FREE ADVERTISING!

Free advertising

MARILAH MENUJU KEJAYAAN

Jumaat, 24 Disember 2010

BEDAH SIASAT @ POST MORTEM


Assalammu'alaikum wbt

Panas,hujan,mendung,berangin,ribut......dan bermacam lagi ungkapan yang boleh kita katakan tentang cuaca kita sekarang.Sudah tentulah kita selalu mendengar ungkapan ini.di segmen RAMALAN CUACA sama ada di televisyen atau radio.Malah,dalam bentuk sms pun ada.....Cuaca boleh diramal,tapi hati manusia sukar diramal.Siapa yang boleh membaca hati orang lain?

"Wahai orang yang beriman,jauhilah kebanyakan daripada prasangka.Sesungguhnya kebanyakan prasangka adalah dosa."(Surah al-Hujurat 49:12).Ayat ini mengisyaratkan bahawa tidak semua prasangka adalah dosa.Sebahagiannya diperbolehkan sebab ia boleh melahirkan sikap waspada dan berhati-hati.Namun begitu,kebanyakan prasangka sering beriringan dengan sifat-sifat tercela.

Bagi saya,setiap program kecil atau besar memng perlu dibuat post mortem.Antara tujuan post mortem dilakukan ialah:
1.Menilai sejauh mana kejayaan program itu.Jika gagal kenapa ia gagal?
2.Tindakan yang perlu dibuat atau cadangan supaya kelemahan boleh diperbaiki untuk program akan datang.
3.Dari sudut kewangan atau bajet program.Lebihan atau kurangan?Jika kurang,kenapa ia berlaku?
4.Adakah ia berjalan mengikut modul atau tidak?Jika tidak,mengapa ia berlaku?
5.Objektif program,adakah ia tercapai atau tidak?
Dan banyak lagi,yang boleh di bedah siasat.

Bagi saya,emosi perlu dikawal semasa post mortem untuk mengelakkan pergaduhan berlaku sesama AJK.Bagi saya,saya lebih suka "ada komen dan cadangan' sekali berbanding melibatkan emosi komen dan komen tapi tiada titik noktah,tiada penyelesaian..........Tak profesional tu.....Dan saya lebih suka,melihat hikmah di sebalik sesuatu yang berlaku berbanding menyesali apa yang berlaku....

Kita perlu ingat,apa yang dirancangkan tidak semestinya dibuat kalau tidak kena dengan gayanya.Kita merancang,Allah pun merancang,tapi perancang yang sempurna dan Maha Terbaik hanyalah dari Allah....Allah tak izinkan ia berlaku kerana Ia Mengetahui perkara itu tidak baik untuk kita.

Kalau boleh sangkaan buruk sesama AJK perlulah dielakkan.....Mungkin AJK itu tidak matang (contoh),mungkin anaknya sakit (contoh),mungkin dia lambat sebab jalan "jam" (contoh) dan sebagainya......Didiklah hati untuk sentiasa bersangka baik.

Sukar memang sukar tapi itulah hakikat sebenar tentang hati.Imam al-Syafii berkata,"Sesiapa yang ingin agar menutup hidupnya dengan kebaikan,maka jagalah selalu bersangka baik manusia."

Memang sukar kita nak puaskan hati semua orang kerana kita memang tidak sempurna dan sudah tentu mempunyai kelemahan.Sebab itulah AJK dibentuk supaya,kita dapat saling bertolong bantu dan merapatkan ukhuwwah bukan sebaliknya.ITULAH ANTARA OBJEKTIF UTAMA SMART AL-QURAN SEBENARNYA!

Dengan program ini saya melihat banyaknya permata yang boleh digilap untuk ISLAM!!!!Muslimah-muslimah di luar sana terutamanya lepasan IPT,memang patut diketengahkan kepada masyarakat terutamanya anak-anak tempatan Sabah.Sekian lama saya ingin melihat muka-muka baru dalam usrah kita,akhirnya dipertemukan jua...Alhamdulillah,syukur tidak terhingga.Ada yang mahir IT,mahir kewangan,mahir dalam bidang "Design" dan banyak lagi.....Mudah-mudahan dengan adanya mereka ini,PASTI akan lebih cemerlang dan saf lebih tersusun.......Lupakan cemuhan orang supaya PASTI gemilang...!

3 ulasan:

  1. ASSALAMUA'LAIKUM

    teringat satu ceramah, "jangan jadikan mata kita seperti mata lalat..." mata si lalat hanya memndang yang buruk & busuk shj. banyak bunga yang wangi, namun yang busuk juga pilihannya.

    namun, sebagai hamba Allah, sebagai sahabat kita terima setiap kritikan dgn lapang dada. berlapang dada dgn kerenah manusia. ada baiknya kita dikritik, di keji kerana itu melunakkan hati kita untk mengadu kepada Allah.

    kalau asyik dipuji risau hati kita ada rasa bangga.lantas jauh utk mengadu & merintih pada Allah.

    a'la kulli hal.....letakkan diri kita dlm kelembutan. lembut ketka mengkritik, lembut ketika menerima kritikan. kekasaran, ketajaman kata hanya melukakan hati org yang mendengarnya.

    tak gitu akak? =)

    BalasPadam
  2. Ulasan ini telah dialihkan keluar oleh pengarang.

    BalasPadam
  3. Terima kasih mie
    Adakala akak lebih senang bekerja dengan orang yang tiada fikrah tapi ikhlas nak bantu dalam program berbanding dengan orang yang sefikrah tapi macam tin kosong.....bising ja lebih.Cakap banyak tapi tak buat kerja.....
    Wallahu'alam

    BalasPadam

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

HANYA PADA-MU KU MENGADU.....

Berdo'a buka untuk memberitahu Allah apa yang kita pinta,kerana tanpa diberitahu pun Allah sedia mengetahui.Do'a ialah pengabdian daripada seorang hamba kepada Tuhannya.