FREE ADVERTISING!

Free advertising

MARILAH MENUJU KEJAYAAN

Jumaat, 24 September 2010

MENGUBATI PENYAKIT MELALUI AKHLAK



Alhamdulillah,bersyukur kepada Allah kerana kita masih sihat dan mampu untuk beribadah kepada Allah.Sahabat-sahabat sekalian macam mana hari ini?Sihat?Mungkin di hujung minggu ini banyak menerima jemputan 'open house'.

Mengenai tajuk catatan saya hari ini,ia mengenai sebab musabab datangnya sesuatu penyakit kepada kita.Ustaz ini sering disebut oleh kakak ipar saya,Kak Bibi kerana dia selalu menontonnya.Kak Bibi ada parabola kat rumah jadi dia dapat menonton rancangan dari seluruh dunia.

Ustaz ini dipanggil Ustaz Mas Dhanu berasal dari Indonesia.Dia merupakan seorang psikoterapi.Ramai juga yang sudah sembuh dan dia tidak mengubat seseorang dengan makan sesuatu ubat tetapi melalui akhlak seseorang itu.Daripada video melalui Youtube,apa yang saya simpulkan kebanyakan penyakit adalah datang dari sifat Mazmumah yang ada pada diri kita.Misalnya penyakit jantung koronari datang daripada sifat marah (marah kepada pasangan atau anak),kanser ovari datang daripada sifat jengkel (marah yang berpanjangan kepada orang tua) dan banyak lagi......Bolehlah sahabat sekalian lihat di youtube taip Mas Dhanu dekat 'search'.Nampaknya sifat marah yang banyak menjadi punca penyakit dan juga masalah keluarga...

Sebab itulah Rasulullah sendiri mengulangi 'jangan marah' sehingga 3 kali.Saya sendiri menginsafi diri sendiri kerana anak kedua saya mengalami penyakit jantung berlubang (minor).Memang diakui semasa mengandungkannya saya sering merasa marah dan stres kerana tekanan yang dialami pada waktu itu.Juga sering sedih kerana disebabkan mengandung agak rapat saya selalu dimomokkan dengan kata-kata 'nanti susah nak membesarkan anak-anak'.

Segala penyakit dan musibah yang kita hadapi adalah berpunca dari tangan kita sendiri.Jadi,kalau sakit jangan cepat menyalahkan yang lain....cuba-cuba koreksi diri dan cepat-cepat bertaubat kepada-Nya....

Selasa, 7 September 2010

PERMINTAAN AYAH


Masih tekun solat walaupun tak mampu berdiri


Tangan tua ayah,masih mampu membaca Al-Quran

Pagi tadi ayah nak mintak saya ambik foto kenang-kenangan semasa dia solat dan membaca Al-Quran.
Ayah memang suka bergambar.Kalau belek foto-foto yang dulu ayah memang pandai depan kamera ni.
Buat tatapan Kak Ina dan Kak Iza yan tak balik raya....
Boleh klik DI SINI untuk gambar rumah pulak....

Jumaat, 3 September 2010

WAJAH MEREKA!

SALAM FASA AKHIR RAMADHAN....
Melihat wajah tua mereka.....ada rasa syahdu.Memang mereka menanti kepulangan kita setelah lama tidak bersua.Rumah tua itu sudah uzur namun tersimpan banyak kenangan di sana.Semuanya menjadi nostalgia hidupku.Apakan daya kudrat tua mereka tidak mampu untuk menghiasi rumah itu.Akulah harapan mereka untuk menaburkan sedikit bakti buat mereka dan rumah tua itu.....Adakah begini juga penghujung umurku nanti?Bila kudrat sudah hilang,semangat mula lemah,begitukah nanti?Semoga rasa kasih dan sayang tetap subur hingga ke akhir hayat.
P/s:Sekadar luahan hati.........buat yang memahami....

Jumaat, 27 Ogos 2010

PERNAH TENGOK VIDEO NI?-THE CHOSEN ONE BY MAHER ZAIN

Video ni cuba menggambarkan akhlak Rasulullah s.a.w.Menarik sangat....




Khamis, 26 Ogos 2010

MENGHITUNG HARI NAK BALIK!


Dengan nama Allah Yang Maha Pemurah Lagi Maha Penyayang

Alhamdulillah kita masih lagi diberi kesempatan untuk mengecapi bulan Ramadhan yang semakin tiba di penghujungnya.Carilah malam Lailatul Qadar di mana ia lebih baik dari seribu bulan.

Tidak lama lagi,insyaallah ramai dari kita yang akan balik ke kampung masing-masing termasuklah saya dan keluarga.Ada juga sahabat-sahabat yang tak balik,takpa raya di mana pun sama cuma berbeza suasana.Baru-baru ni ayah 'call',awal dah dia 'booking' saya untuk memasak makanan kegemarannya.'Excited' sangat ayah sampai awal benar dah merancang masakan apa untuk dimakan pada pagi raya nanti.Gembira sangat dengar anaknya yang jauh ni nak balik.Almaklum sajalah sekali setahun ja dapat balik.

Dalam tempoh sebelum balik ni pulak,banyak jugak perkara nak dibuat.Antaranya nak kemas rumah,persediaan baju raya anak-anak,bisnes online saya tu (kecil-kecilan ja) dan banyak lagi.Sempat ke buat semua ni?Nampak gayanya kena kerah tenaga sedikit lah ni....

Apa pun,sahabat-sahabat yang nak berurusan bisnes (pembayaran dan pengeposan)ni,kalau boleh settlekan sebelum 2/9 ya.....Takut barang yang dipos tak sampai sebelum Raya.

Jumaat, 20 Ogos 2010

JANJI PADA SAHABAT


'Happy'nya kakak Sakiinah dengan bajunya tu...


Adik 'Iffah dengan baju 'strawberry'nya


Antara baju-baju bundle yang dijual

Assalammu'alaikum wbt....
Gambar-gambar di atas diambil lama dah dan saya hampir-hampir terlupa untuk mewar-warkan dalam blog.Agaknya resah gelisah saya ni mungkin berkaitan dengan janji saya pada seorang sahabat.Sahabat saya ni menjual baju bundle atau terpakai untuk 'baby' dan kanak-kanak.Anak-anak kita memang cepat membesar,jadi apa salahnya kita membelikan baju terpakai untuk anak-anak.Ada sesetengah ibu bapa (mungkin yang berduit) malu untuk memakaikan anak-anak baju begini.

Anak-anak sebenarnya tak tahu pun dia pakai baju baru atau baju terpakai.Itulah fitrah anak-anak,gembira ja kan.Mereka tak tahu pun jenama apa pada pakaian mereka.Kita sebagai ibu bapalah yang mencorakkan anak-anak.Kalau dibiasakan berpakaian mewah...tak mustahil dah besar pun mereka merengek-rengek nak minta belikan pakaian berjenama atau mewah.

Sekiranya anda berminat dengan pakaian bundle ini sila klik DI SINI.Baju-bajunya memang masih elok dan cantik...;))).Memang murah dan juga berbaloi untuk wang anda.

Selasa, 17 Ogos 2010

MAKSIMAKAN AMAL IBADAH DI BULAN MULIA INI....


Bagaimanakah Ramadhan kita pada hari ini?Adakah masih di takuk lama?Jom lah kita sama-sama bersegera berbuat apa sahaja kebaikan untuk meraih pahala yang berganda di bulan yang mulia ini.Bayangkan pahala sunat digandakan seperti ibadah fardhu,apatah lagi ibadah fardhu lebih lagi dari itu semestinya.

Antara amalan yang sebaiknya disempurnakan ialah:
  • Solat Sunat Terawih
  • Solat sunat yang lain-Sunat Dhuha,Taubat,Hajat,Tahajjud dll
  • Bantu membantu sesama Islam seperti sedekah dan seumpamanya
  • Memberikan hidangan berbuka puasa.....itulah sebaiknya (bukan moreh)
  • Banyakkan berzikir,bertasbih dll
  • Banyakkan beristighfar dan bertaubat,memohon keampunan kepada Allah SWT
  • Banyakkan berdo'a memohon syurga dan perlindungan dari azab neraka
  • Banyakkkan bersabar
  • Tinggalkan maksiat dan kemungkaran seperti boros,bergaduh,mengumpat,berbohong dsb...
Itulah sedikit bingkisan dari saya...semoga kita mendapat manfaat darinya.Wallahu'alam.
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

HANYA PADA-MU KU MENGADU.....

Berdo'a buka untuk memberitahu Allah apa yang kita pinta,kerana tanpa diberitahu pun Allah sedia mengetahui.Do'a ialah pengabdian daripada seorang hamba kepada Tuhannya.