FREE ADVERTISING!

Free advertising

MARILAH MENUJU KEJAYAAN

Khamis, 22 April 2010

SEDEKAH IKHLAS KERANA ALLAH

Daripada Abu Hurairah r.a bahawasanya Rasulullah s.a.w bersabda:"Ada seseorang berkata,'Sesungguhnya saya akan menyedekahkan sesuatu.'Lantas ia pergi untuk menyedekahkan apa yang dicakapkannya itu,ternyata sedekah tersebut jatuh ke tangan seorang pencuri.

Bersedekah kepada pencuri

Kemudian pada pagi keesokan harinya orang ramai bercakap bahawa malam tadi ada sedekah yang diberikan kepada pencuri.Kemudian orang bersedekah tersebut berkata.'Ya Allah,segala pujian hanya pada-Mu,sungguh saya akan bersedekah lagi.'

Bersedekah kepada pelacur

Ia lantas pergi untuk menyedekahkan sesuatu.Tanpa dia ketahui,ternyata sedekah tersebut jatuh ke tangan perempuan pelacur.Kemudian pagi harinya orang ramai bercakap bahwa malam tadi ada sedekah diberikan kepada perempuan pelacur.Kemudian orang itu berkata 'Ya Allah,hanya pada-Mu segala pujian,sungguh saya akan bersedekah lagi.'

Bersedekah kepada orang kaya

Ia lantas pergi untuk menyedekahkan sesuatu,tetapi jatuh ke tangan seorang kaya.Kemudian pagi harinya orang ramai bercakap bahawa malam tadi ada sedekah yang diberikan kepada orang yang kaya.

Kemudian orang itu berkata,'Ya Allah,hanya pada-Mu segala pujian,beberapa kali saya telah bersedekah namun jatuh ke tangan pencuri,pelacur dan orang kaya.'

Semoga sedekahmu menjadi pengajaran

Kemudian ada seseorang yang datang lalu berkata kepadanya,'Adapun sedekahmu kepada pencuri,mudah-mudahan ia berhenti daripada mencuri,sedang sedekahmu kepada perempuan jahat moga ia segera berhenti daripada berzina.Sedekahmu kepada orang kaya,semoga ia mahu mengambil iktibar (pengajaran) dan segera menafkahkan sebahagian harta yang telah Allah kurniakan kepadanya.'"

Pengajaran

  1. Ketetapan bahawa adanya pahala untuk seorang yang bersedekah,sekalipun yang mengambil sedekah itu orang fasik mahupun orang kaya.Ketetapn ini berlaku pada sedekah yang sunat,tetapi zakat tidak boleh diberikan kepada orang kaya.
  2. Keutamaan bersedekah secara tersembunyi.
  3. Keutamaan ikhlas dalam segala perbuatan.
  4. Sebaiknya mengulangi bersedekah jika diketahui sedekah tersebut jatuh pada orang yang sepatutnya menerimanya.
  5. Keberkatan berserah diri dan redha kepada Allah.

Sumber:101 Kisah & Pengajaran daripada Al-Quran dan Al-Hadis Dan Hayatus Sahabah
Penulis:Ustaz Zahazan Mohamed

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

HANYA PADA-MU KU MENGADU.....

Berdo'a buka untuk memberitahu Allah apa yang kita pinta,kerana tanpa diberitahu pun Allah sedia mengetahui.Do'a ialah pengabdian daripada seorang hamba kepada Tuhannya.