FREE ADVERTISING!

Free advertising

MARILAH MENUJU KEJAYAAN

Jumaat, 17 Disember 2010

HARI TERAKHIR SMART AL-QURAN DAN MALAM PENUTUP


Bergambar kenangan dengan AJK,Fasilitator dan para peserta

MALAM PENUTUPAN (9/12/2010)

Malam Penutupan diadakan pada hari Khamis pada pukul 8.30 malam.Ia diadakan untuk menghargai para peserta,AJK,Fasilitator dan juga meraikan ibubapa peserta.Mereka akan diberi Sijil Penyertaan dan sedikit cenderahati kenangan.Malam itu juga diadakan jamuan makan yang turut disumbangkan oleh ibu bapa.Ucapan terima kasih saya ucapkan kepada semua yang terlibat,semoga diberi ganjaran oleh Allah dengan sebaik-baiknya.....


Antara ibu bapa yang hadir memberi sokongan


Bakal peserta SMART AL-QURAN akan datang?InsyaAllah...

Juga diadakan persembahan video untuk tatapan semua


Ucapan Pengarah SMART AL-QURAN..(diri sendiri)...berdebar-debar dan malu jugak


Persembahan dari peserta.Mereka membaca Surah Al-Fatihah,Tiga Qul dan Nasyid A,Ba,Ta....


Sangat seronok dan terhibur melihat telatah mereka


Antara peserta lelaki


Si cilik ni pun ikut bernasyid







Antara peserta yang menerima sijil dan cenderahati kenangan dari pihak kami


Anugerah Hafazan Terbaik:Adik Suhainey

Anugerah Amali Solat Terbaik:Adik Mohd Arif Ihsan


Anugerah Mithali:Adik Fatin Nadia

InsyaAllah rentetan dari program ini satu Kelab SMART AL-QURAN,di bawah kelolaan PASTI AL-Fathonah akan dibentuk tahun hadapan.Ia meliputi hafazan Al-Quran (Juzuk 'Amma) dan Iqro'.Mudah-mudahan ia dapat membantu membentuk generasi muda dan anak-anak kita menjadi generasi pewaris ulama' dan solihin.......Amin...

Isnin, 13 Disember 2010

LAGI GAMBAR SMART AL-QURAN...


Antara peserta awal yang dah siap bertelekung


Wajah ceria peserta


Menunggu peserta lain yang tengah berwudhu'


Menunggu imam mengangkat takbir


Rapatkan saf....


Kak Zizah (Timbalan Pengarah Program)-gigih membantu peserta membaca dengan betul bacaan dalam solat


Mengulang bacaan dalam solat


Melatih peserta untuk solat


Praktikal sujud


Bila bersih,penyakit pun tak mudah datang


Teratur kemas selipar dan kasut...kan sedap mata memandang....


Kebersihan itu sebahagian daripada iman


Kak Som (fasilitator) dan ahli kumpulannya,begitu gigih mengajar...


Kak Paidah (fasilitator) serta ahli kumpulannnya


Kak Pija (fasilitator) dan adik-adik peserta kumpulannya


Masa untuk rehat......sedap bah....makan nasi berlaukkan sup ayam


Praktikal wudhu'


Memberus gigi selepas makan,amalan yang baik untuk kesihatan oral....


Berwudhu' sebelum solat


Peserta lelaki mempelajari azan

InsyaAllah banyak lagi gambar aktiviti SMART AL-QURAN ni termasuklah malam penutup.Nak meng'upload' gambar-gambar ni memang mengambil masa yang panjang.Tapi,rasa seronok menatap gambar-gambar ni mengatasi keletihan saya mengupdate blog ini.......Semoga menjadi tatapan AJK yang jauh di semenanjung.

Isnin, 6 Disember 2010

SMART AL-QURAN 2010:HARI PERTAMA DAN KEDUA


AJK yang bertanggungjawab bahagian jamuan.Terima kasih daun keladi.....kalau boleh tolong lagi....




Peserta yang paling senior....umur 11 tahun.Dua orang adiknya pun turut serta.Tahniah kepada ibu bapanya yang sangat prihatin





Semoga menjadi anak yang solehah


Menghafal turutan wudhu' dengan kaedah bergambar



Praktikal berwudhu'

Sabtu, 4 Disember 2010

Bahasa Bayi! Adakah Benar Bayi Berkomunikasi Melalui Tangisan?



Assalammu'alaikum wbt...mungkin ada manfaatnya buat anda........

Biasanya, setiap kali bila bayi menangis, ibunya akan terus menyusukannya. Sebenarnya, lapar bukanlah satu-satunya sebab bayi menangis. Selain dari lapar, bayi akan menangis bila menghadapi keadaan-keadaan seperti penat, kembung perut, tidak selesa, perlu sendawa dan beberapa sebab lagi.

Seorang ibu mendakwa bahawa beliau boleh berkomunikasi dengan bayinya dan faham apa kehendak-kehendak si comel bila mereka menangis. Pendek kata, beliau boleh faham 'bahasa bayi'.

Dengan meneliti bunyi tangisan bayi, beliau boleh bezakan sama ada bayi tersebut, penat, letih, tidak selesa, perlu sendawa atau sebab-sebab lain.

Jika seseorang ibu itu faham sebab-sebab bayi menangis, tidak akan timbul masalah bayi tersebut menangis berpanjangan kerana apabila kehendak bayi itu dipenuhi, sudah pasti dia akan berhenti menangis.

Menurut ibu tersebut, tangisan bayi bukanlah satu bunyi yang dihasilkan secara rawak, tetapi ia adalah satu bentuk komunikasi oleh bayi bagi menyampaikan keinginan mereka.

Tangisan adalah merupakan 'bahasa universal' bagi bayi. Buktinya, teknik yang digunakan oleh si ibu ini telah diuji oleh lebih dari 1000 bayi dari 30+ bangsa seluruh dunia.

9 daripada 10 ibu-ibu memberikan respons yang positif terhadap teknik ini.

70% ibu-ibu melaporkan bahawa mereka lebih yakin dan selesa setelah berjaya mengenalpasti teknik ini.

2 daripada 3 bapa melaporkan bahawa tekanan emosi yang mereka hadapi berkurangan dan hubungan rumahtangga yang lebih harmoni.

Anda tak percaya?

Salah seorang dari ibu tersebut telah membuktikan fakta ini dengan menggunakan rakaman video anaknya sendiri.

Nak tengok? KLIK SINI [http://rahsiatangisanbayi.com/index.php?ref=gerairizqi]

Jumaat, 3 Disember 2010

SMART AL-QURAN 2010:HARI PERTAMA










Setinggi-tinggi kesyukuran saya panjatkan kepada Allah SWT kerana SMART AL-QURAN 2010 dapat dilaksanakan.Kerisauan mengenai fasilitator,peserta,makanan,bajet dan macam-macam lagi dipermudahkan oleh-Nya jua.Seramai 12 peserta dari umur 5 hingga 11 tahun telah memberi komitmen yang tinggi untuk hadir.Mereka tinggal di sekitar Putatan.Tiga fasilitator teleh membantu untuk mengendalikan aktiviti ini.Dua daripadanya bekas pelajar IPT awam iaitu Universiti Malaysia Sabah (UMS) dan Universti Teknologi Mara (UITM) dan seorang lagi masih menuntut di UMS.

Program ini bermula pada pukul 8 pagi dan berakhir 1 tengahari.Sebelum mula menghafaz Surah,mereka disuruh berbaris,ikrar,berdo'a dan senaman ringkas supaya mereka rasa segar dan bersemangat.Program ini berakhir dengan praktikal Solat Zohor berjemaah.

Walaupun tidak menepati sasaran 20 peserta dan 6 tahun,yang penting pengisian atau program sebegini dapatlah memberi manfaat kepada anak-anak yang tengah bercuti panjang.InsyaAllah gambar seterusnya akan dimuat turun dari semasa ke semasa.Do'akan saya agar diberikan kesihatan yang baik...sekarang tekak dah mula rasa sakit.

Selasa, 30 November 2010

SMART AL-QURAN 2010:DIPADATKAN



Alhamdulillah,saya masih diberi kesihatan dan kekuatan untuk mengendalikan program ini bersama sahabat-sahabat.Sedikit makluman mengenai program ini.......iaitu SMART AL-QURAN 2010 jadualnya telah dipendekkan dan dipadatkan jadualnya iaitu yang terkini ia diadakan pada 1,2 dan tamat pada 8,9 Disember.

Walaupun dipendekkan masanya tetapi insyaAllah matlamat ia diadakan tetap tidak tersasar.Harap maklum.......

Tinta taibah:Sedikit usahaku untuk Islam......Moga diterima amalanku ini Ya Allah.Sahabat yang jauh tolong do'akan ya.....Terima kasih.
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

HANYA PADA-MU KU MENGADU.....

Berdo'a buka untuk memberitahu Allah apa yang kita pinta,kerana tanpa diberitahu pun Allah sedia mengetahui.Do'a ialah pengabdian daripada seorang hamba kepada Tuhannya.