KEJAYAAN
Memaparkan catatan dengan label Tudung. Papar semua catatan
Memaparkan catatan dengan label Tudung. Papar semua catatan
Isnin, 2 Julai 2012
Selasa, 1 Februari 2011
Tudung:Mengangkat kemuliaan wanita

Salam Ikhlas Penuh Ukhuwwah.Semoga hari ini lebih baik dari semalam.
Kalau kita tengok gambar di atas apakah yang kita dapat simpulkan ya?
Susah ke nak pakai tudung ni ya?Lagi-lagi yang labuh?
Rasanya saya tak perlu menjawab dengan 'detail' kerana kebanyakan wanita kini dah tahu dan lebih tahu tentang itu.
Cuma,persoalannya sekarang nak pakai atau tidak.
Orang Yahudi dan orang Kristian pun memandang tinggi wanita atau dipanggil biarawati @ sister yang bertudung ni.
Agama Islam kita yang suci ini sudah lama mengangkat martabat kita sebagai wanita Islam yang bermaruah dan berhemah tinggi dengan bertudung.
Tudung yang baik ialah tudung yang menutupi dada,tidak nipis atau jarang dan tidak memperlihatkan unsur-unsur kesombongan.
Pakaian pulak?Sama jugak dengan tudung dan yang penting menutupi tubuh badan dari unsur-unsur boleh menimbulkan perasaan tidak elok atau ghairah pada lelaki.Supaya apa?Supaya kita wanita tidak diganggu.
Banyak tudung di luar sana,tidak membantu diri anda untuk diganggu.Misalnya, tudung yang tidak melepasi dada.Marilah kita sama-sama labuhkan tudung anda,tak kiralah bentuk tudung apa pun yang anda pakai...tudung awning ka,tudung syria ka,tudung ekin ka kan?Yang penting saya ulang....labuhkan ia agar dapat menutup 'pintu gangguan' terhadap anda.
"TUDUNG ITU MARUAH ANDA"
Langgan:
Catatan (Atom)
HANYA PADA-MU KU MENGADU.....
Berdo'a buka untuk memberitahu Allah apa yang kita pinta,kerana tanpa diberitahu pun Allah sedia mengetahui.Do'a ialah pengabdian daripada seorang hamba kepada Tuhannya.



