Untuk berjaya dalam apa pun perkara kita mesti ada ilmu.Sama ada kita belajar dari buku,kursus atau seminar-seminar yang banyak dianjurkan oleh banyak pihak.Di sebabkan masa saya banyak kat rumah,nak pergi kursus pun bukan mudah (anak masih 'breastfeed') jadi suami pun banyak menghadiahkan buku-buku tentang perniagaan internet ni.Salah satunya ialah "BUAT DUIT DARI RUMAH" ditulis oleh Mohd Rozani Pawan Chek terbitan PTS.
Sebelum saya menyentuh sedikit tajuk di atas,kita sebenarnya masih menganggap kekayaan tidak penting dan menjadi kaya tu salah.Persepsi orang kita terhadap duit banyak yang tidak betul.Banyak duit tu tak salah sebenarnya yang penting ialah cara menguruskan duit yang banyak tu,ke mana perginya keluar masuk.Dengan duit tu lah kita dapat membantu ramai orang,keluarga dan sanak saudara yang susah termasuklah ummat Palestin di luar sana.
Kata penulis buku tersebut:
"Peluang jutawan ada di sekeliling anda.Anda perlu yakin anda akan memperolehnya.Percaya ataupun tidak,anda juga ada pemikiran jutawan.Anda cuma perlu buang pemikiran negatif dan tanamkan pemikiran positif.Rancangkan kerja dan usahakan sehingga anda berjaya menjadi jutawan.Walaubagaimanapun,anda perlu lakukan beberapa perkara seperti:
Berkorban masa,tenaga dan wang
Tiada kejayaan tanpa pengorbanan.
Jalinkan hubungan baik
Tiada perniagaan yang tidak perlu menjalinkan hubungan.Perniagaan melalui internet juga memerlukan perhubungan yang baik dengan pelanggan.Hubungan yang baik akan menambahkan lagi kejayaan.Perniagaan akan berjaya jika ada human relationship.
Selalu berimpian
Permulaan kepada kejayaan dalah impian.Impian adalah satu keinginan yang tinggi bagi mencapai kejayaan.Berimpian bermakna anda menggerakkan minda separa sedar supaya bertugas bagi merealisasikan kejayaan anda.Tetapi,jika impian tanpa usaha,itu hanya angan-angan.
Sedikit catatan dari saya,harap maaf lama jugak tak 'memblogging' ni.Banyak sangat 'urusan' yang perlu dilakukan sebelum sekolah dibuka semula.Semoga ada manfaatnya.
MARILAH MENUJU KEJAYAAN
Isnin, 14 Jun 2010
Selasa, 8 Jun 2010
Jumaat, 21 Mei 2010
HASIL TANGAN UMMI...MEMANG BERBALOI!

Inilah kek pertama yang dihasilkan oleh ummi......Hasil ilmu yang diturunkan oleh kakak kesayanganku..."Kak Ina"...Thank's A Lot
Lepas ni nak belajar kek coklat plak...he..he....

"Mana kek tu adik Hakim?Takda pun kat sudu tu...."...Abang Arif
"Ala...action ja ni bang ambil gambar bah....."....Adik Hakim

Sedapnya....kek buatan ummi ni...nak lagi?
Do'a ummi agar 'iffah dan anak-anakku yang lain (Arif,Hakim,Sakiinah) menjadi anak yang soleh dan solehah.....
P/s:Terima kasih ya mie,pinjamkan kamera.......
Khamis, 13 Mei 2010
TERINGINNYA MEMILIKIMU.....
Memang saat ini inilah antara barang yang sangat saya idamkan.Bukannya apa,untuk kegunaan bisnes dan tujuan yang lain.Bila agaknya,daku boleh memilikimu?Hanya Allah yang tau.....Sekarang tengah dok kumpul duit.Rasa macam kekurangan bila ia takda.Dalam fikiran,bila dah ada bolehla tangkap gambar anak-anak,famili,dan macam-macam lagi.Kalau bagi "blogger",takda gambar macam sesuatu yang kurang.Betul tak?Kalau kamera DSLR pulak,memang mahal tapi syok tengok kat gambarnya yang berkualiti tinggi.Bila tengok harga kamera tu,RM2K......Minat menggambar ni apabila tengok abang saya yang no.3 tu.Time adik beradik kawin dulu pun dia lah yang ambil gambar.Tak sabar bila tengok gambar dalam album (dulu kan kamera berfilem).Ada gambar 'candid' pengantin dan gambar detik-detik masa diijabkabulkan (tu yang paling best!).Mesti kita yang dah berkahwin ni simpan gambar tu betul-betul kan.
Mudah-mudahan,adalah rezeki saya untuk membelinya.Amin......
Isnin, 10 Mei 2010
AGAR-AGAR OREO
Saya bukanlah chef terkenal atau tergolong dalam 'suri' yang pro-bab masak memasak ni.Minggu lepas,semasa nak bayar puasa...teringinlah sesuatu yang lain dari yang lain.......Dapat dari internet jugak resipi ni....cuma diubahsuai sedikit lah ye....Sahabat sekalian boleh cuba,maaf lah ye,tiada gambar pulak.......
Bahan-bahannya:
Sahabat sekalian boleh mencuba!InsyaAllah sedap dan suami puji anak-anak pun suka...:)))
- Biskut Oreo (sebungkus)-ditumbuk
- Agar-agar serbuk (20g)
- Susu cair (1 tin)
- Gula (2 cawan setengah)
- Air (1.5 liter)
- Panaskan air,masukkan gula dan serbuk agar-agar.
- Bila dah larut dan mendidih masukkan susu cair.
- Masukkan separuh dari campuran agar-agar ke dalam loyang.Biarkan ia sejuk sejuk dan keras sedikit.
- Taburkan biskut oreo.
- Baki agar-agar dituang sedikit dan biarkan ia mengeras lagi.
- Buat proses ini berterusan sehingga 4 lapisan iaitu agar-agar,oreo,agar-agar,oreo.....
Sahabat sekalian boleh mencuba!InsyaAllah sedap dan suami puji anak-anak pun suka...:)))
Khamis, 6 Mei 2010
SELAMAT HARI IBU
Pengorbanan seorang ibu memang tidak dapat kita balas......Apapun panggilan mereka IBU,UMMI,MAMA,MUM...dan sebagainya,merekalah yang membesarkan kita di mana syurga berada di telapak kaki mereka.TERIMA KASIH DAN BERSYUKUR KE HADRAT ALLAH kerana memanjangkan umur mereka.Semoga sentiasa dilimpahi rahmat dan kesihatan yang baik.....Buat IBU dan MAMA ...terimalah nasyid ini dan sahabat sekalian sila hayatinya kerana ia mengisahkan seorang ibu yang mempunyai anak yang buta...
Sabtu, 1 Mei 2010
Teguh dan Kuatkanlah Hati Ini Ya Allah...
Mungkin ramai dah sahabat-sahabat menulis mengenai perkara ini......tetapi hari ini saya rasa terpanggil menulis sedikit mengenai perkara ini yang selalu berlegar di kepala.Semasa saya mula-mula mendapat anak perempuan dulu (yang ketiga),rasa macam tak sabar-sabar nak menyarungkan tudung di kepalanya.Jadi,bila jalan-jalan kat kedai nampak ja tudung kanak-kanak terus nak beli dengan niat nak memakaikannya pada usia setahun gitu.
Tetapi dek kerana ketidaksabaran saya,pada usia 6 bulan saya cuba-cuba memakaikannya dengan tujuan nak bergambar ja.Tiba-tiba terdetik dalam hati,baik aku sarungkan ja,ganti topi anak-anak lagipun muat.Alhamdulillah,anak pun selesa nampak gayannya cuma bila dia nampak rimas dan panas saya akan membukanya.
Respon dari kawan,sedara mara dan orang sekeliling berbeza-beza ada yang suka sangat dan mencebik bibir pun ada.Respon yang negatif ni lah menguji iman di hati.Ya lah,kita nak didik anak kebaikan pun masih ada yang menentang.
"Terlalu awal lah..kesian budak lagi".....
"Nak menunjuk-nunjuk alim.."
Agaknya mungkin disebabkan kejahilanlah orang yang tidak senang itu berkata demikian.Lalu timbul lah bertudung hanya ke tempat kerja,bertudung semasa kenduri,semasa majlis tahlil,bak kata lain bertempat...Macamlah Allah ada kat tempat tu ja...Na'uzubillah....Ajaran apa ni?
Semasa membawa anak-anak ke kolam mandi,sengaja saya pakaikan dan belikan pakaian renang muslimah untuk anak saya (berumur 3 tahun)...Saya tak mampu tegur secara 'direct' kekadang....biarlah anak saya itu menegur secara tidak langsung.Dan hati saya cukup terguris apabila muslimah yang memakai tudung bertempat membuka tudungnya apabila mandi di kolam.....dan lagi terguris apabila ibu bapa mendiamkan sahaja bila berlaku di depan mata.Dan anak ku "Sakiinah" lah sahaja yang bertudung....dalam kolam renang itu....Yang lain???Bila lagi nak berubah?Anda bukan kanak-kanak lagi tapi dah baligh kan...Perkara aurat ni bukan main-main,HARAM dan DOSA BESAR ye.....
Semoga diri ini dan anak-anakku terpelihara dari sifat kejahilan dan kemungkaran....Amin...

Langgan:
Catatan (Atom)
HANYA PADA-MU KU MENGADU.....
Berdo'a buka untuk memberitahu Allah apa yang kita pinta,kerana tanpa diberitahu pun Allah sedia mengetahui.Do'a ialah pengabdian daripada seorang hamba kepada Tuhannya.