FREE ADVERTISING!

Free advertising

MARILAH MENUJU KEJAYAAN

Isnin, 31 Januari 2011

IMPIANKU....SIRI 2


Suasana di rumah sepupu

Assalammu'alaikum wbt,Salam Bahagia dan Salam Perjuangan Untuk Melaksanakan Impian anda...!

Kali ni impian saya ialah mengenai keluarga sendiri iaitu anak-anak.Sebelum nak cerita mengenai impian saya terhadap anak-anak,nak 'recall' sedikit tentang pengalaman dan kenangan yang lepas.Sebelum saya mendirikan rumahtangga saya telah menjadi guru sandaran selama 2 tahun dan menjadi guru di dua buah sekolah.Satu sekolah Menengah Agama dan satu lagi Sekolah Menengah Biasa (tak boleh cakap sekolah mana.....).Kebiasaan yang saya lakukan semasa memperkenalkan diri sebagai guru baru ialah bertanyakan pelajar tentang amalan solat mereka.
Lebih kurang beginilah pertanyaan saya,oleh sebab ia berlaku hampir 10 tahun lepas banyak perkara yang saya kurang ingat,minta maaf ya saya manusia biasa sahaja....lupa.

"Cikgu ingin nak tanya,harap kamu boleh jawab sejujurnya boleh tak?"

"Boleh cikgu,"jawab pelajar.
"Siapa yang di sini Solat Subuh pagi tadi?"

Kelihatan hanya seorang dua yang mengangkat tangan dan pelajar-pelajar dalam kelas secara puratanya (37-40 orang dan 80 % adalah Muslim (Sekolah Menengah Biasa)).Bayangkan hanya 1 % sahaja yang mengangkat tangan,mungkin tak sampai pun 1%.Begitu juga kelas-kelas yang lain,semuanya menghampakan dan menyedihkan saya sebagai Muslim/ah.Kebanyakan mereka/anak-anak muda ini dah akil baligh.Saya tertanya di manakah ibu bapanya yang tidak membangunkan mereka untuk solat??

Jadi impian saya untuk anak-anak sebenarnya ialah mereka istiqomah dalam solat.Solat adalah benteng maksiat,mungkin kebejatan akhlak masa kini ialah kerana tiada atau lemahnya benteng yang ditinggalkan ini.

Impian kali ini memang saya serius mengenainya.....Setiap kali solat inilah do'a saya, "Ya Allah Kau Jadikanlah Zuriatku istiqomah dalam solat dan menjadi penyejuk mata hatiku..."Amin

Jom nyatakan impian anda apa salahnya...
"AKU ADA IMPIAN:OLEH MASTER ARSYAD"

2 ulasan:

  1. SEMOGA IMPIAN MENJADI KENYATAAN. APA AKTIVITI BERSAMA ANAK UNTUK PUAN MOTIVASIKAN SOLAT PADA MEREKA ?

    BalasPadam
  2. Salam Puan Ummu Uswah:
    Saya mendidik anak secara bertahap.Antara yang saya lakukan dengan suami ialah membelikan anak perempuan telekung,solat di depan mereka,bercerita dan mengaitkan solat akhlak dengan akhlak.....

    BalasPadam

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

HANYA PADA-MU KU MENGADU.....

Berdo'a buka untuk memberitahu Allah apa yang kita pinta,kerana tanpa diberitahu pun Allah sedia mengetahui.Do'a ialah pengabdian daripada seorang hamba kepada Tuhannya.