FREE ADVERTISING!

Free advertising

MARILAH MENUJU KEJAYAAN

Rabu, 12 Jun 2013

Membazir?Mudah-mudahan bukan saya......

Assalammu'alaikum wbt
Memang lama dah saya tak menulis.Hari ini tergerak hati saya untuk menukilkan sedikit sebanyak cerita diri sendiri.....Bukan untuk syok sendiri tapi kalau boleh nak sebarkan apa yang baik dan sekaligus boleh dicontohi oleh orang lain.

Alhamdulillah sejak 2 tahun yang lepas (mula berniaga 4 tahun)perniagaan kecil-kecilan yang saya jalankan semakin dikenali.Hanya beroperasi dari rumah.Pada peringkat awal saya teruja dengan macam-macam cara pemasaran dan salah satunya mempunyai kad bisnes!

Selepas habis kad bisnes,saya buat dan buat lagi....hinggalah pada kali ke empat saya terfikir.Berbaloikah dengan pemberian kad bisnes ini pada pelanggan sebab perangai orang kita (tak semua) agak kurang suka menerima kad bisnes dan kemungkinan hilang lebih tinggi......Betul tak?

Saya disapa (dalam facebook) oleh seseorang untuk memborong telekung pada asalnya tapi saya lebih tertarik kepada Bookmark (penanda buku)....Saya suka baca buku dan selalu mencari 'bookmark'.....Jadi di ditulah dapat idea buat bookmark untuk diberikan kepada pelanggan,malah bila nak bagi kat orang pun tak berasa berat.Bila saya bagi kat orang,ni bookmark....hadiah untuk awak.....simpan ye....Kalau kad bisnes,saya segan.....


Yang ni bookmark pertama........ada kalender kat belakang

Yang kedua dan terbaru.....pulak
Depan.......(gambar di atas)
dan belakang (gambar di bawah)


Kat mana nak dapat ye 'design' begini?Bagi yang teringin nak dapatkannya boleh buka halaman (page) kat facebook Syifa Design Enterprise.....Memang puas hati dan berbaloi....

Semoga perkongsian kali ni memberi anda idea dan bermanfaat......

Selasa, 23 Oktober 2012

AKAN DATANG.....


Alhamdulillah dalam kesedihan ada kegembiraan.Dalam kesusahan ada kesenangan.Semoga kita hidup dalam keadaan tenang di setiap keadaan....InsyaAllah akan datang saya akan menulis catatan kehidupan dari kecil hingga sekarang.Mungkin mengambil sedikit masa.Niatnya buat anak cucu agar yang baik dijadikan teladan dan yang buruk dijadikan sempadan.......SALAM AIDILADHA DARI SAYA SEKELUARGA........................

Rabu, 11 Julai 2012

DISKUSI RAMADHAN-SIRI 3

Assalammualaikum wbt
Buat muslimin dan muslimat di sekitar Kota Kinabalu dan sewaktu dengannya.Jom kita hadir taman-taman syurga!Sebar-sebarkan ye....

Isnin, 2 Julai 2012

SUSAHNYA NAK ISTIQOMAH...!

Bismillahirrohmanirrahim....
Assalammualaikum wbt

Lama rasanya tidak mencoret sepatah dua kata dalam blog peribadi ini.Bukannya tidak ada idea tapi semuanya terkumpul (kemudian lupa) dalam minda cuma tidak terluah kerana kekangan masa.Masa tetap sama 24 jam,tapi sayalah sendiri yang tak pandai 'manage' masa....

Banyaknya perkara yang berlaku dalam kehidupan,yang baik dijadikan sempadan yang buruk jadikan tauladan.Kitalah sendiri yang berhak untuk menjadikan 'ending'  atau detik-detik terakhir dalam kehidupan kita bahagia atau sengsara di akhirat.


Oo...mengenai tajuk di atas setelah bergelar status isteri dan ibu kepada 5 orang anak,banyaknya perkara yang perlu dimuhasabah dan dikoreksi  lagi-lagi semakin menghampiri bulan Ramadhan ini.Saya teringat pesanan ibu semasa saya mula-mula memakai tudung labuh..."Kalau dah pakai tudung labuh biarlah begitu sampai bila-bila"...Pada zaman tersebut tidaklah begitu banyak pilihan tudung labuh berbanding sekarang.Hanya warna-warna 'plain' sahaja.Alhamdulillah,suami pun berpesan walau bagaimana bentuk dan corak tudung tu biarlah labuh...ya TETAP TUDUNG LABUH....^_^...



Sejak mempunyai akaun facebook,Alhamdulillah sahabat-sahabat lama dapat dihubungi terutamanya semasa di kampus.Tapi,sungguh ada rasa tak sedap hati bila melihat tudung-tudung yang dulunya labuh dipakai oleh sahabat-sahabat kini berubah menjadi saiz S dan M malah ada yang 'free hair'...!!Na'uzubillah...



Apakah yang membuatkan mereka ini berubah begitu sekali,adahal merekalah orang yang saya kagumi semasa di kampus dulu.Adakah faktor suami?Pekerjaan?Tekanan di sekeliling?...Wallahu'alam.Dalam masa yang sama saya sendiri berdo'a agar istiqomah dalam tudung labuh,memang benar bukan senang.Inilah antara sebab saya menjual bermacam-macam jenis tudung labuh agar muslimah di luar sana tetap terpelihara dari godaan fesyen tudung sekarang yang memang cantik tapi belum tentu memenuhi syariat.....

Sampai di sini sahaja dulu...salah dan silap mohon ampun dan maaf ye.....



Ahad, 15 April 2012

Pergimu Tak Kembali.....Ayahanda Haji Mohd Morshidi

Detik-detik cemas.....
23 Februari - Kakak Hawina dapat panggilan dari hospital.Dapat sms dari Kak Fiza (di KL) mengatakan ayah dah tenat.Suami bergegas balik dari KL ke Kuching (waktu tu ada kursus)
24 Februari - Suami bagitau ayah stabil.Ayah dan ibu mertua pun ke Kuching ziarah.
26 Februari - Pagi-Cuba untuk mengubungi ayah melalui video conference tapi gagal.Tengahari,dapat call dari abang ayah dah koma.Jam 7.15 malam,kakak call....ayah dah pergi buat selamanya.

Kali ini,amat berat untuk saya menulis.Saya terpaksa menangguhkan beberapa kali.Ayah pergi semasa saya menunggu hari untuk melahirkan anak kelima.ayah juga pergi semasa saya tiada di sisi untuk membisikkan kalimah syahadah.Maafkan saya ayah......Berat sungguh ujian mengandung kali ini.Dah tiga kali saya mimpikan arwah ayah.Adakah ia hanya rindu dari seorang anak bongsumu yang banyak dosa ini atau ayah benar-benar hadir dalam mimpi.Wallahu'alam.

Teringat kata-kata terakhir ayah...bila nak balik?Jawab saya,lepas bersalin nanti InsyaAllah.Ayah memang sayang dengan cucu-cucunya.Suka meletakkan cucu yang masih bayi itu di ribanya sambil berzikir sehinggalah bayi tu tertidur.Gemar memasak bila anak cucunya balik.

Kini hanya kenangan yang tinggal.Suara ayah masih terngiang-ngiang di telinga.Lembut dan bersahaja.Tak mungkin saya lupa jasa ayah.Semoga Allah menempatkan rohnya di kalangan orang-orang yang soleh.Al-Fatihah.Amin.


Biarlah foto-foto di bawah berbicara.....







Jumaat, 10 Februari 2012

Rindu pada ayah.....

Assalammu'alaikum wbt

Apabila mendapat sms dari kakak mengatakan ayah masuk ke emergency pada Rabu yang lepas,seharian saya berendam dengan air mata."Patutlah asyik ingat pada mereka,"kata dalam hati saya.Lama dah saya menangguh untuk meletakkan gambar ibu dan ayah kerana pasti linangan air mata mengiringi.....kerana rindu :((
Baru hari ini menguatkan diri untuk menulis sedikit tentang perasaan ini.

Tiada kata yang dapat diungkap oleh seorang anak yang jauh di mata dan dalam saratnya mengandung anak kelima ini......
Hanya do'a yang mampu kukirimkan.......oleh anakmu yang banyak berdosa ini....

Ayah...
Ampunkan kami semua
Kami nak ayah sihat
Kami sayang ayah
Kami tak mahu ayah sakit
Kami tak kisah tak dapat belajar pun
Asalkan ayah sihat
Ampunkan kami ayah....dari blog penadaie

Bagi anak-anak yan masih mempunyai ibu dan ayah...berbaktilah kepada mereka kerana tanpa mereka....SIAPALAH KITA......!



Di bawah pantauan doktor sekarang


Gambar ayah (di kampung) sebelum saya balik ke rumah


Ibu yang setia....

Rabu, 1 Februari 2012

Apa itu Chicken Pox atau Cacar Air


Alhamdulillah, saya dan dua orang anak perempuan telah sembuh dari 'chicken pox'.Tak dinafikan saya sedikit risau kerana tengah mengandung kena ni.'Scan' minggu lepas menunjukkan anak dalam kandungan sihat.Sekarang kedua-dua anak lelaki saya pulak yang kena.Kuarantin lagi dan kenalah ummi dan abahnya tak ke mana-mana sangat.Ada lagi beberapa barang belum dibeli lagi untuk persediaan anak yang bakal lahir insyaAllah bulan 3 ni.Harap-harap mereka cepat sihat dan bolehlah keluar ke kedai.Jadi saya nak kongsi sedikit info mengenai chicken pox ye.Moga bermanfaat ye.....Diambil dari blog ciktom

Apa itu jangkitan cacar air?

Ini ialah jangkitan biasa yang berlaku di kalangan kanak-kanak yang disebabkan oleh virus. Virus cacar air juga dikenali sebagai virus varicella. Ia adalah virus sama yang menyebabkan kayap. Ia merupakan penyakit yang senang berjangkit dan boleh merebak dari seorang ke seorang. Seseorang yang dijangkiti virus ini akan mengalami demam dan timbul ruam lepuh (blisters).

Bagaimanakah penyakit cacar air merebak?

Ianya merebak:

* Melalui udara bila seseorang yang menghidap cacar air itu mengalami batuk atau bersin.

* Dengan menyentuh cecair yang keluar dari lepuh (blister) cacar air.

* Dengan menyentuh benda/permukaan yang dibasahi oleh cecair daripada lepuh tersebut.

Apakah tanda-tanda dan gejala?

Anak anda akan mendapat cacar air 13–17 hari selepas terdedah kepada seseorang yang mengidap cacar air. Cacar air boleh merebak 1–2 hari sebelum ruam kelihatan sehingga semua ruam berkeropeng dan kering. Kebanyakan kanak-kanak mengalami jangkitan yang tidak serius. Namun jangkitan cacar air bagi orang dewasa boleh menjadi lebih serius.

Gejala-gejala penyakit cacar air yang lain :

* Demam, rasa tidak sihat dan letih lima hari sebelum ruam timbul.

* Ruam bermula bintik merah yang kecil dan gatal (seperti jerawat) pada semua badan termasuk mulut. Biasanya ruam bermula di dada dan belakang, kemudian merebak ke muka, kepala, kedua-dua lengan dan kaki.

* Dalam masa 24 jam, ruam-ruam akan kelihatan seperti lepuh air (blister), kemudian pecah, kering dan menjadi keruping (4 -5 hari)

* Bintik-bintik baru akan terus timbul untuk lima hari dan mengambil masa dua minggu untuk hilang. Biasanya jangkitan cacar air ini menghasilkan pelalian seumur hidup. Walau bagaimanapun, virus ini mungkin bersembunyi dan berulang sebagai kayap (shingles) kepada orang dewasa dan kadang-kadang kepada kanak-kanak.

Apakah komplikasi penyakit cacar air?

Biasanya cacar air ialah masalah kesihatan ringan bagi kanak-kanak dan kebanyakannya akan pulih. Walau bagaimanapun, sesetengah orang berisiko mendapat komplikasi yang teruk, iaitu bayi yang baru lahir, orang dewasa dan seseorang yang mempunyai sistem pertahanan badan yang lemah.

Komplikasi lain yang boleh berlaku termasuk:

* Jangkitan kuman pada kulit

* Jangkitan pada darah

* Radang paru-paru

* Keradangan otak

Bagaimana jangkitan cacar air dirawat?

Amnya:

* Elakkan anak anda ke sekolah atau taman asuhan kanak-kanak sehingga ruam menjadi berkerak (lebih kurang tujuh hari daripada permulaan ruam). Jika tidak kemungkinan kawan-kawanya akan turut dijangkiti.

* Ambil ubat paracetamol untuk mengurangkan demam.

* Minum banyak air masak.

* Ambil makanan yang seimbang.

* Sentiasa membasuh tangan.

Untuk rasa gatal:

* Sapu losen kalamine di tempat ruam.

* Mandi dengan kerap dan sabun dengan menggunakan campuran ‘baking soda’ dengan air suam beberapa kali sehari untuk mengurangkan rasa gatal.

* Potong kuku pendek untuk mengelakkan kecederaan kulit semasa menggaru.

* Ubat antihistamine mungkin diberi oleh doktor jika rasa gatal yang teramat sangat sehingga anak anda tidak dapat tidur. Ubat antivirus untuk cacar air boleh didapati dan selalunya akan diberi oleh doktor kepada mereka yang berisiko mendapat jangkitan yang teruk, iaitu:

* Berumur 12 tahun ke atas.

* Mengidap penyakit paru-paru yang kronik. * Mereka yang mempunyai sistem pertahanan badan yang lemah. * Bayi yang baru lahir.

Bagaimana cacar air boleh dicegah?

* Cacar air boleh dicegah dengan suntikan pelalian. Minta nasihat doktor.

* Jika anda mendapat cacar air, elakkan jangkitan kepada orang lain dengan tidak pergi ke sekolah atau ke tempat kerja sehingga lepuh menjadi kering dan berkerak.

* Seseorang yang berisiko mendapat cacar air yang teruk (bayi yang baru lahir, yang mempunyai sistem pertahanan badan yang lemah, wanita mengandung) yang terdedah kepada seseorang yang mengidap cacar air, mungkin diberi antibodi dalam bentuk immunoglobulin untuk memberi perlindungan segera.

Sabtu, 24 Disember 2011

PERKARA YANG ORANG MELAYU SUKA PERCAYA TETAPI BOLEH MEMBAWA KEPADA SYIRIK

Assalammu'alaikum wbt dan Selamat Bercuti....

Di pagi Ahad ini saya nak berkongsi sesuatu tentang beberapa contoh kepercayaan orang Melayu tentang sesuatu perkara yang boleh membawa kepada syirik,Na'uzubillah Minzalik....

1-Meramalkan jika kupu-kupu masuk ke dalam rumah,bermakna ada seseorang datang.

2-Meramalkan masa depan si bayi dengan menentukan tempat tanam uri bayi tersebut (selepas dilahirkan).Hingga ada mereka yang percaya bahawa jika ditanam di depan rumah berserta pensel sebatang maka dapat mencerahkan masa depan si anak!

3-Meramalkan sesuatu yang buruk akan berlaku apabila cawan dan pinggan pecah atau kunci jatuh ketika ingin keluar rumah.

4-Meramalkan rezeki bertambah hanya dengan menggantung ayat seribu dinar di rumah atau di kedai.Sedangkan ayat tersebut menuntut agar seseorang bertakwa kepada Allah bagi mendapat ganjaran keluar dari sebarang masalah dan rezeki daripada sumber yang tidak dijangka dan bukannya hanya digantung di dinding.

5-Meramalkan akan mendapat duit apabila tangan berasa gatal.

6-Meramalkan hafalan al-Quran akan hilang jika lalu di bawah ampaian baju.

7-Meramalkan roh orang yang mati akan kembali ke rumahnya semula.Sedangkan ia bercanggah dengan firman Allah dalam Surah Al-Mukminun ayat 100 yang menerangkan tidak boleh roh seseorang itu kembali ke dunia semula.

8-Kepercayaan ramalan buruk oleh si penyebar surat atau SMS berantai.

9-Meramalkan kayu kokka boleh menjadi penyelamat.

Inilah antara kepercayaan karut,khurafat dan tahyul yang mungkin dibuat oleh kita orang Melayu tanpa disedari.Di harap artikel ini boleh membawa manfaat dan moga kita terhindar dari membuatnya.Wallahu'alam.

Artikel ini saya petik dari buku:
FORMULA SOLAT SEMPURNA OLEH USTA.ZAHARUDDIN ABD RAHMAN.
Terbitan:Telaga Biru

Isnin, 19 Disember 2011

HEAL AND YOU WILL BE HEALED



"Healing"

VERSE 1:

It's so hard to explain
قد يصعب عليّ أن أعبر

What I'm feeling
عمّا يختلج في قلبي

But I guess it's ok
لكن اعتقادي

Cause I'll keep believing
ينبع من إيماني

There's something deep inside
هناك شيء في الأعماق

Something that's calling
ينادي

It's calling you and I
يناديني ويناديك

It's taking us up high
يرتقي بنا إلى الأعلى

CHORUS:

Healing, a simple act of kindness brings such meaning
الشفاء ... قد يتجسّد في عمل بسيط لطيف

A smile can change a life let's start believing
بسمة قد تغير حياة الإنسان

And feeling, let's start healing
فلنبدأ بعمل يكون فيه شفاء

VERSE 2:

Heal and you will be healed
شفاء بشفاء .. ومع كل شفاء شفاء

Break every border
اكسر القيود والحدود

Give and you will receive
اعط تُعطى .. فالعطاء يوجب عطاء

It's Nature's order
نظام كوني رباني

There is a hidden force
هناك قوى خفية

Pulling us closer
تجذب بعضنا لبعض

It's pulling you and I
تجذبني أنا وأنت

It's pulling us up high
تجذبنا للأعلى

CHORUS:

Healing, a simple act of kindness brings such meaning
الشفاء ... قد يتجسّد في عمل بسيط لطيف

A Smile can change a life let's start believing
بسمة قد تغير حياة الإنسان

And feeling, let's start healing
فلنبدأ بعمل يكون فيه شفاء

MIDDLE 8:

Hearts in the hand of another heart and in God's hand are all hearts
قلب بين يدي قلب و بيد الله كل قلب

An eye takes care of another eye and from God's eye nothing hides
عين ترعى عينا .. وعين الله ترعى، و لا شيء عنه يخفى

Seek only to give and you'll receive
إسع نحوالعطاء... و ستلقى و تعطى

So, heal and you will be healed
إشف.. و سوف تشفى

OUTRO (x2):

قلب بين يدي قلب و بيد الله كل قلب

عين ترعى عينا، وعين الله ترعى

كلمة طيبة صدقة

تبسمك لأخيك صدقه

كل معروف صدقة

اللهم اشف شفاءً لا يغادر سقماً

*Seek only to give......you will be receive!!*


Selasa, 15 November 2011

Mekah dan Madinah bercahaya dari angkasa....Subhanallah!

Ketika di bahagian lain bumi nampak gelap.Ternyata ada sebahagian kecil bumi yang terang (bercahaya).....MasyaAllah,itulah bumi Makkah dan madinah....Diambil dari satelit angkasa....


Makkah al-Mukaramah


Madinah al-Munawarah

Khamis, 27 Oktober 2011

Entri tanpa gambar

Assalammu'alaikum wbt

Alhamdulillah minggu ini merupakan minggu yang ke-18 kehamilan anak ke lima saya.Sesungguhnya setiap kehamilan dan kelahiran mereka (anak pertama hingga keempat) merupakan pengalaman yang berbeza.Tapi dari segi alahan pada kehamilan peringkat awal adalah sama (muntah,pening,loya dan tak larat).

Ada sesetengah wanita yang mengandung tidak mengalami alahan pun (seronoknya!).Ada pulak yang mengalami alahan sepanjang tempoh ia mengandung (Tak dapat digambarkan betapa payahnya si ibu ini mengandung.Harap suami dapat memahami).Sepanjang tempoh alahan saya itu saya selalu berdoa agar diberi sedikit kekuatan agar dapat menguruskan suami dan anak-anak.Memang mencabar kerana apa yang saya larat buat pada sebelum mengandung kebanyakannya tidak dapat saya buat bila mengandung.Memang suamilah tempat saya bergantung harap untuk melakukan kerja-kerja rumah pada masa itu (terima kasih dan bersyukur pada suamiku memahami!).

Aktiviti memasak pun tidak dapat dibuat tetapi hati rasa kasihan melihat anak-anak makan apa yang dibeli oleh abahnya.Tapi sekarang banyak dah dapat dilakukan cuma saya tak mengangkat barang-barang berat dan tidur masih dipastikan cukup.Anak-anak pulak 'excited' bila perut umminya makin besar.Saya pun dah nak membeli barang-barang keperluan 'baby' ni sikit-sikit supaya taklah terkejar-kejar dan biasanya bila dah bulan akhir mengandung memang tak daya dah nak berjalan jauh.

Memandangkan barang-barang baby ni pun dah banyak dijual online,mungkin ada sesetengahnya saya beli melalui online sahaja.Ada yang tak ada dijual kat kedai pun,itu yang uniknya.

Dari segi jantina pulak masih belum dapat dipastikan lagi 'baby girl' atau "baby boy'.Anak lelaki ke atau anak perempuan saya tak kisah sangat yang penting ummi sentiasa doakan agar anak di dalam kandungan ini anak yang soleh,yang cerdas,yang bijaksana dan mentaati perintah Allah dan Rasul....


Sabtu, 8 Oktober 2011

THE TRUTH


Kekadang di sebalik kata-kata ringkas ini ada perkara yang kita sembunyikan dalam hati........cuma mungkin kita tiada perkataan yang baik untuk menyatakannya.....
Hanya Allah Yang Maha Mengetahui apa yang tersembunyi dalam hati kita.....

Jumaat, 29 Julai 2011

Ujian Ramadhan kali ini....2011

Alhamdulillah,syukur ke hadrat Allah kerana telah menganugerahkan kita pelbagai nikmat kepada kita,termasuklah nikmat mempunyai anak.Inilah anugerah terindah bagi yang sudah berkahwin dan bagi yang baru berkahwin pasti menanti-nantikan saat indah ini.

Ramadhan kali ini insyaAllah (jika dipanjangkan umur beberapa hari lagi) saya diuji dengan 'ujian awal-awal mengandung'.Rasa mual,muntah,pening dan pelbagai lagi rasa menjadikan Ramadhan akan datang ini begitu berat buat saya.Saya memohon kepada Allah agar diberikan kesihatan yang baik sepanjang Ramadhan ini dan cuba mengarahkan minda saya supaya tidak terlalu memikirkan mual,loya dan muntah itu....tapi mampukah?

Monolog Diri:Semoga Ramadhan kali ini lebih baik dari yang lepas.....


Dapatkan Mesej Bergambar di Sini

Ahad, 17 Julai 2011

DISKUSI RAMADHAN 2011...JEMPUTAN BUAT SEMUA...!

Assalammu'alaikum wbt
Buat semua warga Kota Kinabalu dan yang berhampiran dengannya,marilah kita melapangkan diri pada malam tersebut untuk persediaan kita menyambut bulan Ramadhan.Tiada bayaran dan bawalah keluarga,jiran dan sahabat handai untuk majlis ilmu ini.Isilah usia kita yang singkat ini dengan perkara kebaikan dan semoga ia menjadi bekal buat kita ke alam yang lebih abadi nanti....Wallahu'alam

Khamis, 14 Julai 2011

Lau Ka Na Bai Na Na-Andainya Rasulullah ada di sisi...

Antara rancangan yang saya gemari di TV Al-Hijrah.Setiap ahad jam 9 malam.



Setiap kali saya menonton,pasti air mata pun mengalir sama.Selalu terfikir adakah akhlak diri ini menepati apa yang Rasulullah ajar pada kita?Adakah sudah menjadi ibu yang baik pada anak?Sudahkah menjadi isteri yang baik dan taat pada suami?Rancangan yang bagi saya bertaraf 5 bintang......Marilah kita ajak ahli keluarga kita supaya sama-sama dapat menontonnya
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

HANYA PADA-MU KU MENGADU.....

Berdo'a buka untuk memberitahu Allah apa yang kita pinta,kerana tanpa diberitahu pun Allah sedia mengetahui.Do'a ialah pengabdian daripada seorang hamba kepada Tuhannya.