FREE ADVERTISING!

Free advertising

MARILAH MENUJU KEJAYAAN

Isnin, 10 Mei 2010

AGAR-AGAR OREO

Saya bukanlah chef terkenal atau tergolong dalam 'suri' yang pro-bab masak memasak ni.Minggu lepas,semasa nak bayar puasa...teringinlah sesuatu yang lain dari yang lain.......Dapat dari internet jugak resipi ni....cuma diubahsuai sedikit lah ye....Sahabat sekalian boleh cuba,maaf lah ye,tiada gambar pulak.......


Bahan-bahannya:
  • Biskut Oreo (sebungkus)-ditumbuk
  • Agar-agar serbuk (20g)
  • Susu cair (1 tin)
  • Gula (2 cawan setengah)
  • Air (1.5 liter)
Cara membuatnya:
  1. Panaskan air,masukkan gula dan serbuk agar-agar.
  2. Bila dah larut dan mendidih masukkan susu cair.
  3. Masukkan separuh dari campuran agar-agar ke dalam loyang.Biarkan ia sejuk sejuk dan keras sedikit.
  4. Taburkan biskut oreo.
  5. Baki agar-agar dituang sedikit dan biarkan ia mengeras lagi.
  6. Buat proses ini berterusan sehingga 4 lapisan iaitu agar-agar,oreo,agar-agar,oreo.....
Anggaran:20-30 orang....hmmm memang banyak.Gunakan loyang besar sedikit ye.....

Sahabat sekalian boleh mencuba!InsyaAllah sedap dan suami puji anak-anak pun suka...:)))

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

HANYA PADA-MU KU MENGADU.....

Berdo'a buka untuk memberitahu Allah apa yang kita pinta,kerana tanpa diberitahu pun Allah sedia mengetahui.Do'a ialah pengabdian daripada seorang hamba kepada Tuhannya.