FREE ADVERTISING!

Free advertising

MARILAH MENUJU KEJAYAAN

Memaparkan catatan dengan label sedekah. Papar semua catatan
Memaparkan catatan dengan label sedekah. Papar semua catatan

Khamis, 8 Julai 2010

SEDEKAHLAH KEPADA YANG MEMERLUKAN....


Adakalanya kita terkeliru dengan siapa yang kita harus sedekahkan.Sebenarnya,kita perlu mengutamakan orang yang memerlukan apabila kita bersedekah.Kita juga perlu bersedekah kepada orang yang benar-benar memerlukan dan kita tahu dia memang memerlukan....

Sila lihat dan renungkan ayat-ayat Al-Quran di bawah ya...
"Berikanlah kepada kaum kerabatmu yang terdekat akan haknya,demikian juga kepada fakir miskin dan orang yang berada dalam perjalanan.Itulah yang lebih baik bagi orang yang mencari keredhaan Allah dan mereka itulah orang yang beruntung." (Surah Ar-Rum,ayat 38).

"Mereka bertanya berkenaan apa yang mereka nafkahkan.Jawablah,'Apa sahaja harta yang kamu nafkahkan hendaklah diberikan kepada ibu bapa,kaum kerabat,anak-anak yatim,orang-orang miskin dan orang yang berada dalam perjalanan.'Apa sahaja kebaikan yang kamu lakukan,sesungguhnya Allah Maha Mengetahuinya." (Surah Al-Baqarah,ayat 215).


"Sembahlah Allah dan janganlah kamu menyekutukannya dengan apa pun.Berbuat baiklah kepada kedua ibu bapa,kaum kerabat,anak-anak yatim,orang-orang miskin,jiran tetangga yang dekat dan yang jauh,teman sejawat,ibnu sabil,dan hamba sahayamu.Sesungguhnya Allah tidak menyukai orang-orang yang sombong dan membangga-banggakan diri."(Surah An-Nisa',ayat 36).

Janganlah kita mudah memberikan wang kecil kepada para pengemis kerana adakalanya mereka ni malas berusaha.Lebih baik ia dikumpul dan diberikan kepada ibu bapa dan saudara mara yang memerlukan.Berhati-hatilah saudaraku...

(Ulasan dari buku:AJAIBNYA SEDEKAH SEMAKIN BERSEDEKAH SEMAKIN KAYA,PENULIS:MUHAMAD MUHYIDIN,TERBITAN PTS)

Khamis, 22 April 2010

SEDEKAH IKHLAS KERANA ALLAH

Daripada Abu Hurairah r.a bahawasanya Rasulullah s.a.w bersabda:"Ada seseorang berkata,'Sesungguhnya saya akan menyedekahkan sesuatu.'Lantas ia pergi untuk menyedekahkan apa yang dicakapkannya itu,ternyata sedekah tersebut jatuh ke tangan seorang pencuri.

Bersedekah kepada pencuri

Kemudian pada pagi keesokan harinya orang ramai bercakap bahawa malam tadi ada sedekah yang diberikan kepada pencuri.Kemudian orang bersedekah tersebut berkata.'Ya Allah,segala pujian hanya pada-Mu,sungguh saya akan bersedekah lagi.'

Bersedekah kepada pelacur

Ia lantas pergi untuk menyedekahkan sesuatu.Tanpa dia ketahui,ternyata sedekah tersebut jatuh ke tangan perempuan pelacur.Kemudian pagi harinya orang ramai bercakap bahwa malam tadi ada sedekah diberikan kepada perempuan pelacur.Kemudian orang itu berkata 'Ya Allah,hanya pada-Mu segala pujian,sungguh saya akan bersedekah lagi.'

Bersedekah kepada orang kaya

Ia lantas pergi untuk menyedekahkan sesuatu,tetapi jatuh ke tangan seorang kaya.Kemudian pagi harinya orang ramai bercakap bahawa malam tadi ada sedekah yang diberikan kepada orang yang kaya.

Kemudian orang itu berkata,'Ya Allah,hanya pada-Mu segala pujian,beberapa kali saya telah bersedekah namun jatuh ke tangan pencuri,pelacur dan orang kaya.'

Semoga sedekahmu menjadi pengajaran

Kemudian ada seseorang yang datang lalu berkata kepadanya,'Adapun sedekahmu kepada pencuri,mudah-mudahan ia berhenti daripada mencuri,sedang sedekahmu kepada perempuan jahat moga ia segera berhenti daripada berzina.Sedekahmu kepada orang kaya,semoga ia mahu mengambil iktibar (pengajaran) dan segera menafkahkan sebahagian harta yang telah Allah kurniakan kepadanya.'"

Pengajaran

  1. Ketetapan bahawa adanya pahala untuk seorang yang bersedekah,sekalipun yang mengambil sedekah itu orang fasik mahupun orang kaya.Ketetapn ini berlaku pada sedekah yang sunat,tetapi zakat tidak boleh diberikan kepada orang kaya.
  2. Keutamaan bersedekah secara tersembunyi.
  3. Keutamaan ikhlas dalam segala perbuatan.
  4. Sebaiknya mengulangi bersedekah jika diketahui sedekah tersebut jatuh pada orang yang sepatutnya menerimanya.
  5. Keberkatan berserah diri dan redha kepada Allah.

Sumber:101 Kisah & Pengajaran daripada Al-Quran dan Al-Hadis Dan Hayatus Sahabah
Penulis:Ustaz Zahazan Mohamed

Khamis, 4 Februari 2010

BERSEDEKAHLAH...JANGAN BERKIRA !


Allah s.w.t berfirman yang bermaksud:"Bandingan orang yang membelanjakan hartanya pada jalan Allah ialah sama seperti sebiji benih yang tumbuh menerbitkan tujuh tangkai,pada tiap-tiap tangkai itu pula mengandungi seratus biji.Dan (ingatlah),Allah akan melipatgandakan pahala bagi sesiapa sahaja yang dikendaki-Nya dan Allah Maha Luas (rahmat) kurnia-Nya,lagi meliputi ilmu pengetahuan-Nya."....(Surah Al-Baqarah 2:261)
Saya amat tertarik dan teruja untuk berkongsi pembacaan saya melalui Majalah Anis bulan Disember tahun lepas dan juga Majalah Solusi Isu No.14.Banyak perkara yang menyentuh hati dan membuatkan kita berfikir atau muhasabah tentang diri ini yang penuh dengan kekurangan.Di dalam Majalah Anis tersebut,Ustazah Asni mengingatkan kita janganlah berkira-kira soal rezeki terutamanya kepada ibu bapa kita sendiri.Kadang kala nak beli 'prepaid' (yang dah bekerjalah tu) dan nak cakap dengan mak ayah pun berkira.Kalau kita berkira-kira,nanti Allah pun berkira-kira dan ambil semula nikmat yang Dia beri.Fikir-fikirkanlah...

Perkara ini lebih teliti dibincangkan dalam Majalah Solusi dan fokus pada Isu No. 14 ialah 'Hidup Untuk Memberi'.Sebenarnya sedekah pun luas konsepnya termasuklah perbuatan seharian kita yang dianggap 'simple'.Contohnya senyum,mungkin dengan kata-kata yang baik dan do'a.Berusahalah memberi kegembiraan kepada orang lain,nescaya kegembiraan itu akan datang semula kepada kita semula.

Antara fadilat sedekah ialah:
  • Sedekah memadamkan murka Allah terhadap hamba-Nya.Sabda Rasulullah s.a.w yang bermaksud:"Sesungguhnya sedekah yang diberikan secara sembunyi-sembunyi dapat memadamkan murka Allah." (Sahih al-Targhib)
  • Penawar penyakit jasmani,sabda Baginda yang bermaksud:"Ubatilah penyakit kamu dengan bersedekah." (Sahih al-Targhib)
  • Harta akan diberkati.Rasulullah s.a.w bersabda:"Tidak akan berkurang harta yang disedekahkan."(Riwayat Muslim)
  • Penawar penyakit hati.Rasulullah s.a.w bersabda bermaksud:"Lembutkanlah hati kamu dengan memberi makan orang miskin dan usaplah kepala anak yatim."(Riwayat Ahmad)
dan banyak lagi sebenarnya......
"More U give More U Get!"

Di bawah ini saya selitkan video motivasi dari 'pakar sedekah' Ustaz Yusuf Mansyur:


Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

HANYA PADA-MU KU MENGADU.....

Berdo'a buka untuk memberitahu Allah apa yang kita pinta,kerana tanpa diberitahu pun Allah sedia mengetahui.Do'a ialah pengabdian daripada seorang hamba kepada Tuhannya.