FREE ADVERTISING!

Free advertising

MARILAH MENUJU KEJAYAAN

Selasa, 19 April 2011

Ziarah ke rumah sahabat:Zizah






Gambar ihsan dari Lensataibah

Salam Penuh ukhuwwah dan keikhlasan buat yang menatap blog ini.Alhamdulillah hari ini masih dipanjangkan lagi nafas untuk terus meneruskan kehidupan mencari redha-Mu.......

Pada 10 April yang lepas group 'Diskusi Hawa' telah meneruskan aktiviti ziarah ke rumah sahabat kami iaitu Azizah atau nama panggilannya Zizah.Zizah mempunyai 3 orang cahaya mata dan dianugerahkan seorang anak yang istimewa iaitu Azam (nama manjanya) yang merupakan anak sulungnya.

Zizah merupakan seorang guru agama di SK Kinarut dan baru sahaja balik dari HKL kerana Azam menajalani pembedahan usus di sana.Lebih kurang tiga bulan Zizah berada di sana untuk menjaganya manakala dua orang anaknya lagi dijaga oleh keluarganya di sini.

Saya tidak dapat membayangkan keletihan,kesabaran dan pengorbanan seorang ibu muda menjaga anaknya yang kurang sihat dan istimewa ini.Sedangkan anak-anak kita yang mengalami demam biasa pun cabaran untuk menjaganya sangat tinggi.

Kedatangan kami mengundang keceriaan pada Zizah sehingga dihidangkan dengan bubur yang sangat istimewa.Malah dihidangkan dengan masakan kampung yang lain.....Mungkin 'pinggan mangkuk klasik dan unik itu' menjadi penambat selera kami pada petang itu.Kalau boleh tak mahu nak menyusahkan 'tuan rumah' tapi itulah adat kita orang Melayu untuk menghormati tetamu sebaik-baiknya.Terima kasih ya Zizah.......

Marilah kita sama-sama berdo'a agar sahabat kami ini bersabar dan diberi kekuatan dan kesihatan yang baik untuk menjadi seorang ibu yang tabah........

Sabtu, 9 April 2011

TELUR TIRUAN DARI CHINA...BERGAMBAR

Assalammu'alaikum wbt
Heboh dengan telur tiruan dari China ni...kreatifnya mereka tetapi dalam masa yang sama memudaratkan kita jika memakannya.Beginilah yang terjadi jika sifat materialistik mengatasi segalanya........Moga kita lebih berhati-hati dan tidak tertipu semasa membeli telur ayam.Susah nak membezakannya kecuali ada ilmu dan mengetahui ciri-cirinya.


PEGAWAI penguatkuasa KPDNKK Pulau Pinang memeriksa telur ayam di Pasar Pulau Tikus hari ini berikutan pendedahan Persatuan Pengguna Pulau Pinang (CAP) berhubung penjualan telur ayam tiruan di pasar itu semalam. Sebanyak 270 butir telur ayam dari tiga gerai di pasar berkenan disita dalam pemeriksaan itu. - Foto BERNAMA
+++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++
Salam semua, kecoh juga kebelakangan ini khabarnya telur ayam tiruan pun sudah ada di pasaran yang khabarnya buatan dari China. Orang China ni sebenarnya memang kreatif, apapun mampu di tirunya. Tapi bila kena dengan barangan makanan ni, dah tentu merbahaya kerana pembuatannya menggunakan bahan-bahan kimia tertentu yang memungkinkan di hinggapi penyakit merbahaya di kemudian hari.



Kelihatan isi telurnya bila di pecahkan saling tak tumpah yang asli.Cuma puteh telur agak cair dan lebih berkilat dari yang asli.



Telur yang di rebus mudah pecah dan kurang anjal tidak seperti telur asli yang agak anjal isinya.



Antara bahan kimia yang di gunakan untuk menghasilkan telur tiruan ialah karbonat,resin,alum dan pelbagai lagi.



Telur kuning yang menggunakan kalsium klorida di buat menggunakan acuan khas.



Dituang dan di biarkan kering sedikit sebelum melalui proses seterusnya.


Direndam dalam cecair parafin wax untuk membentuk selaput luar telur kuning.



Proses membuat kulit telur tiruan juga menggunakan bahan kimia tertentu.



Walau bagaimana pun telur tiruan agak mudah pecah berbanding yang telur asli.



Ermmm..nampak saling tak ubah seperti telur goreng asli.




Cara mengenal telur tiruan:

  1. Telur tiruan kelihatan agak cerah dan licin berbanding telur ayam yang asli.
  2. Selepas telur dipecahkan, putih telur dan kuning telur akan segera bercampur.
  3. Cangkerang telur tiruan agak berkilat berbanding telur sebenar, tetapi tidak begitu ketara.
  4. Apabila disentuh dengan tangan, ia terasa agak kasar berbanding telur sebenar.
  5. Apabila telur tiruan digoncang ia akan berbunyi kerana air berlebihan daripada bahan pepejal.
  6. Telur sebenar agak berbau seperti daging mentah.
  7. Ketuk-ketuk sedikit telur itu. Telur sebenar berbunyi lebih rapuh berbanding telur tiruan.
  8. Selepas memecahkan telur tiruan, kuning telur dan putih telur akan cair bersama. Ini disebabkan kuning telur dan putih telur dihasilkan daripada bahan mentah yang sama.
  9. Ketika menggoreng telur tiruan, kuning telur akan mengembang tanpa disentuh.
NOTA KAKI:Jadi langkah pencegahan segera perlu di lakukan sebelum ianya sudah merebak di pasaran dan kita sendiri sudah tidak mampu mengenalpasti yang mana satu betul yang mana satu tiruan.Khabarnya orang di China sana sendiri sudah tidak mampu lagi untuk mengenalpasti langsung telur palsu di pasaran dan sudah bertahun makan telur yang palsu ini. Fikir-fikirkanlah...Wassalam.

Sumber:http://layarminda2.blogspot.com

Rabu, 6 April 2011

PADAMU KUBERSUJUD.....

PADAMU KUBERSUJUD~AFGAN

Ku menatap dalam kelam
tiada yang bisa ku lihat
selain hanya nama-Mu Ya Allah
*courtesy of LirikLaguIndonesia.net
* esok ataukah nanti
ampuni semua salahku
lindungi aku dari segala fitnah


Kau tempatku meminta
kau beriku bahagia
jadikan aku selamanya
hamba-Mu yang slalu bertakwa

Ampuniku Ya Allah
yang sering melupakan-Mu
saat Kau limpahkan karunia-Mu
dalam sunyi aku bersujud



pada-MU .....

P/S:Buat sahabat yang difitnah,dikiritik dengan teruk,dihina dan sebagainya...Ingatlah Allah hatimu kan tenang....

Jumaat, 1 April 2011

IMPIANKU....SIRI 5....SPA IMPIAN


Salam impian buat sahabat dan pembaca setia blog ini...
Impian saya kali ini adalah berkisar tentang wanita dan muslimah.Anda pernah pergi ke spa?Atau tengok-tengok dari luar sahaja?Setakat ini,saya pernah pergi dan mendapatkan perkhidmatan di kedai tersebut.Tak dinafikan harganya agak mahal tetapi sekiranya ada rezeki lebih bolehlah cuba,tak rugi memang best!

Cumanya,kelemahan pada spa yang ada sekarang ialah pada kurangya nilai Islam yang diterap.Contohnya,lagu-lagu yang dimainkan (pada sesi urutan atau rawatan) ialah lagu-lagu yang tidak memenuhi jiwa saya sebagai seorang Muslimah.Apa salahnya dikumandangkan lagu nasyid dan zikir-zikir yang lebih membantu untuk mencapai ketenangan.Bukankah dengan mengingati Allah kita kan tenang?
Pekerja-pekerja di spa pulak ada sebahagiannya yang berpakaian tidak menutup aurat.
.
Impian saya ialah mempunyai spa muslimah tetapi terbuka juga untuk wanita bukan Islam.Malah,saya mengimpikan juga 'ONE STOP CENTRE' di mana wanita muslimah boleh mendapatkan pakaian,tudung,aksesori wanita (macam BUTIK lah kiranya),khidmat salon untuk muslimah dan pelbagai kelengkapan untuk haji dan umrah.Di samping itu muslimah boleh mendapatkan khidmat lain seperti kaunseling,tips imej dan kesihatan wanita.

Wah..besarnya impian.Wallahu'alam tercapai atau tidak saya berserah kepada Allah di samping cuba untuk berjaya dulu dalam bisnes online ni...
MASTERARSYAD dan sahabat-sahabat do'akan ya.....

Anda mempunyai impian?Klik MASTERARSYAD:CONTEST AKU ADA IMPIAN

Jumaat, 25 Mac 2011

Mataku Merah....


Sumber gambar:Google

Assalammu'alaikum wbt
Salam ceria dan salam persahabatan buat semua......
Di ketika ini,banyak pulak perkara berkaitan kesihatan terjadi buat keluargaku termasuklah diri ini.Semalam,akibat tak tahan mata yang bengkak dan merah akhirnya melangkah juga ke klinik.Bukannya apa,lebih suka ubatan semulajadi seperti herba untuk imuniti diri.

Selepas diagnosis,sahlah mata kananku terkena konjunktivitis.Oleh kerana ia mudah berjangkit,jadi diriku yang serba lemah ini tidak disuruh untuk keluar rumah sangat,kena pakai cermin mata hitam kalau boleh sebab mata sekarang menjadi sangat sensitif terhadap cahaya,habuk dan angin.Kalau ada air mata keluar kena lap dengan tisu dan buang terus ke dalam tong sampah.

Bukan sahaja risau tentang diriku ini tetapi anak-anak yang selalu berada di sampingku.Jadi apakah konjunktivitis,marilah kita dapat info yang betul mengenainya...

“ DOKTOR MATA ANAK SAYA MERAH”

“Doc mata anak saya merah la, bertahi mata bila bangun pagi dan melekat. Susah nak buka mata, berair mata” itulah adalah aduan ibubapa bila berjumpa doktor.

Apa dia sakit mata merah(konjunktivitis)

Sakit mata merah ( Konjunctivitis) ini adalah radang pada selaput luar biji mata ( eyeball) dan juga selaput kelopak mata anda. Penyebab utama adalah disebabkan jangkitan virus dan kuman ( bakteria). Sakit mata ini memang mudah berjangkit dan ia boleh berlaku pada semua peringkat umur, kanak-kanak lebih mudah dijangkiti.

Bagaimana kita hendak mengetahui bahawa anak anda telah dijangkiti sakit mata (konjunctivitis)?

Sakit mata yang berjangkit biasanya:

  • bermula dari sebelah mata menjadi merah yang kemudiannya ia mungkin berjangkit ke dua belah mata
  • mata terasa gatal
  • menyebabkan pedih dan sakit seperti berpasir dan discaj mata
  • mungkin menyebabkan kemerahan pada kelopak mata, irritasi, kering dan berkeruping disekeliling mata.

Sekiranya terdapat discaj putih kekuningan yang banyak sehingga menyebabkan sukar untuk anak anda membuka mata akibat melekat disebabkan discaj itu kemungkinan besar ia adalah disebabkan oleh jangkitan kuman ( bakteria).

Jika disebabkan oleh jangkitan virus, kebiasaannya mata anak anda akan berair dan juga kemungkinan ada tanda-tanda demam selesema(colds) sekali pada masa jangkitan itu.

Penyebab sakit mata merah

Mata merah bukan sebab jangkitan sakit mata sahaja . Ia mungkin,

Bayi yang baru lahir mungkin dijangkiti sakit mata (neonatal conjunctivitis) semasa melalui saluran peranakan, dan kemungkinan ia disebakan oleh kuman gonorhoea atau klamidia (Chlamydia) . Selalunya bayi ini mengalami jangkitan sakit mata dengan discaj bernanah dari mata ,kebiasaan dalam masa seminggu selepas lahir. Sekiranya bayi anda ada tanda tanda sedemikian harap berjumpa dengan doktor dengan kadar segera.

Alahan mata ( allergik konjuktivitis) atau irritasi mata juga menyebabkan mata merah ia mungkin disebabkan oleh

  • debunga ( hay fever)
  • bulu haiwan
  • habuk
  • pengawet dalam ubat mata atau
  • pencuci kontak lensa bahan kimia seperti peluntur cat

Kebiasaannya mata merah disebabkan oleh allergic ini mengakibatkan mata merah pada keduabelah mata anda dengan serentak, menyebabkan mata menjadi mata merah berair, gatal disekitar mata dan hidung, bersin dan hidung berhingus.

Cara mengatasi mata merah(konjunktivitis)

Jangkitan sakit mata ini kebiasaannya akan pulih sendiri dan tak merbahaya. Tanda selalunya beransur pulih dalam 2 hingga 5 hari , tetapi walau bagaimanapun jangkitan Viral konjunktivitis mungkin berlarutan sehingga 2 ke 3 minggu.

Walaupun begitu diharap agar berjumpalah dengar doktor untuk kepastian kerana,

Ada sejenis sakit mata (infectious keratitis) yang apabila dijangkiti mata anak anda, dia akan merasa seperti ada sesuatu pada bola mata dan ia amat menyakitkan sekali dan membuatkan anak anda sukar untuk membuka mata kerana terlalu sakit. Sekiranya ini dibiarkan iakan menyebakan kecacatan kekal pada penglihatan mungkiin berlaku. Sekiranya tanda ini berlaku hendak lah berjumpa doktor dengan kadar segera.

Jangkitan sakit mata (infective conjunctivitis) adalah sangat sangat mudah berjangkit oleh itu langkah pencegahan adalah penting untuk mengelakkan dari merebak.

Bagaimana?

  1. Amalan kebersihan adalah penting
  2. Basuh tangan sebelum dan selepas menyentuh mata anak kita.
  3. Gunakan barang peribadi yang berasingan untuk anak yang dijangkiti itu sehingga jangkitan itu sembuh

Apakah rawatan untuk jangkitan sakit mata?

Kebiasaannya sakit mata anda akan baik dengan sendirinya dalam 2 ke 5 hari. Tetapi sekiranya ianya berlarutan melebihi 7 hari atau jangkitan mata bertambah teruk atau anak anda terlalu muda berjumplah dengan doktor untuk rawatan.

Sekiranya doktor mengesyaki jangkitan Viral Konjunktivitis kebiasaannya ia tak memerlukan rawatan khusus. Sekiranya disebabkan kuman kemungkinan doktor memberikan ubat titis antibacterial atau ointment atau kemungkinan ubat makan sekali.

Sumber:www.cybermedik.com


Selasa, 22 Mac 2011

IMEJ ISTERI....


Alhamdulillah hari ini diberi sedikit kekuatan untuk menulis setelah tak sihat minggu lepas.Ingatlah masa sihat sebelum masa sakit.....Sakit datang seperti ribut tapi keluar seperti semut....Begitulah yang dialami oleh kami satu keluarga.

Kali ini sekadar nak berkongsi dua kisah benar mengenai imej diri seorang isteri yang bergelar muslimah.

KISAH 1:
Seorang sahabat mengadu mengenai imej dirinya yang selalu ditegur oleh ibu mertuanya.Berbaju T-Shirt dan berkain batik di rumah manakala di luar menggunakan baju yang mungkin 10 tahun dahulu.Fesyen yang mungkin 'out to date' walaupun saya sendiri mengakui tidak ada salah pada pakaiannya (lengkap menutup aurat,bertudung labuh,baju yang longgar).Suaminya pun pernah menegur pada pakaiannya seperti 'student' dan terlalu 'simple mungkin'......Ibunya sendiri setiap kali Hari Raya tidak pernah lupa untuk memberinya baju manakala suaminya?.....Hmmm..Itulah yang menjadi persoalan saya.Dia seorang surirumah,sudah tentulah makan pakai ditanggung sepenuhnya oleh si suami.Kenapa tak dihadiahkan pada isteri pakaian yang disukai?Atau kalau tak berapa pandai memilih,apa salahnya berilah isteri sedikit duit untuk dia membelikan barang keperluannya dan pakaian yang disukainya.Nampak sangat sahabat saya ini merasa rendah diri dan kurang keyakinan di hadapan orang ramai.Saya bersimpati sebenarnya......dan saya rasa ramai lagi para isteri mengalami perkara yang sama.

KISAH 2
Kisah yang kedua ini lain pulak,mungkin agak terbalik dari kisah di atas.Si suami mengadu bosan dengan pakaian yang dipakai oleh isterinya (isteri menutup aurat sempurna ya).Walaupun si suami telah menghadiahkan pakaian tetapi tidak dipakainya,malah baju yang lama juga dipakai.

Bagi pendapat saya sebenarnya selagi fesyen pakaian dan tudung itu menepati yang Islam gariskan,tidak ada salahnya untuk 'berubah' atau memakainya.Islam sukakan kesederhanaan dan menyukai keindahan.Kalau kita fikirkan sekiranya di dunia ini hanya satu warna sahaja seperti warna kelabu sahaja,agak-agak apakah perasaan kita ya?Ceria tak?Bayangkan tiada warna biru,merah,hijau,kuning dan sebagainya.....Mungkin kena cari planet lain kot untuk mendapatkan warna tu....!Sesekali berbelanja untuk pakaian yang kita pakai tidak ada salahnya,yang tak elok ialah yang melampau dan membazir......

Kisah di atas hanyalah secebis kisah kehidupan masyarakat....Semoga ada manfaatnya.....

Rabu, 9 Mac 2011

Statistik yang menakutkan saya.....!!

Salam Penuh Ukhuwwah.....

Sebagai muslimah,ibu dan 'anak Malaysia'.Statistik ini amat menggerunkan saya...

Sila baca dan marilah kita didik anak bangsa kita dan buatlah sesuatu demi ummat Islam....!

"Di Malaysia, anak luar nikah dalam maksud pendaftaran kelahiran terdiri daripada kanak-kanak yang dilahirkan oleh pasangan ibu bapa yang tidak berkahwin tetapi maklumat dimasukkan ke dalam daftar dan sijil kelahiran. Pendaftaran tersebut dibuat di bawah peruntukan pendaftaran kelahiran anak tidak sah taraf.

Ada sesuatu yang luar biasa pada sijil kelahiran anak tidak sah taraf. Nombor sijil yang lazimnya tertera di bahagian kanan dokumen, dicetak di bahagian bawah. Ini menunjukkan bahawa pemiliknya tidak mengetahui ayah kandungnya.

STATISTIK

Berdasarkan kepada laporan rasmi, Jabatan Pendaftaran Negara (JPN) melaporkan terdapat lebih 257,000 sijil kelahiran didaftarkan tanpa catatan nama bapa, sejak tahun 2000 hingga pada bulan Julai 2008.

Ini bermakna secara purata, 2,500 kes anak luar nikah direkodkan pada setiap bulan atau 83.3 kes pada setiap hari. Jika diunjurkan lagi, satu kes pendaftaran anak luar nikah berlaku dalam setiap 17 minit 17 saat!


Amat menyedihkan kerana menurut statistik pendaftaran kelahiran kelahiran anak luar nikah dalam tempoh 4 tahun sahaja (1999-2003) 30,978 dari 70,430 (44%) orang bayi tidak sah taraf yang dilahirkan adalah anak orang ISLAM.

Pecahan mengikut negeri:

Selangor = 12,836 orang
Perak = 9,788 orang
Kuala Lumpur = 9,439 orang
Johor = 8,920 orang
Sabah = 8,435 orang
Negeri Sembilan = 4,108 orang
Pahang = 3,677 orang
Kedah = 3,496 orang
Pulau Pinang = 3,412 orang
Melaka = 2,707 orang
Kelantan = 1730 orang
Perlis = 691 orang
Sarawak = 617 orang
Terengganu = 574 orang
JUMLAH = 70,430 orang."


Sumber:Berita Harian Online

"Dan janganlah kamu mendekati zina;sesungguhnya zina itu adalah sesuatu yang keji dan suatu jalan yang buruk."(Al-Isra':32)

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

HANYA PADA-MU KU MENGADU.....

Berdo'a buka untuk memberitahu Allah apa yang kita pinta,kerana tanpa diberitahu pun Allah sedia mengetahui.Do'a ialah pengabdian daripada seorang hamba kepada Tuhannya.