FREE ADVERTISING!

Free advertising

MARILAH MENUJU KEJAYAAN

Isnin, 24 Januari 2011

FIQH KEUTAMAAN:YUSUF AL-QARADAWI

Assalammu'alaikum wbt dan Salam Kebahagiaan dari saya buat sahabat yang saya kasihi sekalian.

Setiap hari kita berhadapan dengan pilihan.Nak makan apa hari ini?Nak masak apa?Nak pakai baju apa?Nak buat apa dulu?Dan setiap hari juga kita memilih yang mana lebih utama?Nak makan nasi atau mi?Nak masak atau mengemas?Nak masak ikan atau ayam?Nak pakai baju biru atau hitam?Tentu ada sebab mengapa kita memilih makan nasi.Mungkin kita rasa ia lebih kenyang dari makan mi.Tentu juga ada sebab kalau kita pilih memasak dulu,mungkin kerana anak-anak nak balik sekolah awal dan sebagainya......

Semasa zaman kampus,kami disarankan untuk membaca BUKU:FIQH AL-AWLAWIYYAT ATAU FIQH KEUTAMAAN.Dari situ kita akan tahu yang mana lebih utama supaya kita dapat menguruskan kehidupan dengan lebih baik berpandukan Al-Quran dan As-Sunnah.

Adakalanya kita banyak berbalah mengenai perkara cabang contohnya Muslimah kena pakai tudung atau baju yang plain dan gelap berbanding dengan pakaian seperti baju kurung yang berwarna-warni.Bagi saya menyeru wanita Muslimah supaya berpakaian menutup auratnya adalah lebih utama berbanding perbalahan seperti di atas.Masih ramai lagi wanita di luar sana yang TIDAK memperdulikan hal ini.Bukankah ia perkara (menutup aurat) yang WAJIB?Soal warna tidaklah terlalu di'highlightkan',malah tudung yang baik adalah tudung yang menutup bahagian dada,soal ke'labuh'annya sampai ke mana terpulanglah pada individu tersebut.Yang paling penting bahagian dadanya itu yang ditutup.Asalkan ia tidak jarang atau nipis.

Ada juga para pelajar yang belajar di Fakulti yang hebat-hebat seperti Fakulti Kedoktoran,Fakulti Kejuruteraan,Fakulti Pentadbiran dan Fakulti Ilmu-ilmu yang lain yang pada mulanya bersungguh-sungguh untuk berjaya tetapi tidak lama kemudian meninggalkan pengajian di fakulti-fakulti tersebut dan merasa tidak sayang untuk meninggalkannnya.Alasannya ialah untuk ikut serta melakukan dakwah dan tabligh padahal pengkhususan yang mereka ceburi termasuk ilmu fardhu kifayah di mana umat akan menderita bila tidak ada seorang yang mahir dengan bidang tersebut.

Jika setiap muslimin meninggalkan karier mereka siapa lagi yang boleh diharapkan yang akan membawa kemaslahatan muslimin?Sesungguhnya Rasulullah s.a.w dan para sahabatnya melakukan pekerjaan dalam pelbagai bidang.Rasulullah s.a.w tidak pernah meminta salah seorang daripada sahabatnya untuk meninggalkan karier mereka agar dia dapat ikut serta dalam berdakwah baik sebelum atau sesudah hijrah.

Imam Al-Ghazali juga tidak setuju dengan orang yang belajar fiqh dan perkara-perkara sejenis dengannya sahaja,padahal pada masa yang sama di negeri mereka tidak ada seorang doktor kecuali doktor Yahudi atau Nasrani.Semua ummat Islam mendapatkan perkhidmatan daripada mereka.Ruh dan aurat mereka diserahkan sepenuhnya kepada para doktor itu,kemudian melanggar ketetapan hukum yang ditetapkan oleh Islam.

Itulah yang dibincangkan di dalam buku ini.InsyaAllah akan dikupas satu persatu di dalam DISKUSI HAWA nanti.Semoga apa yang dinukilkan ini dapat membantu kita untuk membuat pilihan yang diredhai oleh Allah S.W.T.Apa yang baik itu datangnya dari Allah SWT dan apa yang buruk itu datang dari kelemahan saya sendiri.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

HANYA PADA-MU KU MENGADU.....

Berdo'a buka untuk memberitahu Allah apa yang kita pinta,kerana tanpa diberitahu pun Allah sedia mengetahui.Do'a ialah pengabdian daripada seorang hamba kepada Tuhannya.