FREE ADVERTISING!

Free advertising

MARILAH MENUJU KEJAYAAN

Selasa, 23 Oktober 2012

AKAN DATANG.....


Alhamdulillah dalam kesedihan ada kegembiraan.Dalam kesusahan ada kesenangan.Semoga kita hidup dalam keadaan tenang di setiap keadaan....InsyaAllah akan datang saya akan menulis catatan kehidupan dari kecil hingga sekarang.Mungkin mengambil sedikit masa.Niatnya buat anak cucu agar yang baik dijadikan teladan dan yang buruk dijadikan sempadan.......SALAM AIDILADHA DARI SAYA SEKELUARGA........................

Rabu, 11 Julai 2012

DISKUSI RAMADHAN-SIRI 3

Assalammualaikum wbt
Buat muslimin dan muslimat di sekitar Kota Kinabalu dan sewaktu dengannya.Jom kita hadir taman-taman syurga!Sebar-sebarkan ye....

Isnin, 2 Julai 2012

SUSAHNYA NAK ISTIQOMAH...!

Bismillahirrohmanirrahim....
Assalammualaikum wbt

Lama rasanya tidak mencoret sepatah dua kata dalam blog peribadi ini.Bukannya tidak ada idea tapi semuanya terkumpul (kemudian lupa) dalam minda cuma tidak terluah kerana kekangan masa.Masa tetap sama 24 jam,tapi sayalah sendiri yang tak pandai 'manage' masa....

Banyaknya perkara yang berlaku dalam kehidupan,yang baik dijadikan sempadan yang buruk jadikan tauladan.Kitalah sendiri yang berhak untuk menjadikan 'ending'  atau detik-detik terakhir dalam kehidupan kita bahagia atau sengsara di akhirat.


Oo...mengenai tajuk di atas setelah bergelar status isteri dan ibu kepada 5 orang anak,banyaknya perkara yang perlu dimuhasabah dan dikoreksi  lagi-lagi semakin menghampiri bulan Ramadhan ini.Saya teringat pesanan ibu semasa saya mula-mula memakai tudung labuh..."Kalau dah pakai tudung labuh biarlah begitu sampai bila-bila"...Pada zaman tersebut tidaklah begitu banyak pilihan tudung labuh berbanding sekarang.Hanya warna-warna 'plain' sahaja.Alhamdulillah,suami pun berpesan walau bagaimana bentuk dan corak tudung tu biarlah labuh...ya TETAP TUDUNG LABUH....^_^...



Sejak mempunyai akaun facebook,Alhamdulillah sahabat-sahabat lama dapat dihubungi terutamanya semasa di kampus.Tapi,sungguh ada rasa tak sedap hati bila melihat tudung-tudung yang dulunya labuh dipakai oleh sahabat-sahabat kini berubah menjadi saiz S dan M malah ada yang 'free hair'...!!Na'uzubillah...



Apakah yang membuatkan mereka ini berubah begitu sekali,adahal merekalah orang yang saya kagumi semasa di kampus dulu.Adakah faktor suami?Pekerjaan?Tekanan di sekeliling?...Wallahu'alam.Dalam masa yang sama saya sendiri berdo'a agar istiqomah dalam tudung labuh,memang benar bukan senang.Inilah antara sebab saya menjual bermacam-macam jenis tudung labuh agar muslimah di luar sana tetap terpelihara dari godaan fesyen tudung sekarang yang memang cantik tapi belum tentu memenuhi syariat.....

Sampai di sini sahaja dulu...salah dan silap mohon ampun dan maaf ye.....



Ahad, 15 April 2012

Pergimu Tak Kembali.....Ayahanda Haji Mohd Morshidi

Detik-detik cemas.....
23 Februari - Kakak Hawina dapat panggilan dari hospital.Dapat sms dari Kak Fiza (di KL) mengatakan ayah dah tenat.Suami bergegas balik dari KL ke Kuching (waktu tu ada kursus)
24 Februari - Suami bagitau ayah stabil.Ayah dan ibu mertua pun ke Kuching ziarah.
26 Februari - Pagi-Cuba untuk mengubungi ayah melalui video conference tapi gagal.Tengahari,dapat call dari abang ayah dah koma.Jam 7.15 malam,kakak call....ayah dah pergi buat selamanya.

Kali ini,amat berat untuk saya menulis.Saya terpaksa menangguhkan beberapa kali.Ayah pergi semasa saya menunggu hari untuk melahirkan anak kelima.ayah juga pergi semasa saya tiada di sisi untuk membisikkan kalimah syahadah.Maafkan saya ayah......Berat sungguh ujian mengandung kali ini.Dah tiga kali saya mimpikan arwah ayah.Adakah ia hanya rindu dari seorang anak bongsumu yang banyak dosa ini atau ayah benar-benar hadir dalam mimpi.Wallahu'alam.

Teringat kata-kata terakhir ayah...bila nak balik?Jawab saya,lepas bersalin nanti InsyaAllah.Ayah memang sayang dengan cucu-cucunya.Suka meletakkan cucu yang masih bayi itu di ribanya sambil berzikir sehinggalah bayi tu tertidur.Gemar memasak bila anak cucunya balik.

Kini hanya kenangan yang tinggal.Suara ayah masih terngiang-ngiang di telinga.Lembut dan bersahaja.Tak mungkin saya lupa jasa ayah.Semoga Allah menempatkan rohnya di kalangan orang-orang yang soleh.Al-Fatihah.Amin.


Biarlah foto-foto di bawah berbicara.....







Jumaat, 10 Februari 2012

Rindu pada ayah.....

Assalammu'alaikum wbt

Apabila mendapat sms dari kakak mengatakan ayah masuk ke emergency pada Rabu yang lepas,seharian saya berendam dengan air mata."Patutlah asyik ingat pada mereka,"kata dalam hati saya.Lama dah saya menangguh untuk meletakkan gambar ibu dan ayah kerana pasti linangan air mata mengiringi.....kerana rindu :((
Baru hari ini menguatkan diri untuk menulis sedikit tentang perasaan ini.

Tiada kata yang dapat diungkap oleh seorang anak yang jauh di mata dan dalam saratnya mengandung anak kelima ini......
Hanya do'a yang mampu kukirimkan.......oleh anakmu yang banyak berdosa ini....

Ayah...
Ampunkan kami semua
Kami nak ayah sihat
Kami sayang ayah
Kami tak mahu ayah sakit
Kami tak kisah tak dapat belajar pun
Asalkan ayah sihat
Ampunkan kami ayah....dari blog penadaie

Bagi anak-anak yan masih mempunyai ibu dan ayah...berbaktilah kepada mereka kerana tanpa mereka....SIAPALAH KITA......!



Di bawah pantauan doktor sekarang


Gambar ayah (di kampung) sebelum saya balik ke rumah


Ibu yang setia....

Rabu, 1 Februari 2012

Apa itu Chicken Pox atau Cacar Air


Alhamdulillah, saya dan dua orang anak perempuan telah sembuh dari 'chicken pox'.Tak dinafikan saya sedikit risau kerana tengah mengandung kena ni.'Scan' minggu lepas menunjukkan anak dalam kandungan sihat.Sekarang kedua-dua anak lelaki saya pulak yang kena.Kuarantin lagi dan kenalah ummi dan abahnya tak ke mana-mana sangat.Ada lagi beberapa barang belum dibeli lagi untuk persediaan anak yang bakal lahir insyaAllah bulan 3 ni.Harap-harap mereka cepat sihat dan bolehlah keluar ke kedai.Jadi saya nak kongsi sedikit info mengenai chicken pox ye.Moga bermanfaat ye.....Diambil dari blog ciktom

Apa itu jangkitan cacar air?

Ini ialah jangkitan biasa yang berlaku di kalangan kanak-kanak yang disebabkan oleh virus. Virus cacar air juga dikenali sebagai virus varicella. Ia adalah virus sama yang menyebabkan kayap. Ia merupakan penyakit yang senang berjangkit dan boleh merebak dari seorang ke seorang. Seseorang yang dijangkiti virus ini akan mengalami demam dan timbul ruam lepuh (blisters).

Bagaimanakah penyakit cacar air merebak?

Ianya merebak:

* Melalui udara bila seseorang yang menghidap cacar air itu mengalami batuk atau bersin.

* Dengan menyentuh cecair yang keluar dari lepuh (blister) cacar air.

* Dengan menyentuh benda/permukaan yang dibasahi oleh cecair daripada lepuh tersebut.

Apakah tanda-tanda dan gejala?

Anak anda akan mendapat cacar air 13–17 hari selepas terdedah kepada seseorang yang mengidap cacar air. Cacar air boleh merebak 1–2 hari sebelum ruam kelihatan sehingga semua ruam berkeropeng dan kering. Kebanyakan kanak-kanak mengalami jangkitan yang tidak serius. Namun jangkitan cacar air bagi orang dewasa boleh menjadi lebih serius.

Gejala-gejala penyakit cacar air yang lain :

* Demam, rasa tidak sihat dan letih lima hari sebelum ruam timbul.

* Ruam bermula bintik merah yang kecil dan gatal (seperti jerawat) pada semua badan termasuk mulut. Biasanya ruam bermula di dada dan belakang, kemudian merebak ke muka, kepala, kedua-dua lengan dan kaki.

* Dalam masa 24 jam, ruam-ruam akan kelihatan seperti lepuh air (blister), kemudian pecah, kering dan menjadi keruping (4 -5 hari)

* Bintik-bintik baru akan terus timbul untuk lima hari dan mengambil masa dua minggu untuk hilang. Biasanya jangkitan cacar air ini menghasilkan pelalian seumur hidup. Walau bagaimanapun, virus ini mungkin bersembunyi dan berulang sebagai kayap (shingles) kepada orang dewasa dan kadang-kadang kepada kanak-kanak.

Apakah komplikasi penyakit cacar air?

Biasanya cacar air ialah masalah kesihatan ringan bagi kanak-kanak dan kebanyakannya akan pulih. Walau bagaimanapun, sesetengah orang berisiko mendapat komplikasi yang teruk, iaitu bayi yang baru lahir, orang dewasa dan seseorang yang mempunyai sistem pertahanan badan yang lemah.

Komplikasi lain yang boleh berlaku termasuk:

* Jangkitan kuman pada kulit

* Jangkitan pada darah

* Radang paru-paru

* Keradangan otak

Bagaimana jangkitan cacar air dirawat?

Amnya:

* Elakkan anak anda ke sekolah atau taman asuhan kanak-kanak sehingga ruam menjadi berkerak (lebih kurang tujuh hari daripada permulaan ruam). Jika tidak kemungkinan kawan-kawanya akan turut dijangkiti.

* Ambil ubat paracetamol untuk mengurangkan demam.

* Minum banyak air masak.

* Ambil makanan yang seimbang.

* Sentiasa membasuh tangan.

Untuk rasa gatal:

* Sapu losen kalamine di tempat ruam.

* Mandi dengan kerap dan sabun dengan menggunakan campuran ‘baking soda’ dengan air suam beberapa kali sehari untuk mengurangkan rasa gatal.

* Potong kuku pendek untuk mengelakkan kecederaan kulit semasa menggaru.

* Ubat antihistamine mungkin diberi oleh doktor jika rasa gatal yang teramat sangat sehingga anak anda tidak dapat tidur. Ubat antivirus untuk cacar air boleh didapati dan selalunya akan diberi oleh doktor kepada mereka yang berisiko mendapat jangkitan yang teruk, iaitu:

* Berumur 12 tahun ke atas.

* Mengidap penyakit paru-paru yang kronik. * Mereka yang mempunyai sistem pertahanan badan yang lemah. * Bayi yang baru lahir.

Bagaimana cacar air boleh dicegah?

* Cacar air boleh dicegah dengan suntikan pelalian. Minta nasihat doktor.

* Jika anda mendapat cacar air, elakkan jangkitan kepada orang lain dengan tidak pergi ke sekolah atau ke tempat kerja sehingga lepuh menjadi kering dan berkerak.

* Seseorang yang berisiko mendapat cacar air yang teruk (bayi yang baru lahir, yang mempunyai sistem pertahanan badan yang lemah, wanita mengandung) yang terdedah kepada seseorang yang mengidap cacar air, mungkin diberi antibodi dalam bentuk immunoglobulin untuk memberi perlindungan segera.

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

HANYA PADA-MU KU MENGADU.....

Berdo'a buka untuk memberitahu Allah apa yang kita pinta,kerana tanpa diberitahu pun Allah sedia mengetahui.Do'a ialah pengabdian daripada seorang hamba kepada Tuhannya.