FREE ADVERTISING!

Free advertising

MARILAH MENUJU KEJAYAAN

Sabtu, 24 Disember 2011

PERKARA YANG ORANG MELAYU SUKA PERCAYA TETAPI BOLEH MEMBAWA KEPADA SYIRIK

Assalammu'alaikum wbt dan Selamat Bercuti....

Di pagi Ahad ini saya nak berkongsi sesuatu tentang beberapa contoh kepercayaan orang Melayu tentang sesuatu perkara yang boleh membawa kepada syirik,Na'uzubillah Minzalik....

1-Meramalkan jika kupu-kupu masuk ke dalam rumah,bermakna ada seseorang datang.

2-Meramalkan masa depan si bayi dengan menentukan tempat tanam uri bayi tersebut (selepas dilahirkan).Hingga ada mereka yang percaya bahawa jika ditanam di depan rumah berserta pensel sebatang maka dapat mencerahkan masa depan si anak!

3-Meramalkan sesuatu yang buruk akan berlaku apabila cawan dan pinggan pecah atau kunci jatuh ketika ingin keluar rumah.

4-Meramalkan rezeki bertambah hanya dengan menggantung ayat seribu dinar di rumah atau di kedai.Sedangkan ayat tersebut menuntut agar seseorang bertakwa kepada Allah bagi mendapat ganjaran keluar dari sebarang masalah dan rezeki daripada sumber yang tidak dijangka dan bukannya hanya digantung di dinding.

5-Meramalkan akan mendapat duit apabila tangan berasa gatal.

6-Meramalkan hafalan al-Quran akan hilang jika lalu di bawah ampaian baju.

7-Meramalkan roh orang yang mati akan kembali ke rumahnya semula.Sedangkan ia bercanggah dengan firman Allah dalam Surah Al-Mukminun ayat 100 yang menerangkan tidak boleh roh seseorang itu kembali ke dunia semula.

8-Kepercayaan ramalan buruk oleh si penyebar surat atau SMS berantai.

9-Meramalkan kayu kokka boleh menjadi penyelamat.

Inilah antara kepercayaan karut,khurafat dan tahyul yang mungkin dibuat oleh kita orang Melayu tanpa disedari.Di harap artikel ini boleh membawa manfaat dan moga kita terhindar dari membuatnya.Wallahu'alam.

Artikel ini saya petik dari buku:
FORMULA SOLAT SEMPURNA OLEH USTA.ZAHARUDDIN ABD RAHMAN.
Terbitan:Telaga Biru

Isnin, 19 Disember 2011

HEAL AND YOU WILL BE HEALED



"Healing"

VERSE 1:

It's so hard to explain
قد يصعب عليّ أن أعبر

What I'm feeling
عمّا يختلج في قلبي

But I guess it's ok
لكن اعتقادي

Cause I'll keep believing
ينبع من إيماني

There's something deep inside
هناك شيء في الأعماق

Something that's calling
ينادي

It's calling you and I
يناديني ويناديك

It's taking us up high
يرتقي بنا إلى الأعلى

CHORUS:

Healing, a simple act of kindness brings such meaning
الشفاء ... قد يتجسّد في عمل بسيط لطيف

A smile can change a life let's start believing
بسمة قد تغير حياة الإنسان

And feeling, let's start healing
فلنبدأ بعمل يكون فيه شفاء

VERSE 2:

Heal and you will be healed
شفاء بشفاء .. ومع كل شفاء شفاء

Break every border
اكسر القيود والحدود

Give and you will receive
اعط تُعطى .. فالعطاء يوجب عطاء

It's Nature's order
نظام كوني رباني

There is a hidden force
هناك قوى خفية

Pulling us closer
تجذب بعضنا لبعض

It's pulling you and I
تجذبني أنا وأنت

It's pulling us up high
تجذبنا للأعلى

CHORUS:

Healing, a simple act of kindness brings such meaning
الشفاء ... قد يتجسّد في عمل بسيط لطيف

A Smile can change a life let's start believing
بسمة قد تغير حياة الإنسان

And feeling, let's start healing
فلنبدأ بعمل يكون فيه شفاء

MIDDLE 8:

Hearts in the hand of another heart and in God's hand are all hearts
قلب بين يدي قلب و بيد الله كل قلب

An eye takes care of another eye and from God's eye nothing hides
عين ترعى عينا .. وعين الله ترعى، و لا شيء عنه يخفى

Seek only to give and you'll receive
إسع نحوالعطاء... و ستلقى و تعطى

So, heal and you will be healed
إشف.. و سوف تشفى

OUTRO (x2):

قلب بين يدي قلب و بيد الله كل قلب

عين ترعى عينا، وعين الله ترعى

كلمة طيبة صدقة

تبسمك لأخيك صدقه

كل معروف صدقة

اللهم اشف شفاءً لا يغادر سقماً

*Seek only to give......you will be receive!!*


Selasa, 15 November 2011

Mekah dan Madinah bercahaya dari angkasa....Subhanallah!

Ketika di bahagian lain bumi nampak gelap.Ternyata ada sebahagian kecil bumi yang terang (bercahaya).....MasyaAllah,itulah bumi Makkah dan madinah....Diambil dari satelit angkasa....


Makkah al-Mukaramah


Madinah al-Munawarah

Khamis, 27 Oktober 2011

Entri tanpa gambar

Assalammu'alaikum wbt

Alhamdulillah minggu ini merupakan minggu yang ke-18 kehamilan anak ke lima saya.Sesungguhnya setiap kehamilan dan kelahiran mereka (anak pertama hingga keempat) merupakan pengalaman yang berbeza.Tapi dari segi alahan pada kehamilan peringkat awal adalah sama (muntah,pening,loya dan tak larat).

Ada sesetengah wanita yang mengandung tidak mengalami alahan pun (seronoknya!).Ada pulak yang mengalami alahan sepanjang tempoh ia mengandung (Tak dapat digambarkan betapa payahnya si ibu ini mengandung.Harap suami dapat memahami).Sepanjang tempoh alahan saya itu saya selalu berdoa agar diberi sedikit kekuatan agar dapat menguruskan suami dan anak-anak.Memang mencabar kerana apa yang saya larat buat pada sebelum mengandung kebanyakannya tidak dapat saya buat bila mengandung.Memang suamilah tempat saya bergantung harap untuk melakukan kerja-kerja rumah pada masa itu (terima kasih dan bersyukur pada suamiku memahami!).

Aktiviti memasak pun tidak dapat dibuat tetapi hati rasa kasihan melihat anak-anak makan apa yang dibeli oleh abahnya.Tapi sekarang banyak dah dapat dilakukan cuma saya tak mengangkat barang-barang berat dan tidur masih dipastikan cukup.Anak-anak pulak 'excited' bila perut umminya makin besar.Saya pun dah nak membeli barang-barang keperluan 'baby' ni sikit-sikit supaya taklah terkejar-kejar dan biasanya bila dah bulan akhir mengandung memang tak daya dah nak berjalan jauh.

Memandangkan barang-barang baby ni pun dah banyak dijual online,mungkin ada sesetengahnya saya beli melalui online sahaja.Ada yang tak ada dijual kat kedai pun,itu yang uniknya.

Dari segi jantina pulak masih belum dapat dipastikan lagi 'baby girl' atau "baby boy'.Anak lelaki ke atau anak perempuan saya tak kisah sangat yang penting ummi sentiasa doakan agar anak di dalam kandungan ini anak yang soleh,yang cerdas,yang bijaksana dan mentaati perintah Allah dan Rasul....


Sabtu, 8 Oktober 2011

THE TRUTH


Kekadang di sebalik kata-kata ringkas ini ada perkara yang kita sembunyikan dalam hati........cuma mungkin kita tiada perkataan yang baik untuk menyatakannya.....
Hanya Allah Yang Maha Mengetahui apa yang tersembunyi dalam hati kita.....

Jumaat, 29 Julai 2011

Ujian Ramadhan kali ini....2011

Alhamdulillah,syukur ke hadrat Allah kerana telah menganugerahkan kita pelbagai nikmat kepada kita,termasuklah nikmat mempunyai anak.Inilah anugerah terindah bagi yang sudah berkahwin dan bagi yang baru berkahwin pasti menanti-nantikan saat indah ini.

Ramadhan kali ini insyaAllah (jika dipanjangkan umur beberapa hari lagi) saya diuji dengan 'ujian awal-awal mengandung'.Rasa mual,muntah,pening dan pelbagai lagi rasa menjadikan Ramadhan akan datang ini begitu berat buat saya.Saya memohon kepada Allah agar diberikan kesihatan yang baik sepanjang Ramadhan ini dan cuba mengarahkan minda saya supaya tidak terlalu memikirkan mual,loya dan muntah itu....tapi mampukah?

Monolog Diri:Semoga Ramadhan kali ini lebih baik dari yang lepas.....


Dapatkan Mesej Bergambar di Sini

Ahad, 17 Julai 2011

DISKUSI RAMADHAN 2011...JEMPUTAN BUAT SEMUA...!

Assalammu'alaikum wbt
Buat semua warga Kota Kinabalu dan yang berhampiran dengannya,marilah kita melapangkan diri pada malam tersebut untuk persediaan kita menyambut bulan Ramadhan.Tiada bayaran dan bawalah keluarga,jiran dan sahabat handai untuk majlis ilmu ini.Isilah usia kita yang singkat ini dengan perkara kebaikan dan semoga ia menjadi bekal buat kita ke alam yang lebih abadi nanti....Wallahu'alam

Khamis, 14 Julai 2011

Lau Ka Na Bai Na Na-Andainya Rasulullah ada di sisi...

Antara rancangan yang saya gemari di TV Al-Hijrah.Setiap ahad jam 9 malam.



Setiap kali saya menonton,pasti air mata pun mengalir sama.Selalu terfikir adakah akhlak diri ini menepati apa yang Rasulullah ajar pada kita?Adakah sudah menjadi ibu yang baik pada anak?Sudahkah menjadi isteri yang baik dan taat pada suami?Rancangan yang bagi saya bertaraf 5 bintang......Marilah kita ajak ahli keluarga kita supaya sama-sama dapat menontonnya

Jumaat, 17 Jun 2011

MOTIVASI DIRI:TAK PERLU TAKUT....


Motivasi terbaik buat diri......
Dilema komitmen yang meninggi....
Cabaran agar semangat dan usaha perlu dilebihkan dengan kudrat wanitaku ini....
Agar sahabat sekalian memahami,diri ini punyai banyak kelemahan tersendiri.

Selasa, 31 Mei 2011

WIR CAMPAIGN:COVERING THE CHEST IS THE BEST


Salam ceria buat muslimah di luar sana..sama ada yang dah bergelar ibu,isteri atau yang belum....yang pasti,kita ini semua hamba Allah kan......

Hari ini saya nak berkempen....bukan kempen politik tapi
" WIR CAMPAIGN=WEAR IT RIGHT CAMPAIGN"....
Mengapa saya nak sibuk tentang kempen ni......Sebabnya ialah banyak fesyen tudung sekarang tak selari seperti yang digariskan oleh Islam.Bertudung tetapi masih pendek dan tidak menutupi dada.Rasanya tudung sebegini sesuai untuk anak-anak yang belum akil baligh lagi....

Memang bukan mudah pada mulanya tapi apa kata kita mulakan dengan labuhkan tudung dulu,tak kisahlah tudung pashmina ke,shawl ke,scarf ke,tudung syria ke kan.....InsyaAllah lama-lama ia akan melekat dan kita sendiri akan mencari baju yang longgar,seluar yang tak ketat,skirt dan blouse yang labuh dan longgar dan perasaan malu akan tumbuh dalam hati kita kalau rasa nak pakai yang pendek-pendek....

Dulu pun saya mulakan dengan melabuhkan tudung......Alhamdulillah,kekal sampai ke hari ini.....!Semoga Istiqomah wahai diri......!

Mari kita sebarkan kempen ni......Let's Do It Right!


Rabu, 11 Mei 2011

Impianku...Siri 6:Kereta Impian?


Assalammu'alaikum wbt

Lama tak menulis tentang impian,lantaran kesibukan dan menyimpan impian itu dalam hati sahaja.Kali ini impian saya ialah mengenai kereta.Bukan saya tiada kereta tetapi ingin mempunyai kereta dengan biaya sendiri (walaupun surirumah).Kereta yang sedia ada (kancil model 90-an) agak lama dan penghawa dinginnya tidak berfungsi untuk mendinginkan malah membuatkan saya dan keluarga menitik-nitik peluh.

Sebenarnya hati ini ,selalu menyabarkan diri dan anak-anak agar redha dengan keadaan yang sedia ada.Tak dinafikan anak-anak mengadu..."Panaslah kereta ni ummi...."...Saya menjawab.."Ni baru panas di dunia, neraka lagi panas...".Anak-anak pun senyap.Kekadang jawapan yang lain..."Kamu do'akanlah ummi ni ada rezeki dapat kereta yang baru ya...".

Ya,ia satu tarbiyyah agar mendidik hati ini bersabar sambil menanam impian untuk memiliki kereta satu hari nanti.Akibat kereta yang panas,saya kekadang migrain malah kini satu keluarga gatal-gatal akibat ruam dan peluh.

Mudah-mudahan,dengan berkat kesabaran insyaAllah satu hari nanti kereta impian bakal dimiliki......

Bagi yang memiliki impian,Jom sertai MASTERARSYAD:AKU ADA IMPIAN......

Selasa, 3 Mei 2011

KEMAS & RAPI

Assalammu'alaikum wbt
Jom kita muslimah jaga adab sopan ketika berpakaian.......dan yang penting biarlah ia selari dengan akhlak yang baik.........

Apa yang saya suka ?
  • Berpakaian kemas sama ada di luar atau di dalam rumah
  • Sederhana sama ada dari segi warna dan fesyen
  • Bersih sama ada dari segi bau dan kerapian pakaian
  • Berstokin walaupun pakai kasut
  • Sandal atau kasut yang 'simple',tidak terlalu tinggi dan bukan sandal yang diguna di dalam rumah kalau nak pergi ke luar rumah
  • Warna yang sepadan seperti kalau baju warna cerah;tudung gelap atau bercorak begitu juga sebaliknya
  • Tudung semestinya labuh menutupi dada,tidak nipis dan tidak jarang walau apa pun fesyennya
  • Memakai sedikit barang kemas.....Bukankah ia dihalalkan untuk kita?
  • Suka melihat anak-anak berpakaian kemas terutama bila keluar rumah atau ke sekolah.Sebagai ibu sediakanlah baju khas untuk anak-anak bila keluar rumah
Itu sahaja coretan kali ini....mana yang baik bolehlah dicontohi,dan mana-mana yang tidak baik atau kurang baiklah dijauhi.....

Selasa, 19 April 2011

Ziarah ke rumah sahabat:Zizah






Gambar ihsan dari Lensataibah

Salam Penuh ukhuwwah dan keikhlasan buat yang menatap blog ini.Alhamdulillah hari ini masih dipanjangkan lagi nafas untuk terus meneruskan kehidupan mencari redha-Mu.......

Pada 10 April yang lepas group 'Diskusi Hawa' telah meneruskan aktiviti ziarah ke rumah sahabat kami iaitu Azizah atau nama panggilannya Zizah.Zizah mempunyai 3 orang cahaya mata dan dianugerahkan seorang anak yang istimewa iaitu Azam (nama manjanya) yang merupakan anak sulungnya.

Zizah merupakan seorang guru agama di SK Kinarut dan baru sahaja balik dari HKL kerana Azam menajalani pembedahan usus di sana.Lebih kurang tiga bulan Zizah berada di sana untuk menjaganya manakala dua orang anaknya lagi dijaga oleh keluarganya di sini.

Saya tidak dapat membayangkan keletihan,kesabaran dan pengorbanan seorang ibu muda menjaga anaknya yang kurang sihat dan istimewa ini.Sedangkan anak-anak kita yang mengalami demam biasa pun cabaran untuk menjaganya sangat tinggi.

Kedatangan kami mengundang keceriaan pada Zizah sehingga dihidangkan dengan bubur yang sangat istimewa.Malah dihidangkan dengan masakan kampung yang lain.....Mungkin 'pinggan mangkuk klasik dan unik itu' menjadi penambat selera kami pada petang itu.Kalau boleh tak mahu nak menyusahkan 'tuan rumah' tapi itulah adat kita orang Melayu untuk menghormati tetamu sebaik-baiknya.Terima kasih ya Zizah.......

Marilah kita sama-sama berdo'a agar sahabat kami ini bersabar dan diberi kekuatan dan kesihatan yang baik untuk menjadi seorang ibu yang tabah........

Sabtu, 9 April 2011

TELUR TIRUAN DARI CHINA...BERGAMBAR

Assalammu'alaikum wbt
Heboh dengan telur tiruan dari China ni...kreatifnya mereka tetapi dalam masa yang sama memudaratkan kita jika memakannya.Beginilah yang terjadi jika sifat materialistik mengatasi segalanya........Moga kita lebih berhati-hati dan tidak tertipu semasa membeli telur ayam.Susah nak membezakannya kecuali ada ilmu dan mengetahui ciri-cirinya.


PEGAWAI penguatkuasa KPDNKK Pulau Pinang memeriksa telur ayam di Pasar Pulau Tikus hari ini berikutan pendedahan Persatuan Pengguna Pulau Pinang (CAP) berhubung penjualan telur ayam tiruan di pasar itu semalam. Sebanyak 270 butir telur ayam dari tiga gerai di pasar berkenan disita dalam pemeriksaan itu. - Foto BERNAMA
+++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++
Salam semua, kecoh juga kebelakangan ini khabarnya telur ayam tiruan pun sudah ada di pasaran yang khabarnya buatan dari China. Orang China ni sebenarnya memang kreatif, apapun mampu di tirunya. Tapi bila kena dengan barangan makanan ni, dah tentu merbahaya kerana pembuatannya menggunakan bahan-bahan kimia tertentu yang memungkinkan di hinggapi penyakit merbahaya di kemudian hari.



Kelihatan isi telurnya bila di pecahkan saling tak tumpah yang asli.Cuma puteh telur agak cair dan lebih berkilat dari yang asli.



Telur yang di rebus mudah pecah dan kurang anjal tidak seperti telur asli yang agak anjal isinya.



Antara bahan kimia yang di gunakan untuk menghasilkan telur tiruan ialah karbonat,resin,alum dan pelbagai lagi.



Telur kuning yang menggunakan kalsium klorida di buat menggunakan acuan khas.



Dituang dan di biarkan kering sedikit sebelum melalui proses seterusnya.


Direndam dalam cecair parafin wax untuk membentuk selaput luar telur kuning.



Proses membuat kulit telur tiruan juga menggunakan bahan kimia tertentu.



Walau bagaimana pun telur tiruan agak mudah pecah berbanding yang telur asli.



Ermmm..nampak saling tak ubah seperti telur goreng asli.




Cara mengenal telur tiruan:

  1. Telur tiruan kelihatan agak cerah dan licin berbanding telur ayam yang asli.
  2. Selepas telur dipecahkan, putih telur dan kuning telur akan segera bercampur.
  3. Cangkerang telur tiruan agak berkilat berbanding telur sebenar, tetapi tidak begitu ketara.
  4. Apabila disentuh dengan tangan, ia terasa agak kasar berbanding telur sebenar.
  5. Apabila telur tiruan digoncang ia akan berbunyi kerana air berlebihan daripada bahan pepejal.
  6. Telur sebenar agak berbau seperti daging mentah.
  7. Ketuk-ketuk sedikit telur itu. Telur sebenar berbunyi lebih rapuh berbanding telur tiruan.
  8. Selepas memecahkan telur tiruan, kuning telur dan putih telur akan cair bersama. Ini disebabkan kuning telur dan putih telur dihasilkan daripada bahan mentah yang sama.
  9. Ketika menggoreng telur tiruan, kuning telur akan mengembang tanpa disentuh.
NOTA KAKI:Jadi langkah pencegahan segera perlu di lakukan sebelum ianya sudah merebak di pasaran dan kita sendiri sudah tidak mampu mengenalpasti yang mana satu betul yang mana satu tiruan.Khabarnya orang di China sana sendiri sudah tidak mampu lagi untuk mengenalpasti langsung telur palsu di pasaran dan sudah bertahun makan telur yang palsu ini. Fikir-fikirkanlah...Wassalam.

Sumber:http://layarminda2.blogspot.com

Rabu, 6 April 2011

PADAMU KUBERSUJUD.....

PADAMU KUBERSUJUD~AFGAN

Ku menatap dalam kelam
tiada yang bisa ku lihat
selain hanya nama-Mu Ya Allah
*courtesy of LirikLaguIndonesia.net
* esok ataukah nanti
ampuni semua salahku
lindungi aku dari segala fitnah


Kau tempatku meminta
kau beriku bahagia
jadikan aku selamanya
hamba-Mu yang slalu bertakwa

Ampuniku Ya Allah
yang sering melupakan-Mu
saat Kau limpahkan karunia-Mu
dalam sunyi aku bersujud



pada-MU .....

P/S:Buat sahabat yang difitnah,dikiritik dengan teruk,dihina dan sebagainya...Ingatlah Allah hatimu kan tenang....

Jumaat, 1 April 2011

IMPIANKU....SIRI 5....SPA IMPIAN


Salam impian buat sahabat dan pembaca setia blog ini...
Impian saya kali ini adalah berkisar tentang wanita dan muslimah.Anda pernah pergi ke spa?Atau tengok-tengok dari luar sahaja?Setakat ini,saya pernah pergi dan mendapatkan perkhidmatan di kedai tersebut.Tak dinafikan harganya agak mahal tetapi sekiranya ada rezeki lebih bolehlah cuba,tak rugi memang best!

Cumanya,kelemahan pada spa yang ada sekarang ialah pada kurangya nilai Islam yang diterap.Contohnya,lagu-lagu yang dimainkan (pada sesi urutan atau rawatan) ialah lagu-lagu yang tidak memenuhi jiwa saya sebagai seorang Muslimah.Apa salahnya dikumandangkan lagu nasyid dan zikir-zikir yang lebih membantu untuk mencapai ketenangan.Bukankah dengan mengingati Allah kita kan tenang?
Pekerja-pekerja di spa pulak ada sebahagiannya yang berpakaian tidak menutup aurat.
.
Impian saya ialah mempunyai spa muslimah tetapi terbuka juga untuk wanita bukan Islam.Malah,saya mengimpikan juga 'ONE STOP CENTRE' di mana wanita muslimah boleh mendapatkan pakaian,tudung,aksesori wanita (macam BUTIK lah kiranya),khidmat salon untuk muslimah dan pelbagai kelengkapan untuk haji dan umrah.Di samping itu muslimah boleh mendapatkan khidmat lain seperti kaunseling,tips imej dan kesihatan wanita.

Wah..besarnya impian.Wallahu'alam tercapai atau tidak saya berserah kepada Allah di samping cuba untuk berjaya dulu dalam bisnes online ni...
MASTERARSYAD dan sahabat-sahabat do'akan ya.....

Anda mempunyai impian?Klik MASTERARSYAD:CONTEST AKU ADA IMPIAN

Jumaat, 25 Mac 2011

Mataku Merah....


Sumber gambar:Google

Assalammu'alaikum wbt
Salam ceria dan salam persahabatan buat semua......
Di ketika ini,banyak pulak perkara berkaitan kesihatan terjadi buat keluargaku termasuklah diri ini.Semalam,akibat tak tahan mata yang bengkak dan merah akhirnya melangkah juga ke klinik.Bukannya apa,lebih suka ubatan semulajadi seperti herba untuk imuniti diri.

Selepas diagnosis,sahlah mata kananku terkena konjunktivitis.Oleh kerana ia mudah berjangkit,jadi diriku yang serba lemah ini tidak disuruh untuk keluar rumah sangat,kena pakai cermin mata hitam kalau boleh sebab mata sekarang menjadi sangat sensitif terhadap cahaya,habuk dan angin.Kalau ada air mata keluar kena lap dengan tisu dan buang terus ke dalam tong sampah.

Bukan sahaja risau tentang diriku ini tetapi anak-anak yang selalu berada di sampingku.Jadi apakah konjunktivitis,marilah kita dapat info yang betul mengenainya...

“ DOKTOR MATA ANAK SAYA MERAH”

“Doc mata anak saya merah la, bertahi mata bila bangun pagi dan melekat. Susah nak buka mata, berair mata” itulah adalah aduan ibubapa bila berjumpa doktor.

Apa dia sakit mata merah(konjunktivitis)

Sakit mata merah ( Konjunctivitis) ini adalah radang pada selaput luar biji mata ( eyeball) dan juga selaput kelopak mata anda. Penyebab utama adalah disebabkan jangkitan virus dan kuman ( bakteria). Sakit mata ini memang mudah berjangkit dan ia boleh berlaku pada semua peringkat umur, kanak-kanak lebih mudah dijangkiti.

Bagaimana kita hendak mengetahui bahawa anak anda telah dijangkiti sakit mata (konjunctivitis)?

Sakit mata yang berjangkit biasanya:

  • bermula dari sebelah mata menjadi merah yang kemudiannya ia mungkin berjangkit ke dua belah mata
  • mata terasa gatal
  • menyebabkan pedih dan sakit seperti berpasir dan discaj mata
  • mungkin menyebabkan kemerahan pada kelopak mata, irritasi, kering dan berkeruping disekeliling mata.

Sekiranya terdapat discaj putih kekuningan yang banyak sehingga menyebabkan sukar untuk anak anda membuka mata akibat melekat disebabkan discaj itu kemungkinan besar ia adalah disebabkan oleh jangkitan kuman ( bakteria).

Jika disebabkan oleh jangkitan virus, kebiasaannya mata anak anda akan berair dan juga kemungkinan ada tanda-tanda demam selesema(colds) sekali pada masa jangkitan itu.

Penyebab sakit mata merah

Mata merah bukan sebab jangkitan sakit mata sahaja . Ia mungkin,

Bayi yang baru lahir mungkin dijangkiti sakit mata (neonatal conjunctivitis) semasa melalui saluran peranakan, dan kemungkinan ia disebakan oleh kuman gonorhoea atau klamidia (Chlamydia) . Selalunya bayi ini mengalami jangkitan sakit mata dengan discaj bernanah dari mata ,kebiasaan dalam masa seminggu selepas lahir. Sekiranya bayi anda ada tanda tanda sedemikian harap berjumpa dengan doktor dengan kadar segera.

Alahan mata ( allergik konjuktivitis) atau irritasi mata juga menyebabkan mata merah ia mungkin disebabkan oleh

  • debunga ( hay fever)
  • bulu haiwan
  • habuk
  • pengawet dalam ubat mata atau
  • pencuci kontak lensa bahan kimia seperti peluntur cat

Kebiasaannya mata merah disebabkan oleh allergic ini mengakibatkan mata merah pada keduabelah mata anda dengan serentak, menyebabkan mata menjadi mata merah berair, gatal disekitar mata dan hidung, bersin dan hidung berhingus.

Cara mengatasi mata merah(konjunktivitis)

Jangkitan sakit mata ini kebiasaannya akan pulih sendiri dan tak merbahaya. Tanda selalunya beransur pulih dalam 2 hingga 5 hari , tetapi walau bagaimanapun jangkitan Viral konjunktivitis mungkin berlarutan sehingga 2 ke 3 minggu.

Walaupun begitu diharap agar berjumpalah dengar doktor untuk kepastian kerana,

Ada sejenis sakit mata (infectious keratitis) yang apabila dijangkiti mata anak anda, dia akan merasa seperti ada sesuatu pada bola mata dan ia amat menyakitkan sekali dan membuatkan anak anda sukar untuk membuka mata kerana terlalu sakit. Sekiranya ini dibiarkan iakan menyebakan kecacatan kekal pada penglihatan mungkiin berlaku. Sekiranya tanda ini berlaku hendak lah berjumpa doktor dengan kadar segera.

Jangkitan sakit mata (infective conjunctivitis) adalah sangat sangat mudah berjangkit oleh itu langkah pencegahan adalah penting untuk mengelakkan dari merebak.

Bagaimana?

  1. Amalan kebersihan adalah penting
  2. Basuh tangan sebelum dan selepas menyentuh mata anak kita.
  3. Gunakan barang peribadi yang berasingan untuk anak yang dijangkiti itu sehingga jangkitan itu sembuh

Apakah rawatan untuk jangkitan sakit mata?

Kebiasaannya sakit mata anda akan baik dengan sendirinya dalam 2 ke 5 hari. Tetapi sekiranya ianya berlarutan melebihi 7 hari atau jangkitan mata bertambah teruk atau anak anda terlalu muda berjumplah dengan doktor untuk rawatan.

Sekiranya doktor mengesyaki jangkitan Viral Konjunktivitis kebiasaannya ia tak memerlukan rawatan khusus. Sekiranya disebabkan kuman kemungkinan doktor memberikan ubat titis antibacterial atau ointment atau kemungkinan ubat makan sekali.

Sumber:www.cybermedik.com


Selasa, 22 Mac 2011

IMEJ ISTERI....


Alhamdulillah hari ini diberi sedikit kekuatan untuk menulis setelah tak sihat minggu lepas.Ingatlah masa sihat sebelum masa sakit.....Sakit datang seperti ribut tapi keluar seperti semut....Begitulah yang dialami oleh kami satu keluarga.

Kali ini sekadar nak berkongsi dua kisah benar mengenai imej diri seorang isteri yang bergelar muslimah.

KISAH 1:
Seorang sahabat mengadu mengenai imej dirinya yang selalu ditegur oleh ibu mertuanya.Berbaju T-Shirt dan berkain batik di rumah manakala di luar menggunakan baju yang mungkin 10 tahun dahulu.Fesyen yang mungkin 'out to date' walaupun saya sendiri mengakui tidak ada salah pada pakaiannya (lengkap menutup aurat,bertudung labuh,baju yang longgar).Suaminya pun pernah menegur pada pakaiannya seperti 'student' dan terlalu 'simple mungkin'......Ibunya sendiri setiap kali Hari Raya tidak pernah lupa untuk memberinya baju manakala suaminya?.....Hmmm..Itulah yang menjadi persoalan saya.Dia seorang surirumah,sudah tentulah makan pakai ditanggung sepenuhnya oleh si suami.Kenapa tak dihadiahkan pada isteri pakaian yang disukai?Atau kalau tak berapa pandai memilih,apa salahnya berilah isteri sedikit duit untuk dia membelikan barang keperluannya dan pakaian yang disukainya.Nampak sangat sahabat saya ini merasa rendah diri dan kurang keyakinan di hadapan orang ramai.Saya bersimpati sebenarnya......dan saya rasa ramai lagi para isteri mengalami perkara yang sama.

KISAH 2
Kisah yang kedua ini lain pulak,mungkin agak terbalik dari kisah di atas.Si suami mengadu bosan dengan pakaian yang dipakai oleh isterinya (isteri menutup aurat sempurna ya).Walaupun si suami telah menghadiahkan pakaian tetapi tidak dipakainya,malah baju yang lama juga dipakai.

Bagi pendapat saya sebenarnya selagi fesyen pakaian dan tudung itu menepati yang Islam gariskan,tidak ada salahnya untuk 'berubah' atau memakainya.Islam sukakan kesederhanaan dan menyukai keindahan.Kalau kita fikirkan sekiranya di dunia ini hanya satu warna sahaja seperti warna kelabu sahaja,agak-agak apakah perasaan kita ya?Ceria tak?Bayangkan tiada warna biru,merah,hijau,kuning dan sebagainya.....Mungkin kena cari planet lain kot untuk mendapatkan warna tu....!Sesekali berbelanja untuk pakaian yang kita pakai tidak ada salahnya,yang tak elok ialah yang melampau dan membazir......

Kisah di atas hanyalah secebis kisah kehidupan masyarakat....Semoga ada manfaatnya.....

Rabu, 9 Mac 2011

Statistik yang menakutkan saya.....!!

Salam Penuh Ukhuwwah.....

Sebagai muslimah,ibu dan 'anak Malaysia'.Statistik ini amat menggerunkan saya...

Sila baca dan marilah kita didik anak bangsa kita dan buatlah sesuatu demi ummat Islam....!

"Di Malaysia, anak luar nikah dalam maksud pendaftaran kelahiran terdiri daripada kanak-kanak yang dilahirkan oleh pasangan ibu bapa yang tidak berkahwin tetapi maklumat dimasukkan ke dalam daftar dan sijil kelahiran. Pendaftaran tersebut dibuat di bawah peruntukan pendaftaran kelahiran anak tidak sah taraf.

Ada sesuatu yang luar biasa pada sijil kelahiran anak tidak sah taraf. Nombor sijil yang lazimnya tertera di bahagian kanan dokumen, dicetak di bahagian bawah. Ini menunjukkan bahawa pemiliknya tidak mengetahui ayah kandungnya.

STATISTIK

Berdasarkan kepada laporan rasmi, Jabatan Pendaftaran Negara (JPN) melaporkan terdapat lebih 257,000 sijil kelahiran didaftarkan tanpa catatan nama bapa, sejak tahun 2000 hingga pada bulan Julai 2008.

Ini bermakna secara purata, 2,500 kes anak luar nikah direkodkan pada setiap bulan atau 83.3 kes pada setiap hari. Jika diunjurkan lagi, satu kes pendaftaran anak luar nikah berlaku dalam setiap 17 minit 17 saat!


Amat menyedihkan kerana menurut statistik pendaftaran kelahiran kelahiran anak luar nikah dalam tempoh 4 tahun sahaja (1999-2003) 30,978 dari 70,430 (44%) orang bayi tidak sah taraf yang dilahirkan adalah anak orang ISLAM.

Pecahan mengikut negeri:

Selangor = 12,836 orang
Perak = 9,788 orang
Kuala Lumpur = 9,439 orang
Johor = 8,920 orang
Sabah = 8,435 orang
Negeri Sembilan = 4,108 orang
Pahang = 3,677 orang
Kedah = 3,496 orang
Pulau Pinang = 3,412 orang
Melaka = 2,707 orang
Kelantan = 1730 orang
Perlis = 691 orang
Sarawak = 617 orang
Terengganu = 574 orang
JUMLAH = 70,430 orang."


Sumber:Berita Harian Online

"Dan janganlah kamu mendekati zina;sesungguhnya zina itu adalah sesuatu yang keji dan suatu jalan yang buruk."(Al-Isra':32)

Isnin, 7 Mac 2011

Ziarah ke rumah sahabat:Kak Sakinah


Ihsan gambar dari Lensataibah

Alhamdulillah,sahabat-sahabat 'group' Diskusi Hawa telah menziarahi Kak Sakinah yang telah melahirkan cahaya matanya yang kedua,FADLA yang bermaksud baik.Sesungguhnya ziarah-menziarahi adalah sunnah nabi yang patut kita teruskan dan semaikan pada generasi sekarang.Semoga kunjungan kami merapatkan lagi ukhuwwah yang terbina selama ini,insyaAllah.

Rabu, 2 Mac 2011

IMPIANKU...SIRI 4


Assalammu'alaikum wbt buat semua yang sudi membaca atau menjenguk blog saya....Semoga Allah merahmati kalian...

Impianku kali ini masih berkisah mengenai keluarga iaitu yang paling disayangi dan satu-satunya di dunia.Iaitu ibu dan ayah saya.Saya dilahirkan dalam keluarga yang besar iaitu anak ke lapan dari 8 orang adik beradik...kira anak bongsu lah ni.Dibesarkan dalam keadaan abang dan kakak dah pun besar-besar....kira beruntung lah,ramai yang menjaga (tapi selalu juga kena buli oleh abang..hu..hu).

Alhamdulillah kesemua kami adik beradik dah berkeluarga dan saya dah ada cucu pun...(anak buah dah kawin dan dah ada anak).Baru-baru ni balik kampung membuatkan hati saya tersentuh bila melihat ayah yang agak uzur,makin lupa dan kurang bersemangat.Keadaannya masih belum mampu untuk berjalan membuatkan aktivitinya agak terbatas.Ayah yang kukenali dulu sebagai orang yang aktif,bersemangat,suka memasak,pemurah,sangat sabar dengan karenah kami dan menyayangi cucunya telah banyak berubah.Sekarang,agak pendiam dan menjadi kurang peduli tentang kebersihan.

Saya sentiasa memberikannya semangat untuk dia berjalan lagi.Selalu memujuknya untuk berubat dan jangan putus asa untuk sembuh.Begitu juga dengan ibu...Ibu dulu seorang yang rajin ke dapur,suka buat kuih bingka,pembersih,tegas dalam solat dan suka mengikut ayah ke masjid untuk berjemaah.Sekarang,banyak juga berubah,mungkin juga disebabkan faktor umur.

Impian saya ingin melihat ayah sembuh dan berjalan semula.Dapatlah ayah bawak ibu pergi berjalan-jalan dan ke masjid lagi.Ibu sangat setia menemani ayah di rumah.Kalau diajak unutk keluar,pasti dia risau....ayah kau macam mana..sedangkan nak keluar kejap ja,memang ibu menolak.Setianya dan sayangnya ibu pada ayah.

Setiap hari memang selalu sangat terkenangkan mereka.Hanya do'a sahaja yang dapat kutitipkan buat mereka selain menelefon dan bertanya khabar setiap minggu....

Sahabat-sahabat mempunyai impian?Untuk tercapainya impian perlu ada usaha,tawakkal dan do'a.Klik MASTERARSYAD:AKU ADA IMPIAN

Selasa, 22 Februari 2011

Setelah 7 tahun menanti......

Assalammu'alaikum wbt dan salam kemenangan buat adik-adik di UKM.......
Walaupun kakak di sini hanya memerhatikan adik-adik dari jauh,tapi akak do'akan agar adik agar istiqomah dalam perjuangan.Setelah 7 tahun menanti,akhirnya kemenangan berpihak kepada kita kali ini.Mungkin juga ada pengaruh dari revolusi yang berlaku di Asia Barat sekarang,sedikit sebanyak kesannya membantu kemenangan itu.Akak beruntung masuk ke UKM dalam pemerintahan IPU/MAMPU (sebelum Pro-M wujud).Kenangan di semasa belajar di sana memang sukar dilupakan dan paling tidak dapat dilupakan ialah akak berjumpa jodoh di situ..:)).

Alhamdulillah kini,kami masih istiqomah dalam perjuangan....semoga hidup mati kami dalam perjuangan Islam!Di harap adik-adik jaga amanah kepimpinan ini dengan baik...!Akademik pun biarlah yang TERBAIK...!!!

"Barang siapa mati padahal dia tidak pernah berjihad atau tidak pun pernah berniat hendak berjihad maka matilah dia seperti jahiliah."
(HR Bukhari dan Muslim)

Sila klik 7 TAHUN PENANTIAN untuk berita mengenai kemenangan ini,Takbir...!!!

Khamis, 17 Februari 2011

KISAH HUJUNG MINGGU DAN DAKWAH

Pelancong-pelancong Taiwan yang peramah dan mempunyai semangat ingin tahu..


Siap 'posing' dengan anak saya 'Iffah.Very cute katanya...

Rasanya masih tidak terlambat untuk mengucapkan Salam Maulidur Rasul buat sahabat sekalian.Mengingati kekasih Allah ini bukan terhad pada hari kelahirannya tetapi sepatutnya setiap hari,setiap masa dan setiap detik selagi jantung kita masih berdenyut!Malu dan hinanya rasa diri bila muhasabah:
-Adakah diriku telah mengikuti segala sunnahnya?
-Adakah sebagai isteri telah diteladanikah peribadi isteri-isteri Rasulullah?
-Adakah sebagai ibu telah ditiupkan roh perjuangan baginda?
-Adakah sebagai anak telah diikuti kesabaran baginda terhadap orang tua?
dan banyak lagi persoalan yang tidak mampu terjawab oleh hati ini.....

Menemani suami pada minggu lepas untuk melihat tempat program minggu hadapan,membawa kami ke Masjid Bandaraya untuk singgah solat Zohor dan seterusnya melihat-lihat program yang diadakan oleh ABIM Sabah.Program tersebut ialah Karnival Keluarga Sakinah,kalau tak silap bermula pada hari Jumaat dan tamat pada hari Ahad.

Seusai suami dan anak-anak Solat Zohor,suami mengajak untuk makan tengahari di kereta.Saya pulak meminta izin untuk ke bilik air dulu.Tanpa saya jangka bila balik ke kereta saya terkejut melihat pelancong-pelancong Taiwan berkerumun dekat dengan tempat suami dan anak-anak makan.Lucu jugak sebab mungkin mereka tertarik sebab dengan selambanya suami menghampar tikar di sebelah kereta kami (kereta parking kebetulan di bawah kanopi,tu lah tak panas..kebetulan cuaca berangin......tu yang sedap tu!)untuk makan bersama-sama dengan anak.Tapi,oleh kerana malu saya dan suami makan di rumah ja.

Sempat juga saya berkenalan dengan pelancong-pelancong Taiwan yang peramah itu.Tapi kami bagaikan lembu dan itik.Bahasa English pun kami sama-sama kurang fasih.Nasib baik jugak saya mengetahui sedikit Bahasa Mandarin yang dipelajari semasa belajar di kampus dulu.Saya pun sempat memberi kad bisnes kepada salah seorang pelancong tersebut.Mereka pun tertarik dengan gambar dalam kad tersebut iaitu gambar muslimah bertudung labuh dan bertanya apa yang saya pakai.Saya hanya menjawab "A Veil"..nak terangkan lebih,mereka pun kurang faham.Saya berdo'a agar Allah memberikan hidayah kepada mereka..mana tahu dari hanya sekeping 'kad bisnes'....mereka tertarik untuk mendalami Islam....Itulah dakwah dari sekeping kad bisnes..!

Sabtu, 12 Februari 2011

IMPIANKU....SIRI 3:KISAH CINTA


Madah Sumayyah

Suamiku
Bunga semalam telah layu
Gugur dari jambangannya
Mujur...
cinta kita
bukan itu lambangya.

Mulutku telah kaku merayu
Hatiku malu untuk terus cemburu
Tidak seperti dulu...
Kerna kini kau seorang mujahid
yang rindu memburu syahid!

Maaf kiranya tutur dan tingkah
Senyum dan seri wajah
Pudar dan hambar di matamu
Padaku yang baru belajar
menjadi seorang mujahidah.
Aku kini hanya mendoakan
agar kau menjadi Yasir
Walau kiranya...
bukan aku sebagai Sumayyahmu!
Dalam tangis kucuba senyum
tika kau keluar bermusafir
Seperti redhanya Siti Hajar
waktu ditinggalkan Ibrahim.

Biarlah kita berpisah
selalu derita
Kerana Syurga menagih ujian berat
Sedang neraka itu...
dipagar ribuan nikmat!

~Pahrol Mohamed Juoi~

Impian setiap isteri ialah mendapat redha dari suami kerana itu syarat untuk mendapat redha Allah!Selagi suruhannya tidak bertentangan dengan Allah dan Rasul,selagi itu isteri kena taat dan patuh....

Mari klik MASTER ARSYAD:CONTEST AKU ADA IMPIAN

Rabu, 9 Februari 2011

GAMBAR-GAMBAR KEBANGKITAN RAKYAT DI MESIR 2011

Assalammu'alaikum wbt.Salam perjuangan buat rakyat Mesir.Marilah kita do'akan agar pemerintahan kuku besi kan berakhir...dan digantikan dengan pemerintahan yang berlandaskan Islam yang syumul......







Sumber gambar dari Google

Dengan hanya sekeping gambar dapat menggambarkan segala-galanya......

Jumaat, 4 Februari 2011

REHLAH@HUTAN LIPUR KAWANG 2011

Alhamdulillah mengambil kesempatan Cuti Tahun Baru Cina yang panjang baru-baru ini kami ke Hutan Lipur Kawang.Saya memang belum pernah lagi sampai ke sana; sedangkan jarak rumah dari tempat tersebut tidaklah jauh sangat.Memang cantik pemandangan di sana dan bercadang nak pergi lagi sekiranya ada kesempatan.Inilah masanya untuk merapatkan ukhuwwah sesama ahli secara santai.Tidak semestinya dengan pengisian dari kitab atau buku.Cara beginipun boleh mendekatkan kita kepada Allah bergantung kepada niat kita sendiri kan.


Anak-anak bermain air sampai lupa nak makan....
Anak saya sendiri kat kereta barulah rasa nak makan.Bila kat rumah terpaksalah bagi makan.Nasib baik ada lebih sedikit...


Sedap makan beramai-ramai ni



Ayam panggang yang memang sedap.Terima kasih 'zan'.Nanti buat lagi ye....

Macam-macam lauk yang ada.Ada tomyam,ayam goreng SFC (Sarizan Fried Chicken),nasi lemak dan lain-lain.Bila dah jumpa lauk yang banyak ni masa makan tu ingat-ingatlah saudara kita yang susah.


Penyedap rasa lauk-lauk yang ada,'Telur Dadar' istimewa dari Sheela.

Gambar:Ihsan dari Lensataibah

Group 'Diskusi Hawa' kami bersama keluarga masing-masing
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

HANYA PADA-MU KU MENGADU.....

Berdo'a buka untuk memberitahu Allah apa yang kita pinta,kerana tanpa diberitahu pun Allah sedia mengetahui.Do'a ialah pengabdian daripada seorang hamba kepada Tuhannya.