FREE ADVERTISING!

Free advertising

MARILAH MENUJU KEJAYAAN

Isnin, 25 Oktober 2010

Hadiah dari Ummi....


Siti Nur Sakiinah....
Itulah namanya.anak pertama perempuan (anak ketiga dari empat adik beradik)
Sudah 3 tahun kini.....
Semakin petah,semakin cerewet dengan abang-abangnya
Teman si 'iffah (adiknya) bermain dan bergaduh....he...he
Tiada hadiah istimewa yang ummi beri kecuali telekung ini....
Buat berlatih untuk membiasakanmu dengan perintah Allah...solat
Amat senang dibuat namun amat berat dibuat kecuali manusia yang telah dibiasakan dengannya
Sedih mengenang anak-anak sekarang mengabaikan yang satu ini
Lalu mudah terjerumus ke kancah maksiat
Do'a ummi agar sakiinah (Arif,Hakim,'Iffah) menjadi anak penyejuk mata hati ummi dan abah....
Mematuhi segala suruhanNya dan menjauhi laranganNya....

P/S;Monolog.....dari hati seorang ummi

Isnin, 18 Oktober 2010

RESAH DI HATI SIAPA YANG TAHU....


Mulai minggu ini,bertindan-tindan perkara yang akan dan bakal dibuat.Kedatangan tetamu (cucu sendiri)..eh...muda-muda dah bercucu.....Ya,anak buah saya beserta isteri dan seorang anaknya (cucu) buat pertama
kalinya akan datang ke Sabah untuk menghadiri Karnival Kesenian Islam minggu ini.Kedatangan mereka amat saya tunggu-tunggu sekali.Susah nak berjumpalah katakan,jauh nun dari Kuching,Sarawak.

Apa yang membuatkan hati saya timbul rasa resah ni ialah tanggungjawab yang bakal dipikul untuk suatu proram yang bakal diadakan semasa cuti sekolah bulan Disember ini.Apatah lagi,ada sahabat-sahabat selaku AJK akan balik bercuti.

Macam-macam juga timbul difikiran,siapakah yang akan membantu nanti?
Bagaimana dengan program itu nanti?Berjalan lancarkah?
Mentor cukup tak?Ada tak peserta?

Sesekali diuji begini,menambahkan rasa betapa kerdilnya diri ini...tanpa bantuan sahabat-sahabat siapalah saya sebenarnya......

Semoga dipermudahkan Allah....."InsyaAllah You'll Find The Way"...Maher Zain....

Rabu, 13 Oktober 2010

JANGAN MARAH LAMA-LAMA


Jangan marah-marah ya Hakim.....

Salam ceria dan selamat berpuasa sunat hari Khamis bagi yang berpuasa.
Apakah perasaan anda hari ini?Ceria,gembira,biasa-biasa,geram atau marah?
Ada satu petua nak hilangkan marah ni.Kalau kita marah kat orang dan rasa sukar nak maafkan,ingat ni kalau tiba-tiba ajal menjemput orang yang dimarahi tu....agaknya bagaimana perasaan kita.Lagi-lagi kalau yang dimarahkan tu orang yang disayangi.Atau boleh juga ajal menjemput kita dulu,tak sempat nak minta maaf....

Terkedu....dan terkilan kan...sebabnya kita tak sempat nak minta maaf . Tak elok kalau lebih dari 3 hari marah-marah ni.Dari segi kesihatan pun memang tak elok.

So,hari ni kita fikirkan positif,ingat pada Allah banyak-banyak dan buat baik sementara kita masih lagi bernafas....Semoga kita ceria dan gembira selalu kerana kita dah memaafkan semua orang...;)

Isnin, 4 Oktober 2010

SUKA DENGAN 'ANA MUSLIM'


Majalah Ana Muslim

Assalammu'alaikum dan Salam ceria hari ini.Hari ini,suami bekerja luar daerah lagi.Malam esok baru balik.Apa yang nak dibuat ya untuk mengisi masa lapang anak-anak pada waktu malam?Biasanya untuk mengelakkan anak-anak rasa bosan menonton televisyen vcd kartun.Inilah perkara yang saya selalu buat....

Membacakan majalah ini untuk anak-anak.Anda kenal majalh ini?Dalam majalah ni banyak perkara yang boleh diceritakan dan dilakukan misalnya,kisah Nabi,Adab-adab,Puzzle dan banyak lagi.Gambar-gambar dan kartunnya juga menarik minat anak-anak.Saya sendiri pun suka membacanya dan selalu berharap agar guru-guru terutama sekali yang mengajar pelajar Tadika dan Sekolah Rendah selalu merujuknya.Ada satu aktiviti dalam majalah ini yang sangat saya sarankan pada guru-guru iaitu Origami.

Origami adalah satu seni lipatan kertas yang boleh membentuk apa sahaja misalnya kapal terbang,kotak,binatang-bintanag dan bermacam lagi.Mesti pelajar-pelajar sangat seronok kalau dapat membuatnya kan.

Sekiranya anda berminat lebih lanjut mengenai majalah ini bolehlah klik DI SINI.Ada juga produk lain yang dijual seperti busana kanak-kanak,beg sekolah,buku-buku dan peralatan sekolah.

Sekarang ni,ada VCD terbaru Nasyid Animasi Ana Muslim bersama Raihan.Nah,apa lagi......marilah kita membelinya untuk anak-anak.Murah ja,RM12.90 ja......
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

HANYA PADA-MU KU MENGADU.....

Berdo'a buka untuk memberitahu Allah apa yang kita pinta,kerana tanpa diberitahu pun Allah sedia mengetahui.Do'a ialah pengabdian daripada seorang hamba kepada Tuhannya.