FREE ADVERTISING!

Free advertising

MARILAH MENUJU KEJAYAAN

Khamis, 25 Mac 2010

JOM BERAMAI-RAMAI KE KARNIVAL PASTI

Tempat: Dewan,Masjid dan Padang Taman Putera Jaya 27-28 Mac 2010

27/3/2010 (Sabtu)
5.30 petang - Tahlil Perdana
6.30 malam - Ceramah Agama
7.30 malam - Solat Hajat Perdana
8.30 malam - Malalm Kesenian Islam

28/3/2010 (Ahad)
5.00 pagi - Kuliah Subuh
7.00 pagi - Sukaneka Pasti dan Ibu bapa
9.00 pagi - Khidmat Perubatan Islam dan Kesihatan Percuma/Derma Darah
12.00 tengahari - Ekspo Produk Halal dan Pameran
1.00 petang - Majlis Penyampaian Hadiah

Sekiranya anda semua berkelapangan datanglah ye.....

Sabtu, 20 Mac 2010

MUSLIMAH DAN TELEKUNG SOLAT

Cuti sekolah baru-baru ini telah membawa kami sekeluarga satu daerah di Sabah.Kebetulan juga suami mempunyai tugas di sana,jadi 'sambil menyelam sambil minum air',jangan tenggelam sudah.Perjalanan yang mengambil masa 6-7 jam membuatkan kami singgah ke beberapa tempat dan masjid untuk solat jama'.

Anak-anak pun turrut sama menunaikan solat tersebut.Peluang ini boleh lah diterangkan kepada anak mengapa kita boleh menghimpunkan dan memendekkan solat.Inilah bentuk amali sebenar....selain diajar di sekolah.Dalam apa keadaan sekalipun solat janganlah ditinggalkan.Tapi masih ramai yang alpa dengan kewajipan ini.

Satu perkara yang sama semasa singgah di masjid-masjid (malah mana-mana masjid di bandar pun) ialah adanya ruangan untuk wanita bersolat dan kemudahan telekung solat.Saya sendiri lebih gemar membawa telekung sendiri atas faktor keselesaan dan kebersihan.Rata-rata telekung yang disediakan agak tidak enak baunya dan nampak tidak bersih.

Sekiranya kita wanita kalau nak pergi ke pejabat,kenduri-kendara malah nak keluar rumah keluar rumah sekalipun boleh dalam keadaan berhias dan bercantik-cantik,malah berwangi-wangian....kenapa semasa nak berhadapan Allah SWT boleh dalam keadaan selamba,selekeh,berbau dan sebagainya?Tidak malukah kita bahawa kita sedang berhadapan pada Pencipta kita?Cuba bayangkan kita dijemput untuk berjumpa menteri-menteri untuk majlis tertentu.Adakah pakaian kita dengan berseluar jeans dan t-shirt?Tentu tidak bukan,malah kita menggunakan pakaian terbaik yang kita ada.

Cadangan saya untuk pihak masjid agar bahagian muslimatnya melihat juga kebersihan telekung.Mungkin perlu dibasuh 2 kali seminggu kerana ia dipakai oleh ramai orang.Sama ada perkhidmatan pembasuhan ini dilakukan secara sukarela atau berbayar terpulanglah...Yang penting ia bersih dan mengundang keselesaan kepada si pemakai.

Para pengguna telekung pun kalau selepas pakai tu simpan dan kemaslah elok-elok.Bukankah kebersihan itu sebahagian dari iman.Saya rasa kalau semua muslimah mengamalkan sikap prihatin ini,maka institusi masjid pun sentiasa dikunjungi dan disenangi oleh ramai pihak,malah non-muslim pun tidaklah memberi anggapan negatif.

Semoga pembaca blog yang saya ini,boleh memberikan respons dan cadangan kapada tajuk ini.Terima Kasih.

Ahad, 14 Mac 2010

SURI DI RUMAH


"Awak senang,kat rumah....kami kerja,memang banyak sangat kerja"
"Awak surirumah...bolehlah anak ramai,kat rumah je kan.Boleh tengok anak-anak,"....luahan ibu-ibu yang berkerjaya.
"Awak ada ijazah kan rugi tak berkerja,kalau ikutkan gaji berijazah macam kamu ni boleh tahan...."kata wanita yang komited dengan karier.

Begitulah luahan dan pendapat wanita-wanita di luar sana sepanjang tempoh perkahwinan kami.Ada yang memandang rendah dengan kerjaya menjadi suri' di 'rumah' apa lagi dinilai dengan wang ringgit.Memang tidak semua perkara di atas benar dan tidak juga betul kerana wanita yang menjadi surirumah berkorban untuk negara!

Untuk negara!Betul ke?Ya kerana dia telah berkorban seluruh jiwa dan raganya menjaga anak-anak,suami dan seluruh keluarganya di rumah.Menjaga dalam erti kata mendidik anak-anak agar menjadi insan yang soleh.Saya juga tidak terkejut sekiranya ada wanita yang berkerjaya pun berjaya mendidik anak-anak mereka.Sememangnya tiada jaminan kalau wanita sepenuh masa di rumah boleh mendidik anak-anak dengan sempurnanya tetapi ia juga merupakan suatu pilihan kerjaya untuk wanita.

Wanita-wanita surirumah boleh menambahkan pendapatan dengan pelbagai cara menurut kreativiti masing-masing.Banyak kalau disenaraikan.......contohnya jual kuih-muih,bisnes online,bisnes MLM dan lain-lain.

Rutin surirumah pun bermula awal pagi hinggalah malam.Mari kita lihat secara umumnya rutin ibu bermula:

Pagi :-Solat Subuh
-Menyediakan sarapan pagi
-Membasuh dan menjemur kain
-Menguruskan anak-anak sekolah
-Menguruskan anak-anak kecil/bayi (mengambil banyak masa ibu terutamanya yang menyusu badan)
-Memasak dan menguruskan dapur
-Mengambil anak-anak pulang dari sekolah

Tengahari/petang:-Solat Zohor
-Makan tengahari
-Menghantar anak-anak sekolah agama
-Menidurkan bayi/anak-anak kecil
-Melipat kain dan mengangkat jemuran kain
-Solat 'Asar
-Mengambil anak-anak dari sekolah agama
-Menguruskan anak-anak -mandi

Malam: -Solat Maghrib
-Ajar anak mengaji atau menghantar ke rumah Tok Ngaji
-Makan malam
-Solat Isya'
-Memantau pembelajaran anak-anak
-Menguruskan anak-anak tidur:berus gigi dsb

Rasanya itulah yang dilakukan oleh para surirumah,relax ke?Itu tak termasuk karenah anak-anak lagi ye.Saya sendiri tersenyum melihat senarai di atas.Boleh tambah-tambah lagi tu....

Dapatlah saya simpulkan di sini bahawa,InsyaAllah sekiranya kita melakukan apa-apa kerjaya dengan ikhlas.Di sana nanti ada ganjarannya.Bekerja atau tidak semuanya bergantung kepada niat di hati kita.Islam tidak menghalang wanita itu bekerja teapi perlu ada keseimbangan di antara keluarga dan kerjaya.Kita beruntung kerana menjadi wanita muslimah.Ingatlah!Kitalah pembangun ummat!Ayuh kita laksanakan tugas mulia ini sebaik mungkin.......

Khamis, 4 Mac 2010

DAFTAR HAJI

Sikit-sikit lama-lama jadi bukit...Simpan ye,duit syiling tu kawan-kawan...


Baru-baru ini,saya dan suami membuka akaun Tabung Haji yang baru untuk anak kami yang ke empat.Tabung ketiga-tiga anak kami pun bawaklah sekali untuk disimpan ke akaun masing-masing.Lama tak pergi ke Pejabat Tabung Haji di KK ni,sesekali pergi best jugak.Bila mendengar duit-duit syiling jatuh ke dalam mesin pengira rasa bersemangat pulak nak menyimpan lagi.

Cerita pasal duit syiling ni,semasa belajar dulu saya mempunyai seorang saudara yang rumahnya selalu menjadi tempat persinggahan sebelum masuk ke kampus.Al-maklumlah,kekadang tiket kapal terbang ni tak menentu harinya.Kekadang penuh,mahal dan sebagainya.Dia bertugas sebagai doktor di kliniknya sendiri di Serdang.Dia mempunyai banyak tabung dan suka menyimpan duit-duit syiling sehinggakan dia benar-benar terlupa hendak menyimpan dan mengiranya.

Jadi,pada suatu hari,hatinya terbuka untuk mengira kesemua duit syiling tersebut.Cuba anda teka berapa jumlahnya??....RM100,RM200...BUKAN RM 20000 lebih!!!Dalam hatinya berkata,betul ke ni....dan bertanya apa yang dia perlu buat untuk duit sebanyak itu? Terus hatinya terdetik untuk menunaikan Haji.Pergilah dia menunaikan Haji dengan duit tersebut.
Sejak peristiwa itu,saya pun gemar menabung duit-duit syiling.Tabung pulak saya suka yang boleh nampak (transparence) duit.Jadi boleh nampak ia meninggi...Anak-anak pun boleh diajar menabung ni.Mesti dia orang pun suka.Betul kata orang tua kita..."Sikit-sikit Lama-lama Jadi Bukit...!".

Jadi mulai sekarang,hargailah duit syiling anda ye.Walaupun dijangkakan menunaikan Haji pada tahun 2030 (setelah mendaftar dengan Tabung Haji),mudah-mudahan dapatlah kiranya pergi lebih awal daripada itu.Bukannya apa,sementara kesihatan masih OK (Alhamdulillah) dan bertenaga.Semua perkara ini kami serahkan pada Allah,dan yang paling penting kita berusaha untuk ke sana......Mudah-mudahan Allah permudahkan.

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

HANYA PADA-MU KU MENGADU.....

Berdo'a buka untuk memberitahu Allah apa yang kita pinta,kerana tanpa diberitahu pun Allah sedia mengetahui.Do'a ialah pengabdian daripada seorang hamba kepada Tuhannya.