FREE ADVERTISING!

Free advertising

MARILAH MENUJU KEJAYAAN

Jumaat, 2 Julai 2010

MENGAJAR ANAK MENGGUNAKAN TANDAS


Mungkin panduan di bawah berguna untuk ibu-ibu di luar sana yang ingin mengajar anak menggunakan tandas bila sudah sampai masanya.....

Tak dinafikan ramai ibu sudah memilih lampin pakai buang atau pampers atau diaper untuk anak-anak.Tapi sampai bila ya?Sebenarnya anda boleh mengajar anak menggunakan tandas apabila umur anak mencecah 2 tahun.Macam mana caranya?

Ada banyak cara yang boleh digunakan,misalnya:
1.Ajar anak buang air besar dulu.Kalau tengok anak macam nak buang...cepat-cepat bawa ke tandas.Jadi,setiap kali anak dah terbiasa buang air besar ke tandas,TAK SUSAH UNTUK AJAR ANAK BUANG AIR KECIL PULAK....Cara ni 'mild' sikit...step by step....
2.Apabila nampak anak dah ok ke tandas setiap kali buang air besar,cuba ajar anak buang air kecil pulak (yang ni yang paling menguji...)
3.Ibu-ibu boleh skip cara di atas,kalau nak cepat.Cara yang ni memang cepat tapi amat menguji kesabaran ibu iaitu 'jangan bagi anak pakai diaper terus'....
4.Sebaiknya bila anak bangun dari tidur waktu pagi terus bawak anak ke tandas.Lepas tu,setiap setengah jam (lebih kurang),bawa anak ke tandas.Tanya dia "Nak kencing?Kencing di sini ya....Kencing kat seluar basah nanti...atau apa-apa ayat pujuk...."
5.Bagi reward yang simple kat anak kalau dia kencing kat tandas...misalnya tepuk tangan...dan cakap "pandai anak ummi...."
6.Dalam tempoh seminggu pertama,ibu-ibu kena banyakkan bersabar...sebab kekadang anak terkencing di mana-mana ja,mungkin terkencing di carpet,semasa kita sibuk di dapur,tengah solat dan apa sahaja situasi.Kalau boleh simpanlah carpet tu dulu dan siap sedia kain buruk atau mop lantai untuk lap tempat kencingnya tu...
7.Pakaikan anak diaper bila ia tidur.Buat masa ni,anak masih belum pandai mengawal pundi kencingnya...
8.InsyaAllah,dalam masa seminggu hingga sebulan boleh lah anak buang air di tandas.Kalau anak masih memerlukan diaper semasa tidur,pakaikan ja dulu....Ibu-ibu boleh tengok kalau diaper anak selalu kering bila bangun dari tidur itu tanda-tandanya mungkin anak tak perlu pakai diaper lagi!!!Ye...jimat duit ibu kan...

SELAMAT MENCUBA YA IBU-IBU!!!

1 ulasan:

  1. Terima kasih atas tips tu. Anak saya skrg umur dah 2 tahun lebih. Lagi 2 bulan masuk 3 tahun. Niat mmg nak ajar dia supaya tak pakai pampers. Insya Allah akan cuba.

    BalasPadam

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

HANYA PADA-MU KU MENGADU.....

Berdo'a buka untuk memberitahu Allah apa yang kita pinta,kerana tanpa diberitahu pun Allah sedia mengetahui.Do'a ialah pengabdian daripada seorang hamba kepada Tuhannya.