
Allah s.w.t berfirman yang bermaksud:"Bandingan orang yang membelanjakan hartanya pada jalan Allah ialah sama seperti sebiji benih yang tumbuh menerbitkan tujuh tangkai,pada tiap-tiap tangkai itu pula mengandungi seratus biji.Dan (ingatlah),Allah akan melipatgandakan pahala bagi sesiapa sahaja yang dikendaki-Nya dan Allah Maha Luas (rahmat) kurnia-Nya,lagi meliputi ilmu pengetahuan-Nya."....(Surah Al-Baqarah 2:261)

Perkara ini lebih teliti dibincangkan dalam Majalah Solusi dan fokus pada Isu No. 14 ialah 'Hidup Untuk Memberi'.Sebenarnya sedekah pun luas konsepnya termasuklah perbuatan seharian kita yang dianggap 'simple'.Contohnya senyum,mungkin dengan kata-kata yang baik dan do'a.Berusahalah memberi kegembiraan kepada orang lain,nescaya kegembiraan itu akan datang semula kepada kita semula.
Antara fadilat sedekah ialah:
- Sedekah memadamkan murka Allah terhadap hamba-Nya.Sabda Rasulullah s.a.w yang bermaksud:"Sesungguhnya sedekah yang diberikan secara sembunyi-sembunyi dapat memadamkan murka Allah." (Sahih al-Targhib)
- Penawar penyakit jasmani,sabda Baginda yang bermaksud:"Ubatilah penyakit kamu dengan bersedekah." (Sahih al-Targhib)
- Harta akan diberkati.Rasulullah s.a.w bersabda:"Tidak akan berkurang harta yang disedekahkan."(Riwayat Muslim)
- Penawar penyakit hati.Rasulullah s.a.w bersabda bermaksud:"Lembutkanlah hati kamu dengan memberi makan orang miskin dan usaplah kepala anak yatim."(Riwayat Ahmad)
"More U give More U Get!"
Di bawah ini saya selitkan video motivasi dari 'pakar sedekah' Ustaz Yusuf Mansyur:
Tiada ulasan:
Catat Ulasan