FREE ADVERTISING!

Free advertising

MARILAH MENUJU KEJAYAAN

Sabtu, 15 Januari 2011

KOD E (HALAL ATAU HARAM)?

Assalammu'alaikum wbt
Sering kali ia menghantui saya apabila membeli makanan untuk anak-anak.Ya Kod E.Halal atau Haram?Persoalan Halal atau Haram ini bukan boleh dibuat main-main.Ia soal besar kerana ia boleh mempengaruhi perwatakan,akhlak dan lebih besar syurga atau neraka....Berikut ialah penjelasan mengenai kod E ini.Diharap ia boleh membantu kita dan terhindar dari perasaan was-was.Wallahu'alam.
Saya ambil petikan ini dari http://jurnalhalal.com.

Kod E (E471 dan lain-lain) - Halal atau Haram?


Assalamuailaikum pembaca2 dihormati,

Kadang kala, apabila kita membelek untuk melihat isi kandungan sesuatu produk, kita sering terserempak dengan kod-kod pelik yang biasanya dimulakan dengan E seperti E471, E152, E280, E635 dan macam2 lagi. Semestinya pernah terlintas di fikiran untuk mengetahui apa sebenarnya maksud kod2 ini. Maklumlah, terdapat banyak benda yang tidak diketahui dan kadang2 ragu2 juga.

Kod2 tersebut yang bermula dengan E yang ditambah dalam makanan dikenali sebagai Kod E atau E Numbers. Kod2 E adalah kod nombor untuk bahan tambahan atau aditif makanan(food additives) yang telah diuji penggunaannya untuk digunakan di Kesatuan Eropah(European Union). E di hadapan kod tersebut diambil dari huruf pertama European iaitu E.

Kod E merupakan tambahan makanan yang digunakan sebagai perasa, pewarna, pengawet, bahan pengental dan sebagainya. Kod2 E boleh dibuat daripada tumbuhan atau haiwan, bergantung kepada jenis Kod E. Ada yang boleh dibuat daripada mana2 sumber iaitu tumbuhan sahaja atau haiwan sahaja. Adakah ia halal?



Masalah timbul apabila Kod E dibuat daripada haiwan. Kod E adalah halal jika sumber haiwan itu bukan dari sumber yang haram seperti khinzir, anjing atau haiwan yang tidak disembelih mengikut hukum syarak. Keraguan terhadap Kod E meningkat dengan tersebarnya khabar angin bahawa sesetengah Kod E dibuat daripada sumber tidak halal. Contoh yang menyatakan kod2 yang tidak halal ialah seperti di sini.

Terdapat banyak produk2 di pasaran yang menggunakan kod2 E ini dan antara yang popular adalah aiskrim dan chocolate. Banyak pula produk2 yang menggunakan kod E yang dikatakan haram tetapi mendapat pengiktirafan JAKIM. Jadi, bagaimana sekarang? Adakah JAKIM terlepas pandang?




Semestinya JAKIM tidak terlepas pandang. JAKIM diurus oleh ramai orang yang juga pengguna muslim dan mereka juga semestinya mahu menggunakan yang halal. Jadi, proses pengeluaran pengiktirafaan sijil halal adalah sangat teliti. Antara langkah2 memohon sijil halal ialah menyenaraikan semua bahan mentah produk.
Jadi di sini, JAKIM boleh memastikan sumber Kod E tersebut.

Salah satu contoh ialah Kod E yang paling popular iaitu E471. E471 ialah sejenis emulsifier yang merupakan asid lemak mono dan digliserida. Asid lemak sintetik ini dibuat daripada gliserol dan asid lemak semulajadi daripada sumber tumbuhan atau haiwan. Produk yang mempunyai E471 dan mendapat pengiktirafan halal JAKIM bererti E471 itu dibuat dari sumber tumbuhan atau haiwan(disembelih) yang halal. Justeru itu, produk tersebut adalah halal dan selamat untuk dimakan.

Lebih banyak maklumat boleh didapati tentang Kod E. Antaranya ialah:
http://en.wikipedia.org/wiki/E_number
http://en.wikipedia.org/wiki/E471

Berikut adalah response JAKIM kepada produk2 yang mempunyai Kod E:

Salam, Untuk pengetahuan Tuan, kod E digunakan secara meluas sebagai penunjuk kepada bahan tambahan kimia seperti perasa, pengawet, pewarna, bahan pengental dan sebagainya. Ia didapati daripada sumber tumbuhan, haiwan dan kimia sintetik. Bagi pemegang sijil pengesahan halal JAKIM, kami memastikan sumbernya adalah nyata suci dan halal. Jika ia daripada haiwan, hendaklah ia daripada haiwan yang halal dimakan dan diproses/sembelih mengikut hukum syara'. JAKIM sentiasa memeriksa dan memantau dengan teliti dari bahan ramuan, proses, kendalian, pembungkusan sehinggalah premis pengeluar produk tersebut.Kesimpulannya, terdapat sumber lain bagi bahan berkod E tersebut selain daripada haiwan.
Sumber: http://www.halal.gov.my/

Assalamualaikum, Terima kasih untuk soalan-soalan tersebut.Kod-kod E yang dinyatakan puan adalah terdiri dari bahan kimia makanan seperti pewarna, pengawet, perisa dan sebagainya. Bahan-bahan ini diperbuat daripada samada hasilan tumbuhan atau pun haiwan. Setiap barangan yang disahkan halal oleh JAKIM telah diperiksa kandungan dan dari mana hasilannya. JAKIM memastikan setiap kandungan dinyatakan dengan jelas status halalnya dengan meminta syarikat mengemukakan sijil halal dari JAKIM atau badan Islam yang diiktiraf JAKIM.Bagi produk yang disahkan halal oleh JAKIM, kami sudah memastikan ianya adalah halal dari prosesnya dan bahan ramuannya. Pengguna tidak perlu panik terhadap barangan yang telah mendapat sijil pengesahan halal JAKIM yang mengandungi kod-kod E tersebut.Harap maklum
Sumber: http://www.halal.gov.my

Kesimpulannya, produk2 yang menggunakan Kod E adalah halal dan selamat dimakan jika produk tersebut mendapat pengiktirafan sijil halal JAKIM. JAKIM memeriksa dan memantau bahan ramuan setiap produk yang mendapat sijil halal.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

HANYA PADA-MU KU MENGADU.....

Berdo'a buka untuk memberitahu Allah apa yang kita pinta,kerana tanpa diberitahu pun Allah sedia mengetahui.Do'a ialah pengabdian daripada seorang hamba kepada Tuhannya.