FREE ADVERTISING!

Free advertising

MARILAH MENUJU KEJAYAAN

Khamis, 17 Februari 2011

KISAH HUJUNG MINGGU DAN DAKWAH

Pelancong-pelancong Taiwan yang peramah dan mempunyai semangat ingin tahu..


Siap 'posing' dengan anak saya 'Iffah.Very cute katanya...

Rasanya masih tidak terlambat untuk mengucapkan Salam Maulidur Rasul buat sahabat sekalian.Mengingati kekasih Allah ini bukan terhad pada hari kelahirannya tetapi sepatutnya setiap hari,setiap masa dan setiap detik selagi jantung kita masih berdenyut!Malu dan hinanya rasa diri bila muhasabah:
-Adakah diriku telah mengikuti segala sunnahnya?
-Adakah sebagai isteri telah diteladanikah peribadi isteri-isteri Rasulullah?
-Adakah sebagai ibu telah ditiupkan roh perjuangan baginda?
-Adakah sebagai anak telah diikuti kesabaran baginda terhadap orang tua?
dan banyak lagi persoalan yang tidak mampu terjawab oleh hati ini.....

Menemani suami pada minggu lepas untuk melihat tempat program minggu hadapan,membawa kami ke Masjid Bandaraya untuk singgah solat Zohor dan seterusnya melihat-lihat program yang diadakan oleh ABIM Sabah.Program tersebut ialah Karnival Keluarga Sakinah,kalau tak silap bermula pada hari Jumaat dan tamat pada hari Ahad.

Seusai suami dan anak-anak Solat Zohor,suami mengajak untuk makan tengahari di kereta.Saya pulak meminta izin untuk ke bilik air dulu.Tanpa saya jangka bila balik ke kereta saya terkejut melihat pelancong-pelancong Taiwan berkerumun dekat dengan tempat suami dan anak-anak makan.Lucu jugak sebab mungkin mereka tertarik sebab dengan selambanya suami menghampar tikar di sebelah kereta kami (kereta parking kebetulan di bawah kanopi,tu lah tak panas..kebetulan cuaca berangin......tu yang sedap tu!)untuk makan bersama-sama dengan anak.Tapi,oleh kerana malu saya dan suami makan di rumah ja.

Sempat juga saya berkenalan dengan pelancong-pelancong Taiwan yang peramah itu.Tapi kami bagaikan lembu dan itik.Bahasa English pun kami sama-sama kurang fasih.Nasib baik jugak saya mengetahui sedikit Bahasa Mandarin yang dipelajari semasa belajar di kampus dulu.Saya pun sempat memberi kad bisnes kepada salah seorang pelancong tersebut.Mereka pun tertarik dengan gambar dalam kad tersebut iaitu gambar muslimah bertudung labuh dan bertanya apa yang saya pakai.Saya hanya menjawab "A Veil"..nak terangkan lebih,mereka pun kurang faham.Saya berdo'a agar Allah memberikan hidayah kepada mereka..mana tahu dari hanya sekeping 'kad bisnes'....mereka tertarik untuk mendalami Islam....Itulah dakwah dari sekeping kad bisnes..!

Sabtu, 12 Februari 2011

IMPIANKU....SIRI 3:KISAH CINTA


Madah Sumayyah

Suamiku
Bunga semalam telah layu
Gugur dari jambangannya
Mujur...
cinta kita
bukan itu lambangya.

Mulutku telah kaku merayu
Hatiku malu untuk terus cemburu
Tidak seperti dulu...
Kerna kini kau seorang mujahid
yang rindu memburu syahid!

Maaf kiranya tutur dan tingkah
Senyum dan seri wajah
Pudar dan hambar di matamu
Padaku yang baru belajar
menjadi seorang mujahidah.
Aku kini hanya mendoakan
agar kau menjadi Yasir
Walau kiranya...
bukan aku sebagai Sumayyahmu!
Dalam tangis kucuba senyum
tika kau keluar bermusafir
Seperti redhanya Siti Hajar
waktu ditinggalkan Ibrahim.

Biarlah kita berpisah
selalu derita
Kerana Syurga menagih ujian berat
Sedang neraka itu...
dipagar ribuan nikmat!

~Pahrol Mohamed Juoi~

Impian setiap isteri ialah mendapat redha dari suami kerana itu syarat untuk mendapat redha Allah!Selagi suruhannya tidak bertentangan dengan Allah dan Rasul,selagi itu isteri kena taat dan patuh....

Mari klik MASTER ARSYAD:CONTEST AKU ADA IMPIAN

Rabu, 9 Februari 2011

GAMBAR-GAMBAR KEBANGKITAN RAKYAT DI MESIR 2011

Assalammu'alaikum wbt.Salam perjuangan buat rakyat Mesir.Marilah kita do'akan agar pemerintahan kuku besi kan berakhir...dan digantikan dengan pemerintahan yang berlandaskan Islam yang syumul......







Sumber gambar dari Google

Dengan hanya sekeping gambar dapat menggambarkan segala-galanya......

Jumaat, 4 Februari 2011

REHLAH@HUTAN LIPUR KAWANG 2011

Alhamdulillah mengambil kesempatan Cuti Tahun Baru Cina yang panjang baru-baru ini kami ke Hutan Lipur Kawang.Saya memang belum pernah lagi sampai ke sana; sedangkan jarak rumah dari tempat tersebut tidaklah jauh sangat.Memang cantik pemandangan di sana dan bercadang nak pergi lagi sekiranya ada kesempatan.Inilah masanya untuk merapatkan ukhuwwah sesama ahli secara santai.Tidak semestinya dengan pengisian dari kitab atau buku.Cara beginipun boleh mendekatkan kita kepada Allah bergantung kepada niat kita sendiri kan.


Anak-anak bermain air sampai lupa nak makan....
Anak saya sendiri kat kereta barulah rasa nak makan.Bila kat rumah terpaksalah bagi makan.Nasib baik ada lebih sedikit...


Sedap makan beramai-ramai ni



Ayam panggang yang memang sedap.Terima kasih 'zan'.Nanti buat lagi ye....

Macam-macam lauk yang ada.Ada tomyam,ayam goreng SFC (Sarizan Fried Chicken),nasi lemak dan lain-lain.Bila dah jumpa lauk yang banyak ni masa makan tu ingat-ingatlah saudara kita yang susah.


Penyedap rasa lauk-lauk yang ada,'Telur Dadar' istimewa dari Sheela.

Gambar:Ihsan dari Lensataibah

Group 'Diskusi Hawa' kami bersama keluarga masing-masing

Selasa, 1 Februari 2011

Tudung:Mengangkat kemuliaan wanita


Salam Ikhlas Penuh Ukhuwwah.Semoga hari ini lebih baik dari semalam.
Kalau kita tengok gambar di atas apakah yang kita dapat simpulkan ya?
Susah ke nak pakai tudung ni ya?Lagi-lagi yang labuh?
Rasanya saya tak perlu menjawab dengan 'detail' kerana kebanyakan wanita kini dah tahu dan lebih tahu tentang itu.
Cuma,persoalannya sekarang nak pakai atau tidak.
Orang Yahudi dan orang Kristian pun memandang tinggi wanita atau dipanggil biarawati @ sister yang bertudung ni.
Agama Islam kita yang suci ini sudah lama mengangkat martabat kita sebagai wanita Islam yang bermaruah dan berhemah tinggi dengan bertudung.
Tudung yang baik ialah tudung yang menutupi dada,tidak nipis atau jarang dan tidak memperlihatkan unsur-unsur kesombongan.
Pakaian pulak?Sama jugak dengan tudung dan yang penting menutupi tubuh badan dari unsur-unsur boleh menimbulkan perasaan tidak elok atau ghairah pada lelaki.Supaya apa?Supaya kita wanita tidak diganggu.

Banyak tudung di luar sana,tidak membantu diri anda untuk diganggu.Misalnya, tudung yang tidak melepasi dada.Marilah kita sama-sama labuhkan tudung anda,tak kiralah bentuk tudung apa pun yang anda pakai...tudung awning ka,tudung syria ka,tudung ekin ka kan?Yang penting saya ulang....labuhkan ia agar dapat menutup 'pintu gangguan' terhadap anda.

"TUDUNG ITU MARUAH ANDA"

Isnin, 31 Januari 2011

IMPIANKU....SIRI 2


Suasana di rumah sepupu

Assalammu'alaikum wbt,Salam Bahagia dan Salam Perjuangan Untuk Melaksanakan Impian anda...!

Kali ni impian saya ialah mengenai keluarga sendiri iaitu anak-anak.Sebelum nak cerita mengenai impian saya terhadap anak-anak,nak 'recall' sedikit tentang pengalaman dan kenangan yang lepas.Sebelum saya mendirikan rumahtangga saya telah menjadi guru sandaran selama 2 tahun dan menjadi guru di dua buah sekolah.Satu sekolah Menengah Agama dan satu lagi Sekolah Menengah Biasa (tak boleh cakap sekolah mana.....).Kebiasaan yang saya lakukan semasa memperkenalkan diri sebagai guru baru ialah bertanyakan pelajar tentang amalan solat mereka.
Lebih kurang beginilah pertanyaan saya,oleh sebab ia berlaku hampir 10 tahun lepas banyak perkara yang saya kurang ingat,minta maaf ya saya manusia biasa sahaja....lupa.

"Cikgu ingin nak tanya,harap kamu boleh jawab sejujurnya boleh tak?"

"Boleh cikgu,"jawab pelajar.
"Siapa yang di sini Solat Subuh pagi tadi?"

Kelihatan hanya seorang dua yang mengangkat tangan dan pelajar-pelajar dalam kelas secara puratanya (37-40 orang dan 80 % adalah Muslim (Sekolah Menengah Biasa)).Bayangkan hanya 1 % sahaja yang mengangkat tangan,mungkin tak sampai pun 1%.Begitu juga kelas-kelas yang lain,semuanya menghampakan dan menyedihkan saya sebagai Muslim/ah.Kebanyakan mereka/anak-anak muda ini dah akil baligh.Saya tertanya di manakah ibu bapanya yang tidak membangunkan mereka untuk solat??

Jadi impian saya untuk anak-anak sebenarnya ialah mereka istiqomah dalam solat.Solat adalah benteng maksiat,mungkin kebejatan akhlak masa kini ialah kerana tiada atau lemahnya benteng yang ditinggalkan ini.

Impian kali ini memang saya serius mengenainya.....Setiap kali solat inilah do'a saya, "Ya Allah Kau Jadikanlah Zuriatku istiqomah dalam solat dan menjadi penyejuk mata hatiku..."Amin

Jom nyatakan impian anda apa salahnya...
"AKU ADA IMPIAN:OLEH MASTER ARSYAD"

Sabtu, 29 Januari 2011

IMPIANKU.....


Assalammu'alaikum wbt
Semua manusia mempunyai impian.Mungkin ada yang dah jadi kenyataan dan mungkin masih menjadi lagi dalam senarai 'wishlist'.Saya juga tidak terkecuali dalam hal ini.

Impian saya ialah melihat anak-anak membesar di hadapan mata di samping mempunyai pendapatan sendiri.Maknanya di sini bekerja di rumah sambil ada duit sendiri dan tidak mahu terlalu bergantung kepada suami semata-mata.Alhamdulillah saya dah cuba buat bisnes kecil-kecilan,boleh jenguk kat blog bisnes saya tu.Klik GERAIRIZQI.

Apa pun saya mengharapkan ia memberikan keceriaan dan keberkatan dalam hidup saya dan keluarga.Seronok jugak bisnes ni,banyak rupanya ilmu yang dapat diperolehi dari ilmu membuat blog (saya bermula dari sifar) hinggalah ilmu bisnes online ini.Inilah entri pertama saya untuk contest AKU ADA IMPIAN dari blog MasterArsyad.

Hadiah yang ditawarkan tersangatlah menarik..!!!!Hadiah pertamanya ialah MACBOOK..Berbaloi kalau dapat ni.Lagi-lagi orang bisnes macam saya.He..he...gurau ja,mana tahu jadi kenyataan kan.Tapi niat saya bukanlah untuk menang sahaja tapi lebih kepada nakkan ilmu dan persahabatan di alam maya...So,jomlah join..!

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

HANYA PADA-MU KU MENGADU.....

Berdo'a buka untuk memberitahu Allah apa yang kita pinta,kerana tanpa diberitahu pun Allah sedia mengetahui.Do'a ialah pengabdian daripada seorang hamba kepada Tuhannya.